Friday, June 24, 2016

RM10 yang bukan hak.

11.45pm.
Sambil hirup Nescafe.
Baru lepas meng'garment steamer'kan uniform sekolah anak-anak.
Sekadar Hiasan & tak related dengan story.
DIY pengampai pakaian hasil kekretipan en. somi.
Malu sesangat kalu ade orang datang rumah. Erghhh..
Tapi, kire membantu jugaklah sebab ampaian lain sume penuh.

Teringat kisah tengahari tadi..
Masa tu aku masuk kerja lambat kerana hal peribadi.

Setibanya kat klinik, patient pertama yang masuk adalah sorang Indian uncle who is an elderly walking aided with stick. Susah-payah datang klinik semata-mata kerana nak ambil ubat 'penyambung nyawa' (istilah yang digunakan oleh beberapa pesakit lain) yang tidak cukup sementara menunggu temujanji seterusnya (in next 3 weeks).

Sebelum keluar dia voluntarily bagitau dia datang ke klinik sensorang, & menaiki taxi. Die kate driver teksi bising taknak tunggu die habis jumpa doktor tapi die mintak tunggu jugak & promise the driver to give extra RM10.

Dengan rasa bersalah, aku hulurkan RM10 yang kebetulan aku bawa dalam pencil case (handbag tinggal dalam bonet kete). Uncle tu refuse tapi aku paksa gak soh die ambik. Kesian kat uncle tu,kan? Sebab aku lambat..tak pasal-pasal die yang kene bayar lebih.

Actually aku nak share ni bukan kerana setakat kesian pada insan lain. Tetapi lebih kepada keberkatan rezeki. Banyak kali dah rezeki aku kene tarik sebab 'kelekaan' & 'kealpaan' aku sendiri.
- Tayar kete aku pernah kene kunci, denda RM50 sebab aku lambat masuk 15minit keje hari Jumaat (masa aku houseman).
**Banyak kali dah kene saman..
-  Tiket parking Jusco hilang, kelam-kabut carik..tapi at last tetap xjumpa. So kena denda. Maybe sebab keluar bawak anak-anak jalan tak mintak izin suami (suami dok jauh tu yang cam leceh nak mintak izin).
- Pinjamkan duit riban2 kat orang tapi at last orang tu lari tak jumpa dah. Ni sebab tak dengar cakap somi.
- Hati rasa tak tenang (sebab banyak sangat dosa)

Bile muhasabah diri balik, ternyata banyak nikmat Allah yang tak disyukuri secara sedar mahupun tidak sedar. Moga Allah ampuni dosaku, dosa kedua ibubapaku, ahli keluargaku & sekalian umat Islam.


Related topics:
~ Jom Kongsi: Bersama DFMK.
Garment steamer MORGAN.
~

Tuesday, June 21, 2016

Anak kecil ~ tips cepat ke sekolah.

Pepagi memang 'huru-hara' sikit bab siapkan anak ke skolah. Budak-budak kecik biasalah kan. Lebih-lebih aku ni 'single parent' (asben keje jauh di seberang)...so everything kene well-planned.

Alhamdulillah tang nak kejut tido tu tak ler susah sangat sebab memasing takut mama nya macam 'singa'.

Tang mandi ambik masa sebab kalau x jenguk depa termenung mengenang nasib. Gosok gigi kena pesan tiap hari kalau tak dorang buat2 lupa. Ajik yang 5 tahun pun mandi je sendiri, pakai baju sendiri. Abe yang 7 tahun memang bersiap sendiri ke sekolah: head-to-toe. Yiyi pulak paling byk ragam sebab baru 3 tahun kan tapi dah nak kene bersiap pepagi buta.

Sifat aku jenis tak suka bergantung pada orang lain. So aku memang ajar anak independent ~ semua benda kene tau buat, tak boleh malas, tak boleh bagi excuses selagi tak usaha sendiri, tak boleh kata 'taktau' / 'tak pandai' / 'susah' selagi tak cuba.
"Orang yang berjaya tak suka bagi alasan".
"Tak ada perkara yang mustahil selagi kita bergantung harap pada Allah".

Ok, to cut things short..nak btau pengalaman jaga 3 small boys memang erghhh...pepaham. Even a simple thing like asking them lifting up their school bag & put nicely inside the car will take a very..very long time sampai 15min k.

So, what i have been practicing now is...(idea dari K.Lily,my clinic staff. TQ K.Lily).
Look carefully gambar kat bawah ni...

School bag 3 boys & bakul serbaguna (untuk elak barang bersepah).
Balik dari sekolah:
- Takyah keluarkan beg skolah. Biar je dalam bonet.
- Keluarkan homework & alatulis je.
- Keluarkan pakaian kotor yang nak basuh.
- Masukkan slipper /sandal jika perlu tukar kasut skolah (Abe dok transit lepas balik sekolah)

Malam:
- Susun semula buku ikut jadual hari esok.
- Jadual & buku sume aku tinggal je dalam bonet.
- Masukkan baju persalinan petang (Ajik & yiyi)
- Masukkan botol air (ada dalam bakul hitam tu).
Jadual sekolah - aku siap warna ikut subjek. So, senang & cepat nak tengok.
Aku letak ni dalam beg skolah 'spare'.
Pagi-pagi:
Dah jimat masa & tak stress sebab takyah bising2 soh angkat beg + takde barang yang akan tertinggal. Just bawak badan je masuk keta.
Hopefully membantu..
Sape ada tips lain leh share sini.