Saturday, September 20, 2014

Kurangkan garam.

     Siapa taktau yang pengambilan garam berlebihan boleh sebabkan Penyakit Darah Tinggi (Hipertensi)? Kene tahu tau because this is basic. One more, kalau makan daging merah (daging lembu/ kambing/ kerbau dsb) confirm patient yang memang dah known case hypertension ni rasa pening & bila check confirm bacaan tekanan darah 'melambung-lambung'.

     Berapa kuantiti garam yang kita perlukan sehari?
Pengambilan garam perlu dihadkan kepada 2400mg sehari.
* Nama lain garam ialah :
- Sodium, ATAU
- Natrium.
(Cuba tengok ni pada label kandungan makanan. Ada tulis sana kan?)
Garam ni memang ada dalam kebanyakkan makanan yang diproses macam kat bawah ni. So, beware tau ...
Tau tak yang ni ?
1 sudu makan kicap cair = 1250mg sodium.
1 sudu makan sos tiram = 750mg sodium.
1 sudu makan sos tomato = 150g sodium.
** So, kalau makan sos kat KFC tu biarlah berpada-pada ye :)
     Apa kebaikan kalau kita hadkan pengambilan garam ni?Okey, ini adalah benefits yang kita dapat selepas 4 minggu :;
Tekanan darah (BP) turun sebanyak 5mmHg.
Risiko stroke menurun sebanyak 20%.
Risiko sakit jantung menurun sebanyak 18%.

Sajian sayur & buah yang diperlukan sehari.

     Kita makan sayur & buah setiap hari. Tapi, kita taktau samada kuantiti sayur & buah tu cukup atau tak, kan? Ok, meh tengok guidelines ni.
Berapakah sajian yang diperlukan?
5-10 Sajian sehari.
Apakah pulak yang dikatakan 1 sajian sayur atau buah tu?
Apakah 1 sajian sayur?
1 sajian sayur bersamaan :-
- 3 sudu makan
ATAU
- 1 senduk.
Apakah 1 sajian buah?
1 sajian buah bersamaan :-
- 1 biji buah sebesar penumbuk
ATAU
- potongan buah ikut ukuran sudu besar
(panjang & lebar buah sama dengan panjang & lebar sudu).
Macamana nak capai 5 - 10 sajian sehari?
Okey, rujuk gambar Pinggan Sihat kat bawah ni sebagai contoh...
Dalam 1 pinggan :-
1 sajian buah & 2 sajian sayur-sayuran.
Jadi, kalau ambil bilangan sajian yang sama untuk :-
lunch & dinner,
maka dah dapat 6 sajian sayur & buah untuk 1 hari.
Muka kepenatan lepas balik dari kursus bersama dietitian.
Pehhh ...penat konon.