Friday, September 26, 2014

Promosi Aidiladha @ Pearl Haya.

Sape peminat hijab Pearl Haya?
Sini....aku cepat je nak inform korang promosi ni. Kalau nak, biar cepat. Sebab biasanya macam 'pisang goreng panas' (makcik aku lah kate. Aku x penah pi pun).
Ni info yang aku terima dari message pihak PH:
Promosi Aidiladha 
Tempat: Semua cawangan Pearl Haya Galeri.
Tarikh: 26-28 Sept 2014. 
Masa: 10am - 9pm.

Kata-kata semangat.

     Di entri yang lain, aku pernah cakap yang hidup aku penuh dengan kata2.*Tapi, tak hengat pulak entri mana satu. Then, baru ni aku terbaca pulak entri Arz Moha yang ni ~
Kata-kata semangat.
So, comes out lah this entry.
Sorry, Arz sama pulak tajuk.
Orang yang berjaya..
bukanlah orang yang tidak pernah jatuh.
Tetapi, 
Orang yang bangun setiap kali ia jatuh.

Inilah kata2 yang selalu aku pegang masa belajar dulu. Kata-kata yang buat aku kuat semangat semula lepas aku puas nangis (ehhh...aku nangis ke?)

Aku 'hypos'.

     Dah 2-3 minggu kot aku breakfast dengan 1 keping sandwich. Tiap hari macam tu. Lunch ikut mood, kengkadang aku x makan. Kalau aku makan pun memang nasi 1/2 polisterine je.
     So, rini pun aku beli sandwich kat kantin klinik cam biasa. Dah beli, aku masukkan dalam beg. Sampai kat bilik, Dr. Maslina, kawan aku ajak makan kuih apam ayu yang dia buat. Dia ni memang rajin masak. Sedap2 pulak tu. Setiap minggu at least skali mesti dia jamu kitorang makan. Sebab x sempat, aku pun makan sebiji je kuih & terus start tengok patient. Lunch time aku x makan nasi. Aku makan sunkist yang Dr. Maslina bawak je. Lepas tu, jamah sikit jeruk yang Dr. Masitah bawak. Aku x minat sangat jeruk or benda masam.
     Lepas sejam aku terus loya & pening. Rasa banyak sangat angin dalam badan aku. Tak renti burp (macam baby lah pulak). Tangan pun dah ketar. Napelah jadi macam ni? Slalu tu aku x makan lunch ok je. Disebabkan x larat, aku rest lama sikit. Meaning aku dah hypoglycemic.. Maybe bacaan reflo aku dah turun sampai 3 masa tu.
     Dalam kol 3.30pm aku dah ok sket. So, aku decide nak start tengok patient balik. Aku buka beg nak ambik pen. Dan....jeng...jeng...jeng...tau apa aku nampak?



Cuba teka...

Itulah jawapan kenapa aku hypos.

Thursday, September 25, 2014

Kerja sebagai ibadah.

     Well korang.. Aku dah tua2 ni memang dah tak sama macam dulu. Korang jangan terkejut kalau aku cakap dulu aku slalu je being sarcastic dengan patient & provoke patient (I mean yang banyak songel). Tapi, sekarang tak macam dulu. Well, people keep changing rite? And alhamdulillah perubahan aku tu ke arah kebaikan. Alhamdulillah, setiap kali aku datang keje, aku niatkan keje aku tu Allah terima sebagai ibadah. If not, alangkah sia-sianya setiap hari yang aku lalui. Pergi kerja-balik kerja-pergi kerja-balik kerja.... Habuk tarak. Apa aku nak bawak sebagai bekal kat 'sana' nanti. Ibadah khusus dah pulak ciput. So, aku kene ambil berat ibadah umum macam ni.
     Kalau dulu, mostly everyday aku terfikir - macamanalah keadaan patient aku hari ni? Mesti ada  yang problematic (means banyak songeh), teruklah aku. Negative kan? End up..memang akan slalu ada je problem. Tapi sekarang, everytime aku datang kerja aku akan fikir macam ni - Everything is going to be alrite. Takkan ada masalah yang tak sepatutnya timbul. And Insyaallah aku akan membantu merawat patient dengan baik. Nampak tak the difference? End result - alhamdulillah memang everything goes smoothly throughout the day (in most of my days). Aku slalu fikir, kalau kita niat baik..Allah akan tolong, especially dalam memudahkan segala urusan kita & memberi lapang dada kat kita.
     Kadang2 tu datang juga dugaan. Contoh - Sorang pakcik ni nama SK, baru didiagnose TB. Disebabkan bulan ni aku in-charge TB so aku slalulah kene tengokkan pakcik SK ni. Ermmm...dipendekkan cerita, dia ni sangatlah cerewet & demanding. Dia x mo ikut arahan pihak kesihatan, tapi slalu nak kita dengar cakap dia. Dia slalu mengadu macam-macam yang dia tak puas hati kat aku (regarding everything). Aku dengar je & cuba nasihat dia. Setiap kali jumpa dia akan cakap perkara sama, so aku pun akan bagi jawapan yang sama. Kalau aku marah, mesti naik complaint. Aku pun bukannye nak marah. Cuma aku risau, setiap kali dia jumpa aku, dia akan ambil masa yang terlalu lama menyebabkan rawatan patient kat luar delay. So, hanya ada 2 colleague aku lagi yang terpaksa rushing tengok patient lain. And hari ni, dia bagi aku 'ceramah' - nak jadi doktor ni kene memahami, dll. Dan dia maksudkan aku ni memahami (I don't have other choice than trying to understand him, isn't it?). Siap keluarkan falsafah. Aku teruskan mendengar dengan teliti. Aku tau..pakcik ni sebenarnya mengalami mild depression. That's why dia berkelakuan macam tu. Aku hanya doakan yang terbaik, moga dia cepat sembuh & takde apa-apa komplikasi dari rawatan or penyakit TB tu. Insyaallah. Kalau kita dah niat kerja tu sebagai ibadah, memang kita otomatik bersifat positif. Semoga sabar tu sentiasa mengiringi. Kita bantu ringankan beban orang lain, Insyaallah Allah akan bantu kita juga suatu saat kita alami susah nanti.

Double payment sebab page loading.

     Semalam aku happy sangat sebab 2 barang yang aku order online dah dihantar oleh encik poslaju - dari Nile.com.my & Vitamart (Lelong.com) Tapi, harini... Aikkk...kenapa dapat benda yang sama - dari Vitamart? Tak mungkin diorang salah send. Terus aku check online banking aku. Rupanya memang aku bayar item sama 2 kali. 1 guna debit card, & 1 lagi guna credit card. Bila aku recall balik, baru aku teringat, aku memang click payment banyak kali kat page Lelong.com. Punyelah susah nak bayar masa tu. Asik 'hang' je. Tiap kali aku click memang lama sangat loading. But, dia appear as 'unsuccessful payment' on screen. At last, sekali je yang dapat 'successful payment'. Then, kene check email untuk confirm order & transaction, etc. So, xde problem. Masa tu wifi aku memang xde problem. Full bar. No blinking.
     Lepas dah puas hati, aku shopping kat Nile pulak. Dah lama x shopping online sebenarnye. That's why macam gian semacam je aku ni. Alhamdulillah skali click je payment kat Nile terus successful.
     So, apa dah jadi sebenarnye? Rini, aku memang dah gelabah. 1 barang tu RM119 (x masuk postage). So, aku try bukak Gmail semula. Baru aku perasan, aku terima 2 order no. Arghhh....tensionnn..Aku terus call Lelong.com tanya samada aku boleh return barang & minta refund duit aku? Jawapannye - CANNOT! Habis duit aku...HANGUS!! BURN!!

Dah sampai ~ nile.com.my

     Dah lama aku plan nak shopping samada kat Nile atau Zalora sebab ramai yang review tentang barang yang dorang beli kat sana. Katanya, kualiti barang same as shown & mentioned. Lagi yang best kat Nile ialah every stuff dia murah-murah. * Dah banyak kali aku singgah sini & banyak stuff yang aku berkenan. Senang kata ~ geram. Ermmm..rasa nak grab semua.
Ni lah webpage Nile.com.my
Nampak best kan?
Category barang:-
Fashion - woman/man
Books
Beauty care
Electronics
Creative lifestyle
Sports
Child care
Mobile accessories
     Kali ni aku nekad nak beli...
Aku order - Ahad, 21/9/14 (7pm)
Bayaran - bank transfer.
Belian RM100 ke atas - postage FOC.
Ni mode of payment yang acceptable &
Mode of delivery. 
You have successfully submitted your payment notification.
Bla...bla..bla...
Please click here to view your order. 
Check customer info tu tau..jangan salah add pulak.
Check list products yang korang beli jugak tau
* Barang yang not available pun akan masuk list
tau, tapi akan diletak tanda ni ->***
Ni progress order aku.
Tracking code given..
Bestnya...
23/9/14 (2 days later),
Barang aku dah sampai :) Cuba teka apa aku beli? Paling penting nak cakap, service Nile mmg ohsemlah & barang yang dapat sume good condition. Thanks Nile:)

Wednesday, September 24, 2014

Pain score.

     Biasanya skala kesakitan akan digunakan kalau patient mengadu sakit ~ untuk kes yang serius. Kalau just datang mengadu sakit sebab ada bisul, tak perlu guna pun (depends on cases).
     Bagi orang dewasa senang je nak rate intensity of pain depa. Just ask pesakit pilih antara skala 1-10. Paling tak sakit gunakan 1, while paling sakit gunakan 10.
     Tapi, budak kecik lain sikit sebab depa tak faham camna nak rate. So, boleh guna gambar smiley kat bawah ni:-
Wong-Baker FACES pain rating scale.
Gambar smiley:-
0 (gambar senyum) -> no hurt/ no pain.
10 (gambar nangis) -> hurts/ worst pain.

Nak berjaya... ingat Allah.

"When there is a will, 
There is a way."

"Di mana ada kemahuan, 
Di situ ada jalan."

Dalam Islam :-
Usaha ->Doa -> Tawakkal. 

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri. "

P/S: Percayalah yang setiap kejayaan itu memerlukan usaha yang gigih & pengorbanan dalam apa jua aspek. Memang bukan senang nak jadi senang. Betul tak? Apa yang kamu baru nak lalui tu sebenarnye telah dilalui oleh mereka yang berjaya sebelum kamu. So, don't get stressed up. Just continue usaha & memohon keredhaanNya because at the end Allah jua yang akan menentukan kamu berjaya atau tidak regardless of anything. 

Tuesday, September 23, 2014

Sakit urat - Jenis 'Peripheral nerve disease'.

     Semalam Allah nak duga aku - dapat 2 kes yang complicated. Kes apa? Sakit saraf yang 'spesifik'. Tak sama macam sakit-sakit satu badan or lenguh-lenguh tu tau.
-> Cth 1:budak ni (umo 19 tahun) - lemah separuh badan since tahun lepas (tapi ni bukan stroke @ angin ahmar). Punyelah lama aku assess dia sebab dah lama gile tak dapat kes macam ni. Last skali masa houseman 7 tahun lepas kot. After assess aku nak refer dia ke Orthopedic.
-> Cth 2: Lady ni umo 40-an - lemah & kebas kat ibu jari tangan (thumb) sampai tak boleh nak pegang kunci kereta, tak boleh nak pegang suratkhabar dsb. Akak ni selalu letak tangan tergantung kat kerusi (bahagian ketiak tertekan kat kerusi). Most possible urat yang injured adalah 'Radial nerve'. Akak ni alami Neurapraxia. Refer tajuk ni ~ Neurapraxia, Axonotmesis, Neurotmesis.
Terpaksa buka  Oxford handbook yang dah lama
'mendiami' rak buku ni.
(ni kat rumah, nak refresh balik all the details.) 
Ni semua adalah kawasan saraf pada kulit
yang nak kene assess
* Bahagian hadapan badan.
* Bahagian belakang badan.

Oral candidiasis.

     Dah 2 minggu Iri ada putih-putih kat lidah tu tapi tak sempat & lupa je nak ambilkan medication untuk dia. Itulah hakikat kami kat klinik ni, selalu je lupa rawat ahli keluarga sendiri. Alhamdulillah semalam sempat ambik.
     Putih-putih kat lidah tu adalah jangkitan kulat ~> Oral candidiasis. Ia akan nampak tebal & tak boleh keluar kalau kita kikis pun. Ia tak sama dengan sisa susu yang melekat kat mulut tau.
Ubat untuk Oral Candidiasis dari klinik aku
-  Tystatin oral suspension.
Tystatin tu brand dia.
Yang penting, kandungan ubat tu mesti
ada Nystatin.
 Setiap 1 ml = 100,000 units Nystatin.
Recommended dosage berapa?
Infant (umo setahun) - 0.5-1 ml.
Children & adults - 1-6 ml.
* Titis setiap 6 jam (4x sehari) selepas makan.
* Tahan selama mana yang boleh kat lidah sebelum telan.
* Kalau nampak dah hilang, tetap teruskan guna
untuk tempoh 48 jam
     In fact, korang still kene teruskan sapu krim anti-kulat pada mana-mana jangkitan kulat kat kulit walaupun dah hilang. At least,  teruskan sapu ubat for 5 days. Kalau tak, nanti jangkitan tu akan naik balik.