Tuesday, October 20, 2015

Demam Kepialu / Tifoid.

Assalam semua. 
Maaf lama sangat tak bersiaran dek kerana kekangan masa. 
Kat bawah ni nak share info yang aku dapat dari wassap group doctors. Then, aku copy paste je dari Portal Web Rasmi KKM sebab info ni dah concise. So, selamat membaca :)

http://kpkesihatan.com/2015/10/19/kenyataan-akhbar-kpk-peningkatan-kes-demam-kepialu-di-wp-kl/
Sambungan seperti di bawah...

Di Malaysia, sejumlah 785 kes- kes demam kepialu telah dilapurkan pada tahun 2003

( Kadar insiden 3.13 /100,000 penduduk )


Apakah jenis-jenis makanan yang biasa di kaitkan ?
  • Makanan yang tidak di bersihkan dengan sempurna
  • Makanan bercengkerang ( Etok, kerang, kepah, kupang, lala dan tiram )
  • Sayuran mentah (ulam dan salad)
  • Cendol
  • Susu mentah
Apakah tanda-tanda dan gejala ?
Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1 - 2 minggu tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan.
Gejala :
  • Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40 ˚C
  • Cirit birit
  • Sembelit
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Sakit badan / lemah / letih lesu
  • Kurang selera makan
  • Batuk tanpa kahak
  • Denyutan jantung perlahan ( bradycardia )
  • Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
  • Bengkak limpa dan hati
Bagaimanakah penyakit ini merebak ?
  • Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh tinja (najis ) manusia yang mengandungi bakteria salmonella typhi.
  • Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pembawa bakteria (typhoid carrier)
Komplikasi Penyakit
  • Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya
  • Seorang yang tiada tanda / simptom atau sembuh dari demam kepialu boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (Pembawa Typhoid).
Rawatan
  • Perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan awal.
  • Rawatan dengan antibiotik seperti chloramphenicol , ampicilin, ciprofloxacin biasanya diberikan
Bagaimanakah untuk mencegah Demam Kepialu ?
  • Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan
  • Hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya
  • Elakkan makanan dan minuman berisiko seperti sayuran mentah / ulam, buahan, makanan dari penjaja, ais semasa berlakunya wabak.
  • Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.
  • Elakkan ais kecuali ais yang di buat dari air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan
  • Mendapatkan Pelalian Vaksin Demam Kepialu
  • Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja najis yang sesuai terutama salepas banjir atau bencana alam
  • Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan
Apakah tindakkan jika saya disyaki mendapat penyakit demam kepialu ?
Jumpa doktor anda segera.
Semakan Akhir     : 26 April 2012
Penulis                  : Dr. Aaisah Senin
Penyemak             : Dr. Marzida Abd Latib

Wednesday, September 23, 2015

Penyakit fizikal / mental.

Makin hari, makin ramai pesakit yang didiagnos mengalami/menghidap:

- TB (Tuberkulosis)
- HIV
- Kegelisahan
- Kemurungan

Penyakit TB & HIV as u olzzz know adalah penyakit berjangkit. Ape yang aku nampak, TB ni semakin meningkat ekoran lambakan pekerja asing kat Malaysia ni. Peningkatan HIV pula adalah secara tularan seksual berbanding penagihan dadah secara suntikan. And surprisingly,  tularan secara homoseksual (hubungan sejenis) adalah tinggi berbanding heterosexual.

Kegelisahan & Kemurungan pula dikaitkan dengan penyakit/masalah mental. Korang rase kenapa?  Bagi aku, ini ada kaitan dengan tekanan hidup dalam zaman yang serba mencabar ni. Most cases yang aku jumpa disebabkan tekanan di tempat kerja. Terlalu banyak program /projek nak kene handle, kene patuhi banyak SOP...banyak audit. What to do...nak hidup perlukan duit. And nak duit kene kerja.

Take care ye u olzzz & jaga-jaga.