Monday, July 21, 2014

NCW 2**5 tercalar.

Ada lagi kesan calar yang panjang, tapi line tu halus.
So, tak obvious sangat mehh..
Nampak tak kesan calar kat bumper kete aku. Haha..seiring kisah yang lepas, rupenye NCW pun kene tempias. Eh, ape aku merepek ni? Aku rase ni adalah perbuatan tak sengaja driver yang belum pro ketika mengeluarkan kete dari parking. Kitorang kalau kat klinik ni bukan setakat double parking..dah triple dah. And kereta aku dalam dilema kerana dok 'layer tengah'.
*Ada nada berlagak & mengada-ngada di situ. Ahaks..

Actually dah seminggu aku nampak kesan tu tapi aku biarkan sebab ingat kesan air lumpur. Patutlah ritu ade sorang rider ni die usha je kat bumper kete aku time stop kat traffic light. Semalam pulak, ayah & adik laki aku sound, "Kenape kete kau ni calar, Ngah?"
Dengan bangganya aku cakap, " Semestinye bukan perbuatan anak ayah yang pro ni." Okey, sila abaikan bab berlagak tu sebab aku memang berlagak kalau bab driving. Haha..

So, misi seterusnya ialah membeli Car Polish so that kete aku cantik balik.

#Pesanan penaja: Sila servis kereta anda sebelum memulakan perjalanan balik kampung di Hari Raya Aidilfitri nanti. (Aku pun belum ni..). Yang ni dah keluar topic. Hehe..

Intestinal obstruction (IO).

~ Autopublish entry ~

 Intestine = bowel/ usus.
(Ada small intestine & ada large intestine.)
IO means usus tersumbat.
-          Setakat 1 bulan ni.. Dah 3 orang kanak-kanak aku diagnose dengan IO
- Baby 3 bulan.
- Budak lelaki 7 tahun
- Budak perempuan 11 tahun
Semuanya datang dengan masalah muntah non-stop
plus NBO [refer SINI
plus distended abdomen (perut kembung).
PR xm – empty rectum.

Sumbatan pada mana-mana bahagian usus ini akan sebabkan ia membengkak (dilated)
Ini boleh dilihat melalui Xray.
Nampak tak warna hitam yang panjaaaang tu?
Itulah gambar usus yang tersumbat (obstructed).
Warna hitam terhasil daripada gas yang 'trapped' inside bowel tu.
Another picture of IO.
Aku try dah Google pic AXR yang normal - tapi, xjumpa pulak.
Sowi ye.
But then, what you have to know is ..in normal Abdominal X-Rays ..
just ada sikiiit je gas dalam perut (gaster).

B.Arab - perbuatan #5.1

~autopublish entry~
Macam biase..ni kerja sekolah adam hadif.
Mama cuma nak refresh balik.
Mama belaja ni masa umo 13tahun, AH pula masa umo 5tahun.
shariba - minum
dakhola - masuk (enter)
khoroja - keluar
samia' - dengar

Paru-paru berair.

;) Dulu masa kecik..ayah cakap jangan mandi malam-malam, nanti dapat paru-paru berair.
Memang percaya bulat-bulat lah sebab ayah yang cakap kan.
Tapi, bila masuk lecture Physiology (mase Tahun 1 Medical), Prof kate manede camtu.
Siap ketawakan..
Sebenarnya takde kaitan pun..

Apa sebenarnya paru-paru berair ni?
Ni tak belajar dalam lecture tau..
This is from experience.
Dalam lecture everything used medical term. Manede bahasa pasar :D

First ialah -> Pleural effusion.
('Air' dalam lapisan luar yang cover paru-paru, iaitu dalam pleural space)

X-Ray showing pleural effusion.
Klik SINI
Second ialah -> Pulmonary oedema.
('Air' dalam alveolus /air sacs)

Klik SINI
X-Ray showing pulmonary oedema. 
So, afterwards bila doctor sebut tentang 'paru-paru berair' ... you can ask whether he/she means
pleural effusion OR pulmonary oedema.
** Masing2 disebabkan oleh penyakit tertentu seperti :
-Jangkitan kuman di paru2 (pneumonia)
-Pulmonary tuberculosis (TB)
-Kegagalan jantung (heart failure)

Sunday, July 20, 2014

IUCD jadi tukun.

~ Autopublish entry ~

Intrauterine device. 
IUCD seperti yang ramai sedia maklum ialah alat perancang kehamilan. Disarankan untuk patient yang tak boleh ambil pil OCP, implan, or injection.
Ikut jenis - ada yang tahan 3 tahun, ada yang 5 tahun baru kene remove.

Ramai juga yang ter'mengandung' semasa baru pakai iucd ni. Kenapa ea?
Correct position of iucd inserttion.
Actually, aku bukan orang yang arif untuk jawap bende ni sebab aku x incharge KKIA. (dulu penah la 'jage' kejap). Bila aku tanye kawan aku yang in-charge & nurses yang otai dorang kate maybe patient tak check tali iucd everytime nak tooott. Kemungkinan iucd tu dah 'lari' sikit time u olzzz ade heavy menses (mase period tengah banyak).

Lagi satu yang so funny, kalau dah lebih time (expired..).. Patut dah remove u olzzz simpan buatpe? Memang dah tak function & risk of endometritis. Satu doctor ni die penah tanye patient depan aku.. " Nape dah bertahun-tahun awak tak datang klinik keluarkan iucd tu? Awak nak buat tukun ke?" Hahaha..spontan aku gelak depan patient tu. Patient tu tak kesah pun.. Die selamba je.