Saturday, March 14, 2015

Broiled chicken.

Lunch today.
'Pakai habis' setakat bahan yang ada kat rumah.

Surprisingly anak-anak suka :)
Belen yang tinggal.
" Tunggu jap, mama nak ambik gambar dulu. "
Bahan-bahan :
Ayam - bahagian dada (senang nak potong nipis macam nak buat chicken chop).
Oregano ground.
Thyme leaves.
Garam secukup rasa.

Bahan kisar :- Bawang merah Holand, bawang putih, halia ( kisar dalam Turbo Chopper ni senang :)
** Aku suka makan bawang, so memang aku letak banyak gila.

Aku perap semua bahan-bahan dekat 2 jam. Masukkan dalam fridge.
 Then, aku broil suhu 260 C, 30minit.

Cubelah:)
Boleh kurangkan penggunaan minyak dalam masakan harian.

Friday, March 13, 2015

Pendaftaran sekolah PASTI Al-Mawaddah 2015.

Entri berkaitan refer SINI.

Kat bawah ni adalah details bayaran pendaftaran PASTI Al-Mawaddah bagi 4, 5 & 6 tahun pada tahun ini. * Bayaran tahun seterusnya mungkin berbeza.
Alamat: No. 276, Jln Warisan Puteri A11/2, Taman Warisan Puteri, Seremban.

Untuk perbandingan dengan PASTI Al-Islamiyyah boleh refer SINI.

A. YURAN PELBAGAI
- Yuran Pendaftaran
- Yuran Nov (RM160)
- Peperiksaan Sem 1&2 (untuk 5& Tahun)
- Ko-kurikulum
- Konvokesyen
- JIBG
- Operasi & Fasiliti Asas P&P
- MGP
- Tabung Kebajikan
JUMLAH =
RM464 (4 Tahun)
RM494 (5&6 Tahun)

B. KIT PELAJAR
JUMLAH = RM138

C. PAKAIAN PELAJAR
- Uniform sekolah (Tudung / Kopiah, tanda nama)
- Baju Sukan
JUMLAH = RM64

JUMLAH BESAR A+B+C = 
RM665 (4 Tahun)
RM696 (5&6 Tahun)

**************************
BAYARAN BULANAN
Pakej A: 7.30am - 12.15pm
RM160

Pakej B: 6.45am - 3.00pm
RM240

Pakej C: 6.45am - 5.45pm
RM270