Thursday, October 30, 2014

Kompleks Sukan tepian gelanggang, Paroi.

 Ahad, 26/10/14.

   Satu lagi lokasi riadah yang popular bagi penduduk Seremban ialah di Tepian Gelanggang, Paroi. Kawasan ni terletak di jalan Kuala Pilah-Seremban. Memang nampak dari jalan besar. Ia selamat sebab sekelilingnya berpagar.
     Pengunjung terdiri dari pelbagai peringkat umur, dari budak baru berjalan sampai elderly. Perempuan & lelaki bebas beriadah kat kawasan terbuka ni. Mostly adalah Malays. Yang aku nampak, Chinese & Indians suka pergi SINI ~ Lake Garden, Seremban.
Aku & asben tak suka sangat datang sini sebab not safe for kids.
     Antara aktiviti di TGP ni adalah jogging, bermain bola sepak, main skate board, futsal, & playground yang sederhana besar jugaklah untuk anak-anak. Dalam dewan pulak ada training taekwando untuk schoolchildren. Dibuka dari awal pagi sampai malam. Kalau malam penuh pokok lampu2 yang colorful tu. Siap pasang spotlight lagi. Memang 'happening' lah kalau korang datang sini.
Abe yang selalunya takut2 ni berani pulak panjat gelongsor 2 tingkat tu. Ajik yang berani ni entah kenapa pulak tak nak lalu kat besi yang lubang-lubang tu. Iri pulak first time aku biarkan dia main sini - tak sangka pulak dia berani mengalahkan Ajik.

Adam Hadif 'exam' lagi.

     Dulu masa abe pekse setengah tahun, mama jugak yang 'kecut'. Ni tengah peksa akhir tahun mama masih rasa yang sama. Walhal anak mama baru je 5 tahun. Bukan nak UPSR ke..PMR ke..SPM ke..(3hb Nov dah start SPM tau). Refer SINI ~ Adam Hadif sits for exam. Owh really?

     Kenapa aku nak kecut perut, risau, cuak? Mungkin sebab mengharapkan anak aku dapat buat yang terbaik, sedangkan macam kind of impossible sebab aku sangat jarang luangkan masa untuk ajar dia. Kecuali last minute macam ni baru nak ajar semua. Macam revision jugaklah. Aku tak pernah 'push' dia soh dapat top 3 sebab tadika (PASTI) je pun,kaannn.. Dulu pun aku tak ajar, alhamdulillah dia dapat no.6 dari 30 orang & secara keseluruhan no.15 dari 60 orang (untuk 5 tahun ada 2 kelas). Tapi, dalam hati aku tetap nak anak aku sama atau lebih baik dari aku.
     Dulu masa aku Tadika KEMAS - dapat no.1 secara keseluruhan. And, masa penyampaian hadiah aku bolot semua. Tak sape ajar aku. Ayah aku belajar takat LCE, mak pulak darjah 6. Mak kata, "Mak pandai dulu tau. Tapi, berenti belajar sebab kami orang susah." Mak sambung lagi, " Ayah kau dulu pun masa sekolah omputeh dia nak sambung belajar tapi Atuk x bagi & suruh tolong kerja jual ayam kat pasar. " Sedih aku dengar cerita mak. That's why aku belajar sungguh-sungguh untuk realisasikan impian mak & ayah aku yang tak tercapai :). Tapi, tu lah..anak pun aku nak jadi sama macam perangai aku.
     Entri ni bukan nak berlagak setakat no.1 tadika je pun. Hehe. Tapi, aku nak budak-budak sekolah ni tau, jangan nak salahkan parents kalau depa x ajar korang. Depa pun belajar takat mana? Kalau yang educated sekali pun, banyak masa di luar sebab bekerja. Nak cari duit untuk sape? Korang jugak, kan? Asben pernah cerita anak Kol (sebutan askar -> Kenel. Jangan salah sebut tau:) dia semua pass with flying colors tau. Cth: SPM 10A walaupun dia asben wife busy. Anak-anak dia faham. Harap anak2 aku pun faham kenapa aku kena kerja & tinggalkan depa sepanjang hari.