Wednesday, November 19, 2014

Unexpected delivery.

      Tengah treat patient petang tadi, tiba-tiba staff aku, M hantar envelope besar. Aku memang xde beli apa-apa pun setakat ni. And takde menang apa-apa GA rasenye. Bila aku turn envelope tu ke belakang, ada nama k. Farrah,  dari Blog FAMF Tower. Tapi, aku dok pikir ada apa dengan cinta ya? Ehhh..tu tajuk cerita Endon xD. Tak sabar nak tunggu balik. So, mama pun unwrap (macam x seswai pulak word ni). Jeng..jeng.. jeng....
    So ada macam-macam inside the envelopes:-
- Coloring + sticker book.
- Buku sambung titik-titik.
- Birthday card hand-made by k.Farrah sendiri & ada special wishes.
- Small square card.

     Thanks a lot k.Farrah sebab susah-susah buat ni untuk Abe. Ni dia tengah busy dengan buku hadiah k.Farrah tu. Buku colour tu saya nak photostat 1 set untuk Ajik pulak. So, saya akan release 1 by 1 je kat dia. Ajik ni bukan boleh bagi sebuah buku memang habis dikoyaknye. Dah berapa banyak coloring book saya beli kat dia. Tahan sehari je, lepas tu just tinggal cover. Ermmm...

Warga asing /pelarian - tapi demand bukan main.

     Seorang patient lelaki Myanmar dari UNHCR datang klinik aku mintak enough supply untuk ubat-ubatan dia. Nak tau ubat apa? Semestinya ubat darah tinggi, kolesterol, cair darah dll yang kosnya memang tinggi jika dibeli sendiri. Tapi, kalau kat Klinik Kesihatan memang free lah. So, please appreciate ubat korang. Just kena bayar untuk pendaftaran je:
1. Orang Malaysia = RM1.
2. Warga asing = RM15.
3. UNHCR = RM7.50.

     Berbalik pada patients ni, dia sebenarnya under follow-up Klinik Kesihatan berhampiran. Aku tau ni lepas dia tunjuk photocopy slip ubat dari klinik berkenaan. Hamboi...hamboi... Guys, FYI...ubat-ubatan jenis di atas hanya akan diberi untuk tempoh 5 hari je untuk Non-Malaysian ok. Yang selebihnya kena beli sendiri kat farmasi luar. Kalau appointment 5 bulan, means 5 bulan lah kena beli ubat-ubatan tu. Aku pun explain apa yang patut, tapi dia siap cakap, " Saya mana ada duit mau beli luar. " Hamboi.. Hamboii lagi.. Teruklah kami as tax payer ni. Sekarang sebulan pun bayar cukai dah beratus-ratus, takkan nak kene bayar lebih lagi kottt. Dah pulak depa ni dah terlajak ramai kat Malaysia ni.

Rujuk entri Daddy Ziyyad ni jugak ye ~ Warga asing perlu bayar caj rawatan.

Tuesday, November 18, 2014

Alamak...censored!

     Seorang patient lelaki umur 25 tahun alami accident motor vs car last 1 week. Yang sakit Right wrist joint & Right knee. Dia dah pergi hospital,  Xray done both sites yang sakit tu tapi takde fracture. Treated as STI ~ soft tissue injury. Dapat MC 3 hari.
     Hari ni patient tu datang jumpa aku kat klinik sebab sakit sangat bahagian lutut. Wrist ok lah, tak masalah sangat. Masalahnye dia datang pakai seluar jeans which aku tak berkenan sangat kalau nak examine memang susah.

Aku: Saya nak check lutut awak.
H: Jap, Doktor.
Aku ingat dia nak tarik seluar jeans dia senseng ke atas. Tapi, mestilah susah kan. Rupenye dia terus londehkan seluar tu depan aku sambil duduk atas kerusi sampailah ke paras lutut. OMG, terkejut maaakkk....Nasib baik pakai shorts.
     Aku pun tekan-tekan tang lutut tu nak identify bahagian mana yang sakit. Lepas tu aku kene buat certain test untuk identify whether ada ligament injury. Tapi, disebabkan dia sakit tak boleh proceed. Kene bagi painkiller dulu then sambung MC. Lepas tu bagi appointment semula dengan harapan tak sakit dah sebab nak buat full examination. 

SEGMEN: BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH.

Klik SINI untuk join.

Baby keeper.

     Aku terjaga dari tidur ni. Macam biasa BW apa yang terlepas. Sapa yang aku x jenguk2 tu harap maaf bukan sengaja tapi alasan sama macam bloggers lain. Hehe..malas nak taip sebenarnya sebab banyak reasons kalau nak mention.
     Actually aku tengah cari Baby Keeper. Pernah dengar tak? Pernah nampak orang guna kat Malaysia tak? Baby keeper ni digunakan kat oversea for the purpose of kid safety. Bukanlah 100% safe, cuma  senang nak keep kids in track. Takdelah kejap terlepas ke sana-sini. Anak aku ni memang lasak amat. Nauzubillah depa buat kat tempat orang perangai tak terkawal depa tu.
     Baby keeper ni pernah jadi kontroversi (melalui pembacaan aku) sebab seolah-olah bawak pet gitu. Entahlah pendapat orang lain-lain. Aku takdelah sampai fikir ke situ. Dah lama aku usha benda alah ni tapi dok pikir buat apelah nak beli bukan penting sangat pun. Pernah lah aku jumpa masa pi shopping raya kat SOGO baru-baru ni - RM39.90 /pc. Mahal lah jugak. Tu yang fikir lebih sekali. Ni memang aku dah perlukan sangat. Aku kene survey sebab taktau mana nak dapat baby keeper ni. Takkan pi SOGO kat KL tu semata-mata nak beli 2 pcs benda ni. Maunye tersoping benda lain karang. Biasalah tu :)
     Kat sini hasil Google aku. Harga ok dah. Masalahnye tinggal 1 jenis je. Nak lah design lain kan. 2 yang atas tu aku tak minat sebab aku rasa tak comel. Sape ada info please lah share ngan aku ye. Thanx.