Sunday, March 8, 2015

Latihan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI Al-Islamiyyah.

Sabtu, 7/3/2015.
Padang berdekatan simpang Taman Rashibah, Seremban.

Dalam hati, " Betul ke anak aku nak masuk lawan bola ni? " Hehe..mama yang tak supportive langsung.

Bukan ape, Abe ni sifat & sikap dia 90% sama ngan aku. And kalau outdoor activities ni, especially sports memang aku 'fail' lah...:)

Takpe lah, will wait & see...

Ni breakfast orang malas simple tapi sihat untuk 3 Adams.
Bahan-bahan :
Sosej/Prawn fillet/Nugget
Mayonnaise Resipi Ala Timur
Roti
Cheese - beli terus 24 keping sebab mama & Abe suka makan ni. Ajik & Iri macam x suka jerr..
* Sos - Abe takmo. Katenye sakit perut.
# Tempat masak yang terhad. Mujur ada bangku tangga (gambar 3) - bolehlah letak bahan kerja.
Situasi di padang...
Gambar 1- Coach & cikgu asik jerit, " Enche Adam, tengok bola. ", " Enche Adam, lariiii kejar bola. " Sebab ape? Sebab Abe statik 1 tempat. Pastu asik pandang2 kat mama.

Gambar besar- Abe masih berdiri kat tepi Keeper.

Gambar 2- Ajik & Iri 'berpicnic'. Berehat atas tikar sambil maqon. Sian semua budak-budak sebab tengah panas terik kat padang tu.

* Dah separuh masa kedua sipi-sipi dalam 15-20 minit nak habis baru Abe dapat kejar rentak pemain lain ' start main.. Lari kejar bola ' macam kawan-kawan dia yang lain.

Alahai anak omak.

Harap x mengecewakan pasukan untuk game esok ;)

Saturday, March 7, 2015

Sekolah PASTI Seremban.

Jumaat, 6/3/15.
Selesai urusan sekolah darjah 1 Adam Hadif kat SINI.

Ada lagi perkara lain aku kena fikir. 
- Mana aku nak tempatkan Adam Haziq (Ajik) & Adam Ziqri (Iri) next year? 

Next year Ajik dah 5 tahun & Iri 3 tahun. Selama ni aku tinggal ngan mak & ofkoslah mak yang jaga anak-anak aku. Bukan aku takmo hantar anak-anak kat babysitter sedari kecik, tapi ayah aku yang berkeras tak bagi. Kalau dipanjangkan topik ni, boleh jadi 'perang dunia'... Huh. Memang aku serba salah dibuatnya.

Masa anak aku sorang ok lagi. Bila dah 3 ni, mak makin x larat. Anak-anak aku ni memang lasak nak mampos. Sian kat mak.

So, tiba masa aku buat decision sendiri & ketepikan ayah aku...demi mak. Selama ni mungkin mak hanya memendam rasa. Aku pulak? Aku insan lemah yang tengah suffocate for live - ditelan mati mak, diluah mati bapak. 

Panjang betul mukadimah..

To cut it short, aku akan jadikan diri aku macam mak-mak lain yang biasanya akan busy survey babysitter / taska untuk anak. Dan aku kalau nak hantar anak, aku akan hantar tempat yang colleague atau staff aku hantar sama - for safety reason.

Banyak suggestions from staff tapi kene pilih yang nearby & jalan sehala ke tempat kerja jugak. Kalau jauh sangat nanti punch card merah.

First in mind aku adalah sekolah PASTI untuk Ajik. Tapi, susah aku nak survey lokasi sekolah PASTI kat NS ni sebab takde laman web khas PASTI. FYI kat Seremban sahaja yang aku tau ada lebih dari 10 PASTI (yang x tau...?). 

PASTI Al-Islamiyyah - Aku puas hati dengan tenaga pengajar & modul sekolah Abe 5&6 Tahun. Pendaftaran awal tahun RM800 & Yuran bulanan RM130 termasuk mengaji. 
# Masa persekolahan pagi (jika bayar mengaji RM20):-
Isnin-Khamis balik pukul 12.30 t/hari.
Jumaat balik pukul 11.30 pagi
# Bayaran bulanan termasuk transit:-
* RM210 jika ambil anak pukul 3 petang. 
* RM260 jika ambil anak pukul 6 petang.

Pasti Al-Islamiyyah ada taska untuk umur 2 bulan hingga 3 tahun - bayaran tak sure aku tak sempat kol Cikgu Yusnita lagi.

Masalahnya, lokasi PAI ni jauh dari rumah aku. Waktu sepatutnya start persekolahan ialah 7.15-7.20 pagi. So, pepaham..

So, tahun depan aku kena carikan Ajik PASTI yang sehala untuk aku ke klinik & hantar Abe ke sekolah.

PASTI Al-Mawaddah 
- Alhamdulillah terletak kat Bandar Warisan Puteri, taman yang aku lalu untuk ke tempat kerja.
- Cuma pihak PASTI tak jawab call aku semalam & belum reply message aku berkaitan yuran + ada tak taska untuk Iri. 
- Bayaran setiap PASTI adalah berbeza walaupun dalam daerah / negeri yang sama.
- Waktu balik sekolah pagi pun sedikit berbeza. 
PASTI Al-Mawaddah
Bandar Warisan Puteri
* Hasil rondaan aku & anak-anak rini lepas Latihan Bola Sepak Abe.
Siap tanya pakcik kat warung berdekatan.
#PASTI yang kena rompak bulan lepas..Erkkk...
No. Tel: 06-7623312
Email: mawaddahbwp@yahoo.com

PASTI Al-Ikhwan
- Kat Taman Paroi Jaya, taman yang sangat dekat dengan Klinik Kesihatan Ampangan, tempat kerja aku.
- Masalahnya, memang akan lebih lambatlah Ajik ke sekolah sebab jarak PASTI ni lebih jauh dari rumah aku. 

# Kene solat istikharah mohon Allah bagi petunjuk. Harap vitamin R lebih sikit. Teruk aku ni. Erkkk...* Solat istikharah bukan sebab pilih jodoh je k:)