Saturday, April 11, 2015

Angry Birds Activity Park, KOMTAR JB.

4/4/2015. 
KOMTAR, Johor Bahru. 

Kami ambik keputusan round2 area JB lepas tak dapat enjoy ourselves kat Legoland @ Nusajaya.

We came across this Angry Birds Activity Park so just chill out kat bahagian luar. Nak masuk dalam macam tak worth it sangat sebab harga boleh tahan mahal tapi tempat not that big untuk my kids explore. Neway, insyaallah next time ya :)

Gambar entrance. 

Harga tiket.
Korang boleh tengok Normal Rate/Mykad & Mykid Holders:
- Single Entry
- Annual Pass
- Family Pass (4 Pax)
Family Annual Pass
- School Groups
* Belah kanan tu ada Rules & Regulations skali. 

Peta Activity Park.
- Ada 24 stations.

Gaya anak-anak & anak buah.
Atas: Anda semua didenda.
Bawah dari kiri:
- Mau lari ye? Haaa...dapat tangkap balik!
- Hoho... Buat drama fengsan konon!
- Dah fengsan boleh bangun n lari balik ke?

Atas: Bergambar kat kepala Angry Bird merah & lastik besar.
Kiri bawah: Depan Angry Birds shop.
Kanan bawah: Dalam Angry Birds shop.

Fill your tummies with yummies.
Comel kan mural ni?
Snap gambar aksi anak-anak lagi...
Later on can show them.
Baju hitam-kuning ~> papa.
Baju biru ~> adik aku, Dewi @ Mak Lang budak-budak ni.

Friday, April 10, 2015

Herpes Zoster #3 - Postherpetic neuralgia.

Dalam entri INI aku ada cerita yang ruam penyakit Herpes Zoster ni selalunya akan ambil masa 2-4 minggu untuk sembuh kan?

Walaubagaimanapun, ada certain patients yang masih mengalami kesakitan pada bekas tempat yang ada ruam sebelum tu. Bukan sekejap tau - ada yang sakit selama berbulan, malahan bertahun.

Keadaan ni kita namakan Postherpetic neuralgia.
Maksud? Sakit pada urat (urat yang terlibat dengan masalah Herpes Zoster tu) kerana ' damage ' yang disebabkan oleh virus tu.

Pesakit sukar nak terima kenyataan ni sebab bagi dorang tak sepatutnya perkara macam tu terjadi - sebab ruam HZ tu dah lama hilang. Juga, sukar bagi doktor nak terangkan perkara macam ni.

So, what did I do to convince patient?
Biasanya, bila timbul masalah-masalah yang aku susah nak yakinkan patient, aku akan bagitau DIAGNOSIS PENYAKIT tu & ask them to Google. Most of the times aku akan Google depan patient & terus tunjuk + bacakan kat dorang. Then only they stop asking.

Aku tak suggest patient Google sendiri without proper explaination by any doctor because they need to be guided & directed first. Kalau tak, nanti korang akan jadi lagi confuse sebab ada macam-macam kat Google tu yang takde kaitan dengan penyakit korang tapi korang rasa ada kaitan (Banyak yang perlu di 'filter'). Kenapa aku cakap macam ni? Sebab dah banyak berlaku patient Google & die pulak yang 'ajar' doktor. Ermmm...

Tak salah kalau pesakit mintak nasihat dari doktor berkaitan bahan bacaan/ rujukan dorang. Yang salah tu ialah bila patient cuba ajar doktor because they think it is that easy to come to a diagnosis. Sebenarnya, doktor need to summarise everything from patients' story + examination + test (if any). Banyak yang perlu dipertimbangkan walaupun pesakit datang sekadar batuk.