Sunday, March 22, 2015

Weekend kat Pontian, Johor.

Salam.
Lama tak bersiaran.
Nothing much nak cerita sebenarnya :) Just nak share gambar aku & anak-anak during weekend ni.

Aku, anak-anak & Safwan bertolak ke Pontian Johor Jumaat malam, 20/3/2015 lebihkurang jam 10.30 malam.

Aku drive dari Seremban sampai tol Simpang Renggam, Johor. Keluar tol, Safwan pulak drive sebab aku dah ngantuk tahap nak kena lempang baru sedor :D. Actually sebelum tu dah ngantuk, tapi aku gagahkan jugak drive sebab kete aku wat hal.

Hal ape??

Kalau kete aku berenjut kuat, absorber pun akan bunyi kuat macam nak patah. Sebab masalah aku tukar sport rim & tayar besar tapi taktau pulak pakej sekali ngan kene tukar absorber. Sobsss... 1 more thing x boleh naik reramai confirm ada bunyi yang mengganggu perasaan.

Papepun, alhamdulillah selamat sampai rumah adik aku, Dewi pukul 1.00 pagi.

Shot dari kiri saje yg boleh ye.
Sebab kanan ada jerawat baru yang menyepoilkan mood :).
Safwan, adik aku a.k.a Pak Tih dok sibuk melayan si anak-anak buah main kat playground.
Mama & the Adams sayang.
' Everything for you, sayang '.
Tengah panas tu yang mata semua kecik.

Tuesday, March 17, 2015

Iman Child Centre.

Entri berkaitan refer SINI.

Kat bawah ni adalah details bayaran pendaftaran Iman Child Centre di Taman Telawi, Ampangan, Seremban pada tahun ini. * Bayaran tahun seterusnya mungkin berbeza.
No Tel:
Pn. Manisah 019-6537748 / 0111-6640757

Jadual yuran Iman CC bagi:-
Tadika - 4,5&6 Tahun
Taska - 2 bulan hingga 4 tahun, dll.

Pakej Iman CC 2015.
Jadual atas - Pakej Bulanan
( Pakej A - H)
Bayaran lebih masa = RM10/jam.

Jadual bawah - Pakej Harian.

Penuh -> 7am - 6pm
Separuh hari -> 7am - 1pm OR 12pm - 6pm.

* Pendapat peribadi aku, bayaran Iman CC ni lebih mahal berbanding PASTI. Tapi, kalau tanya kualiti aku tak sure sebab aku tiada kenalan yang pernah hantar anak kat mana2 branch Iman CC. 

Okey, tu aje nak share. 
Harap apa-apa yang aku share berkaitan tadika ni sedikit sebanyak membantu para ibubapa yang membaca.

Related topics :