Friday, July 25, 2014

Klinik kosong...unbelievable.

Dah petang-petang ni alhamdulillah klinik dah lengang. Sume patient dah balik raya kott.
Pandangan dari kaunter.
Berselfie sebelum balik time.
Ber'welfie dengan Dr. Liyana.
Selamat Hari Raya semua.
Jangan tertinggal baju raya tau masa nak balik kampung.

And jangan lupa tinggalkan address rumah at nearest police station so that mereka akan buat rondaan. # Terima kasih pada pihak polis yang berkhidmat di kala kami menyambut raya. #

Duit raya untuk kamu.

Salam.

Bersempena Syawal yang hampir tiba..
saya ingin memohon maaf andai ada yang terguris hati sepanjang berkenalan dengan saya di alam maya ni. Memang tiada sekelumit niat pun untuk menyakiti hati sesiapa sepanjang saya berblogging. Saya hanya seorang yang sempoi, tapi kadangkala saya agak serius dalam certain issues...which make some people feeling uneasy with me.. I guess. Harap tak simpan lama2 nanti jadi abscess kene I&D (incision & drainage). Haha.
Di kesempatan ni sebenarnya.. saya nak bagi duit raya kat bloggers yang tak jemu2 drop comments kat blog saya.
Jadi, Top 5 Lovely Readers yang beragama Islam seperti kat bawah ni boleh tuntut... hehe.. RM5 bagi setiap orang anak mereka sebagai duit raya dari saya.
Harap sudi terima.
*Boleh bagi nama anak2 (yang masih sekolah) kat ruang komen ye.
* Drop nama sebelum 6pagi esok.
*Then, wassap saya 017-3841198 bagi akaun no & nama bank & account holder name.
* Yang xde anak or anak dah abes sekolah menengah, bagi nama sendiri je :)
Love you, guys.

Endorse MC.

~ Autopublish entry ~
U olzzz or colleagues u olzzz pernah tak datang KK untuk endorse MC dari private hospital?
Actually benda ni is not written dalam SOP untuk Medical Officer pun. So, kalau doktor taknak sain pun boleh kan? Hehe..saje nak buat jahat sikit.

Mase blaja dulu pun tak pernah pulak pensyarah ajar cara nak endorse MC. Yang dipelajari adalah cara nak diagnose penyakit & rawat pesakit. 

Tapi takpelah...kitorang ni baik hati tau. Sain aje, but with conditions :
1. Please lekat MC to comel2 atas kertas A4 putih.
2. Complete with diagnosis on every MC sheet.
# KPJ bagus sangat because on the MC itself ada part Diagnosis.

Menyusahkan ke? Actually kitorang dah hadapi banyak masalah related with MC ni - mane yang time tengah rawat patient bos u olzzz call mintak explaination pasal MC...mane yang nak kene buat explaination letter kat employer. Banyak keje tu...

Thursday, July 24, 2014

Kita serupa - laceration at forehead.

~ Autopublish entry ~
2 Jumaat lepas.. MA panggil aku masuk Treatment Room sebab ada sorang budak Darjah 1 jatuh kat sekolah & berdarah kat kepala. MA kate maybe kene jait.
Dahi 'terbelah'.
"Allahhuakbar. Harap2 takyah jahit. Sebab aku kesian kalau budak kecik nak kene jahit."
Aku attend budak tu segera. Dari jauh, nampak dah baju dia berlumuran darah. Mase tu cikgu yang bawak die. Nampak air mata berlinang kat pipi.
Aku: Macamane boleh jatuh ni..kawan tolak ye?
Die angguk kepala.
Kenapa kawan tolak? Gaduh ke?
Tapi, aku x rase die gaduh pun. Budak ni kecik je..halus je.. nampak tak nakal.

Murid: Tak..dia lari2.. Lepas tu terus tolak.
Alahai, sama ngan cerita aku.

Mase tu aku Darjah 2 Kenari.. aku main kejar2 ngan kawan2 aku, termasuklah ada sorang budak laki gemuk, nama dia Fairuz. Mase tu ade sebatang pokok yang daunnye lebar & boleh melekat kat baju. Mase tu, tibe si Fairuz ni kejar aku sambil cuba nak lekatkan daun tu kat belakang pinafore aku. Ape lagi..terus je aku jatuh terperosok & dahi aku cium bucu pintu kelas aku. Darah berlumuran kat baju. And aku dah macam nak pitam. Cikgu kesayangan aku, cikgu Hapipah lah yang bawak aku balik rumah. Ada luka terbelah sikit kat dahi kiri, sama macam budak ni kedudukannya. Tapi, alhamdulillah tak perlu jait. Imam depan rumah aku just ambil sarang labah-labah & baca2 ayat Quran then lekat kat dahi aku.
Bile aku tengok budak ni..same je badan 'halus' macam aku dulu. Luka kat dahi die pun superficial & no active bleeding. So, selamat..

Murid bernafas laju/kencang.

~ Autopublish entry ~
Petang last week sorang cikgu ni datang bawak sorang murid yang tengah mencungap-cungap jumpa aku. Cikgu tu taktau what actually happened. Guru subject die yang panggil cikgu ni sebab die merupakan pakcik budak ni.

Aku: Adik, pernah tak jadi macam ni sebelum ni?
Adik tu geleng-geleng.
Aku: Adik ada apa2 penyakit ke sebelum ni? Die just silent. Cikgu tau ke apa-apa masalah budak ni before?
Pakcik: Saya tak pasti.
Aku: Mak ayah die mane?
Pakcik: Parents dia bisu.
Aku: Adik ade takut ape-ape ke? Kawan buli ke? Cikgu garang ke?
Die geleng kepala lagi.
Aku: Cikgu,  saya check die takde masalah. Die ni hyperventilating ni.
Aku pegang tangan budak tu & pimpin dia ke bilik rawatan.

Kat treatment room:
Aku: Cikgu, ambil paper beg ni & tekup kat hidung dan mulut die. Adik nafas dalam beg kertas ni ye. Sekejap lagi saya datang balik.
Breathing in paper bag.
After about 5-10min:
Aku: Adik dah ok, kan? [Dah tak mencungap-cungap lagi. Nafas dah stable]. Boleh cerita kat doktor.. Adik ade masalah ape?
Murid: Kerja skolah suuusah.
Aku: (Alolo..aku dah agak dah ada something wrong at school.)
Penerangan ringkas klik SINI.