Sunday, March 29, 2015

Setiap tahun APC.

Mesti terlopong bila baca tajuk ni kan?
Stop thinking what u guys are thinking rite now :D

Ini bukan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, tapi Annual Practice Certificate.
Dalam BM -> Perakuan Amalan Tahunan.
Setiap doktor yang berkhidmat kat Malaysia ni (kerajaan / swasta) mesti renew APC ni yearly.

e-filing (Cukai taksiran 2014).

Salam semua.
Alhamdulillah aku baru selesaikan e-Filing LHDNM aku. Harap korang tak lupa sebab dateline dah dekat - sebelum 30 APRIL 2015.

Nampaknya website LHDN dah bertukar wajah. Refer SINI untuk website terdahulu.

So, kat sini aku just nak share apa yang korang perlu klik so that korang tak confuse. Actually, everything is not that difficult. Cuma, kalau dah kelam-kabut buat last minute tu yang 'kecundang' :)

1. Log Masuk :
- No. Pengenalan.
- Kata Laluan.

 2. Akan terpapar :
- Maklumat Asas.
- Sijil Digital Individu.
Klik 'sini' .
Kalau nak update maklumat peribadi, klik ...
Profil > e-Kemaskini > Profil Diri.
 3. Lihat pilihan :-
Individu Pemastautin/ Individu Bukan Pemastautin / Bukan Individu
& e-borang yang berkaitan dengan anda.
Kemudian, klik ' Tahun Taksiran ' - 2014.
Isi borang - maklumat akan disimpan secara automatik.
Rujuk SINI untuk maklumat carian Penyata Pendapatan Tahunan.
4. Bahagian terakhir - RUMUSAN.
Kat sini akan keluar semua rumusan bayaran - ada kemungkinan korang terlebih bayar. So, tunggu je lah duit tu nanti ye :) Cepat atau lambat LHDN refund tu aku tak berapa ingat sangat lah. Sorry....
Alhamdulillah aku pun akan dapat refund nanti.
Yang aku bulatkan tu adalah Zakat Pendapatan yang aku bayar & Lebihan Bayaran yang aku dapat.
Apa yang aku cuba nak  tunjukkan? Meh tengok sini...
Kalau aku bayar ZP sebanyak RM1200 setahun - LB aku adalah RM312.90,
Kalau aku bayar ZP sebanyak RM1320 setahun - LB aku adalah RM432.90,
Kalau aku bayar ZP sebanyak RM1440 setahun - LB aku adalah RM552.90.
Meaning ... better korang as Muslims bayar je ZP tu bebanyak, sebab di samping itu perkara WAJIB + korang dapat PAHALA, korang tetap akan dapat refund yang banyak. Insyaallah..
 Selesai semua, klik ' Teruskan '.

5. Akhir sekali, korang akan dapat paparan ni ..
Pengesahan Penerimaan e-BE bagi Tahun Taksiran 20**.
- Korang bolehlah save yang ni.
Kalau nak ulang tengok bahagian ni next time, klik :
e-Filing > Semakan Pengesahan.

Selamat menjalankan kewajipan anda :)