Wednesday, July 30, 2014

Selamatkan diri dari Aedes.

~ Autopublish entry ~
Ramai yang sedia maklum yang kes Demam Denggi makin hari makin meningkat di Malaysia.

Macam-macam cara yang perlu diamalkan seperti:
- Membasmi tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.
- Memakai baju lengan panjang & seluar panjang untuk mengurangkan risiko gigitan nyamuk.
- Elakkan dari berada di luar rumah at dawn & dusk...OR membiarkan pintu & tingkap rumah terbuka pada waktu  ni.
- Memakai kelambu.
- Menggunakan jaring-jaring kat tingkap rumah bagi mengelakkan nyamuk 'bertandang' ke rumah.

And, last but not least..
INSECT REPELLENT.
Ramai yang xtau yang bende ni kita apply kat badan. Boleh tahan sepanjang malam 8-10hours. Mase aku suggest kat patient, dorang ingat aku soh beli spray nyamuk macam Ridsect tu pulak. Ade ke patut?

Antara pilihan insect repellent:
Aku guna Brand Mosi-guard
Natural Insect Repellent.
Harga RM25- beli kat Alpro Pharmacy.
(Ada jenis roll-on, cream, aerosol & spray).
Aku dah test sendiri..
Sebelum pakai nyamuk dok gigit aku.
Lepas aku apply ni, nyamuk dah takmo gigit aku.
If not mistaken,  ia berbau serai wangi.
Antara insect repellent jenis roll-on.
Boleh digunakan untuk elak serangga lain juga,
cth: Mase camping.
Insect repellent jenis wipes.
Aku rase better use this 1 for baby.
Kalau spray takut kene mata..sebab baby bukan reti dok diam:)
Boleh cuba pada yang belum cuba.

Tuesday, July 29, 2014

Last week puasa.

Tak sempat nak hapdet yang ni.
Ni minggu last puasa - Isnin 21/7/14.
     Time aku teman Mak gi beli tudung.
Mahal tau tudung awning - aku tengok biasa je pun dah RM75. 
Aku tak berkenan yang tu..mak pun sama.
So, kitorang masuk Pearl Haya pulak.
Ni kat Pearl Haya, Taipan Senawang. Tudung kat sini almaklum
memang sangat-sangat mahal lebihkurang Fareeda.
Paling murah RM85 tapi plain je.
Kalau layer, then 1 layer to corak ~ RM99 ke atas.
Kalau dalam 5 layer ~ RM250 ke atas.
Tapi, memang cantik2 & puas hati.
Belanja mak 1 tudung. And mak sendiri beli 1 tudung.
Membership Pearl Haya RM25 first registry.
'Queen Of Pearl Club'.
RM15 renewal per year.
Kalau beli first tudung dapat 30%.
Then, next tudung in same month dapat 10%. 
     Lepas beli tudung kat Seremban, kitorang 'shoot' ke PD untuk beli juadah buka puasa. Antara tempat yang famous ialah kat Batu 4. Bersebelahan Petronas. Kalau hari Sabtu, memang jem area ni sebab jadi Pasar Malam. Pengunjung yang datang Port Dickson memang suka singgah sini.
Pintu gerbang di Batu 4, Port Dickson.
" ANDA MEMASUKI ZON SIFAR SAMPAH ".
Roti pita yang so yummy.
Dah nak habis puasa baru jumpa. Tu pun kat sini.
Puas cari nearby rumah aku memang tak ade.
(Mula kenal roti pita ni masa belajar kat KL).
     Jumaat 25/7/14; around 2pg, gi bazar Ampangan beli halfmoon shawl. Actually nak beli kerepek-kerepek je tapi biasalah aku..akan menyinggah. Bazar Ampangan ni memang famous kalau kat Seremban. Sini pun slalu jem. Ramai double parking tepi jalan & atas divider jalan.
Hijab aku murah-murah je. Tak sampai RM20 pun.
Slalunye aku pakai shawl yang panjang tu.
Ni tukar selera pulak.
     Ok, jom lah balik. Esok asben nak duty.