Saturday, November 15, 2014

Amalan dapat anak soleh.

    Semalam Allah temukan aku dengan seorang makcik yang baik hati. Raut wajahnya tenang & lembut, susun katanya teratur, tuturnya penuh nasihat & berhikmah. Kelihatannya seorang ibu yang pengasih & penyayang. Umur lingkungan 60-an.
     Awalnya kedatangan makcik ni hanyalah kerana masalah batuk. Entah macamana kami boleh berbicara hal keluarga - bertanyakan anak cucu berapa orang, perihal nakal atau tidak, dll. Sampailah kepada makcik ni cakap sesuatu yang menusuk ke kalbu aku.

" Doktor, kalau nak dapat anak-anak yang baik-baik & soleh, kena rajin bangun malam & solat. " - Very deep.

" Jangan marah anak-anak bila dia buat salah. Tapi, peluklah dia. Sebab ia boleh rangsang saraf kasih sayang."

Tambahnya lagi, " Amalkan doa-doa amalan untuk dapatkan anak soleh. Makcik lupa ni. Tapi, makcik tulis dalam buku. Makcik selalu dengar dari ceramah Ustaz Kazim."
- Yang last ni aku ada banyak jumpa tapi x compile pulak. Ermmmm...
     

Hari dinanti Abe dah tiba.

14/11/14.

     Hari-hari dok countdown tau. Nasib baik pandai kira. Buatnye short satu hari, tak ke parah? Mama lah yang akan di'salak'nye. Bila sampai hari Khamis (semalam), bukan main syok lagi.
     Macam biasa, budak kalau nak pi sekolah memang liat nak bangun kan. Especially sebab lepas tu nak kene mandi - sejuk ke tulang sumsum rasenye. Macam biasa, Tok dia yang kejutkan. Kejut sekali tak bangun, 2x pun tak bangun. Padahal malam tadi dah janji yang pagi ni kena keluar awal dari biasa sebab senang mama nak angkut barang-barang. Berat tau. Sebab ada 70 air kotak. Tang kek tu nak extra careful. Kot kelam-kabut.. Tersadung pulak...alahai.. X dapat nak imagine muka sedih Abe. Lagipun memang kena awal sebab PASTI ni kan kat kawasan perumahan. Kereta orang taman akan lalu-lalang kan. Tambah kereta parents yang nak anta anak lagi. Mesti sampai arond 7.10am. Kalau 7.20 tu dah ramai anta anak sebab cikgu minta datang awal untuk Solat Subuh (sebagai latihan - bukan Subuh Dinosaur tau) & juga Solat Dhuha.
     Selesai hantar semua persiapan aku terus shoot pi kerja. Lupa pulak mintak tolong cikgu snap & wassap gambar. Tapi, nasib baik cikgu buatkan juga. Thanx Cikgu Fadzilah [guru kelas Abe].

Related topics:
~ Persiapan birthday party Abe.
~ Sambutan birthday budak tadika.

Friday, November 14, 2014

Budak prasekolah jatuh dari tingkat 2 @ Taman Tasik Jaya, Seremban.

13/11/14
8.00pg

     Semalam kecoh kat klinik bila ramai cikgu-cikgu kat luar (ruangan menunggu untuk pesakit luar) tengah bercakap-cakap pasal budak prasekolah jatuh dari bangunan sekolah. Masa tu tak pasti pulak jatuh dari tingkat 1 atau 2. Mase tu kitorang baru nak rehat lunch time. Kawan yang oncall, Dr. H attend budak ni. Katenye memang Open fracture right femur. Yang lain belum pasti masa tu sebab tak boleh buat Xray memandangkan kene precaution untuk spinal injury. Yang penting, stabilize kan patient. Dalam keadaan macam ni tak boleh kelam-kabut. Kena calm down. Tapi, yang dengar sok..sek..sok..sek..cikgu-cikgu kawan mak ni suruh hantar pi SALAM (Senawang Specialist Hospital). Dah pulak maknye tengah serabut, buatpe ditambah lagi serabut.
     Tiba-tiba pagi ni dapat berita penyebab budak tu jatuh. Cerita nya sama macam kat SINI.

Shoooohhh kau cencorot.

     Kengkononnya aku tak sempat BW rini sebab nak tidoq awal. Tapi, jiwa blogger ni tetap sama kan? Mesti nak BW kalau x, tak sah hidup. Anak-anak semua dah nyenyak tido. Taktaulah pukul berapa nak terjaga tu. Ni pun tengah teman mak buat kuih keria (cehhh...teman konon. Alasan je sebenarnya..). Sambil tu layan mak borak. Si cencorot ni buat bising macam biasa. Kalau malam memang jelaslah cot..cet..cot..cet..bunyi dia memandangkan keadaan sekeliling yang sunyi.
Taraaa...ini hasilnya.
Esok mak goreng. Maaaakkk jugak ye.
[Updated at 12.20am]
     Tetiba mak cakap - cuba kau cari "Cara nak halau cencorot". Cencorot ni selalu keluarkan bau yang sangat busuk tau. Tapi aku xreti nak describe busuk tu macamana tapi menusuk ke hidung sampai aku akan pening. I hate the smell!! Aku rase itu method of protection dia. Aku pun google lah tapi x ketemu hajat di hati. Sape ada idea atau opinion nak share. Ermmm...kalau aku letak kapur barus kat laluan cencorot ru mujarab tak? Tapi, macam aku pulak yang x sanggup.

Thursday, November 13, 2014

Minor stroke.

     A makcik was referred back to us from hospital for continuation of care after been stabilized for her minor stroke. She was given 'fast-lane number' as she is an elderly. The moment she entered my room, she began to grumble non-stop. Bla...bla...bla..

Makcik: Apa pasal lah kaunter ni bagi makcik no lambat? Lame dah makcik tunggu! Staf tu tak buat keje! Tido ke ape??? Bla..bla...bla..
I tried to pacify her but she still grumbling. So noisy interrupting my focus. So, aku dengan selamba cakap...

Aku: Makcik, makcik tak baik cakap staf saya tak buat kerja. Makcik tau tak no makcik ni dah tukar ke no. laluan pantas. Kira makcik tak tunggu lama macam orang lain. Tulah makcik, asik marah-marah tulah Allah bagi sakit macam ni kat makcik.

P/S: Terpulang nak cakap aku kuang aja ke ape. Memang aku perati ramai yang dapat sakit teruk2 ni sebab sebelum tu dorang jenis pembengis.