Monday, September 29, 2014

Dilema pesakti TB & ahli keluarga.

     Korang tau tak yang pesakit TB ni kind of 'traumatized' once dorang dapat tau yang dorang disahkan berpenyakit TB. Meh aku bagi contoh senang korang nak faham situasi dorang.

Case 1:
Seorang makcik umo 50 tahun. Bekerja di pejabat Sekolah Tamil. Dia disahkan mendapat jangkitan kuman TB ni tak lama selepas dia balik menunaikan haji. Dia pun memulakan rawatan TB sehinggalah pada satu hari setelah 4 bulan...datang si IK (Inspektorat Kesihatan) berjumpa Guru Besar sekolah tersebut & memberitau beliau adalah pesakit TB. Maka, semua contact perlu menjalani ujian saringan TB. Can you just imagine the misery that she has to face after all this while that she manage to hide her illness.
* Kita dah teach her the precaution that she has to take to avoid the TB germs from being spread & memang she did it.

Case 2:
Seorang makcik umo 60+ datang untuk PTB contact screening. Pesakit ialah suaminya ~ baru didiagnose 2 minggu. Kat rumah mmg pkcik ni batuk teruk tak berenti. He wears face mask at home tapi tetap kene hati-hati sebab ni bukan protection 100%.

Makcik R: Doktor,  macam manalah makcik nak elakkan dari dijangkiti TB ni sebab selama lebih 30tahun berumahtangga ni doktor taulah macam mana kehidupan suami isteri kan?
ĹAku: [mengangguk tanda faham].
- Hidup sebagai suami isteri..duduk serumah, tido sebilik, bermanja-manja, makan semeja, tengok tv sesofa. Semua orang pun buat macam tu kan? So memang senang sangat TB nak berjangkit sebab jangkitan adalah melalui droplet. Refer tajuk ni ~ Pulmonary tuberculosis.

Makcik R: Doktor, kalau makcik duduk jauh-jauh dari dia, tentu dia ingat makcik taknak jaga dia lepas dia dah dapat penyakit ni. Apa makcik nak buat, doktor?
Aku: Saya tau memang susah makcik nak elakkan jangkitan penyakit TB ni. 1 cara yang saya boleh cadangkan ialah, makcik pun sama-sama pakai topeng muka tu. Insyaallah. Kira macam double protection juga lah.

Makcik R: Makcik cuba, doktor. Kalau waktu tidur macamane, doktor? Suami makcik nak kene pakai face mask tu ke? Aku: Ermmm.. Susah pulak kalau nak nafas, kan? Tapi, kalau pakcik kerap batuk masa tidur better pakai.

Makcik R: Macamane pulak kalau air liur pakcik meleleh pada sarung bantal & cadar, doktor?
Aku: Mungkin kena lebih kerap basuh kain tu.

Take home message :
# Guys, theoretically kena faham yang PTB (TB paru-paru) ni tak berjangkit kalau droplet dari salur pernafasan pesakit tak masuk ke salur pernafasan kita (samada melalui hidung atau mulut). Tapi, secara peribadinya memang aku sendiri risau kalau ada ahli keluarga aku yang terkena TB ni. Bukan apa, aku boleh amalkan precaution tapi dorang macamana boleh ke nak pakai face mask most of the time, bla..bla..bla..

Abe volunteer vacuum rumah.

Ahad, 28/9/14.
Tempat Hari Sukan - Padang Awam Taman Desa Rhu.

    Huh..penat betul baru balik dari Hari Sukan Sekolah Tahunan Abe ~ meliputi sekolah-sekolah PASTI seluruh Daerah Seremban. Seperti biasa, aku kalau duduk kat rumah memang macam most housewife lain - nonstop buat kerja. Aku ni kuat mengemas. Memang aku pantang kalau nmpk mainan, buku-buku & baju-baju anak aku bersepah sana-sini. Pinggan-mangkuk dorang pun banyak atas meja..atas lantai. Makan nugget ayam or sosej seketoi pun nak cari mangkuk sorang satu xD.
     Okey, tadi memang aku rasa macam pening-pening (belum pitam lagi). So, aku pun ingat nak landing atas carpet jap. "Mama penatlah. Jangan kacau mama nak rest jap ye." Tapi, tak lama lepas tu aku nampak ada biji-biji gabus putih kat mulut Iri. Aku dah mula nak marah sebab aku dah tau adalah yang bukak Big Bean besar tu. Bila aku toleh...tu diaaaa....penuh atas lantai.
Nampak tak biji-biji halus gabus tu?
Erkk..gabus ke nama dia?
Benda tu kan ringan...asik terbang merata alam.
"Yang lebih tu mama vacuum lah, Abe."
* Abe bertungkus-lumus vacuum rumah.
* Tukang kacau si baju merah beberapa kali OFF suis vacuum
(cubaan menggagalkan kerja pembersihan. Haha..)
* Si pesalah, berbaju biru duduk di kejauhan
lepas kena marah dengan mama.
"Boleh abe vacuum, mama?" "Ermmm..boleh. Meh mama ajar dulu macam ni caranya." [Boleh sesangatlah, Abe. Tengkiu...I labyu.]

Related topics: Dah boleh diharap.