Saturday, March 7, 2015

Sekolah PASTI Seremban.

Jumaat, 6/3/15.
Selesai urusan sekolah darjah 1 Adam Hadif kat SINI.

Ada lagi perkara lain aku kena fikir. 
- Mana aku nak tempatkan Adam Haziq (Ajik) & Adam Ziqri (Iri) next year? 

Next year Ajik dah 5 tahun & Iri 3 tahun. Selama ni aku tinggal ngan mak & ofkoslah mak yang jaga anak-anak aku. Bukan aku takmo hantar anak-anak kat babysitter sedari kecik, tapi ayah aku yang berkeras tak bagi. Kalau dipanjangkan topik ni, boleh jadi 'perang dunia'... Huh. Memang aku serba salah dibuatnya.

Masa anak aku sorang ok lagi. Bila dah 3 ni, mak makin x larat. Anak-anak aku ni memang lasak nak mampos. Sian kat mak.

So, tiba masa aku buat decision sendiri & ketepikan ayah aku...demi mak. Selama ni mungkin mak hanya memendam rasa. Aku pulak? Aku insan lemah yang tengah suffocate for live - ditelan mati mak, diluah mati bapak. 

Panjang betul mukadimah..

To cut it short, aku akan jadikan diri aku macam mak-mak lain yang biasanya akan busy survey babysitter / taska untuk anak. Dan aku kalau nak hantar anak, aku akan hantar tempat yang colleague atau staff aku hantar sama - for safety reason.

Banyak suggestions from staff tapi kene pilih yang nearby & jalan sehala ke tempat kerja jugak. Kalau jauh sangat nanti punch card merah.

First in mind aku adalah sekolah PASTI untuk Ajik. Tapi, susah aku nak survey lokasi sekolah PASTI kat NS ni sebab takde laman web khas PASTI. FYI kat Seremban sahaja yang aku tau ada lebih dari 10 PASTI (yang x tau...?). 

PASTI Al-Islamiyyah - Aku puas hati dengan tenaga pengajar & modul sekolah Abe 5&6 Tahun. Pendaftaran awal tahun RM800 & Yuran bulanan RM130 termasuk mengaji. 
# Masa persekolahan pagi (jika bayar mengaji RM20):-
Isnin-Khamis balik pukul 12.30 t/hari.
Jumaat balik pukul 11.30 pagi
# Bayaran bulanan termasuk transit:-
* RM210 jika ambil anak pukul 3 petang. 
* RM260 jika ambil anak pukul 6 petang.

Pasti Al-Islamiyyah ada taska untuk umur 2 bulan hingga 3 tahun - bayaran tak sure aku tak sempat kol Cikgu Yusnita lagi.

Masalahnya, lokasi PAI ni jauh dari rumah aku. Waktu sepatutnya start persekolahan ialah 7.15-7.20 pagi. So, pepaham..

So, tahun depan aku kena carikan Ajik PASTI yang sehala untuk aku ke klinik & hantar Abe ke sekolah.

PASTI Al-Mawaddah 
- Alhamdulillah terletak kat Bandar Warisan Puteri, taman yang aku lalu untuk ke tempat kerja.
- Cuma pihak PASTI tak jawab call aku semalam & belum reply message aku berkaitan yuran + ada tak taska untuk Iri. 
- Bayaran setiap PASTI adalah berbeza walaupun dalam daerah / negeri yang sama.
- Waktu balik sekolah pagi pun sedikit berbeza. 
PASTI Al-Mawaddah
Bandar Warisan Puteri
* Hasil rondaan aku & anak-anak rini lepas Latihan Bola Sepak Abe.
Siap tanya pakcik kat warung berdekatan.
#PASTI yang kena rompak bulan lepas..Erkkk...
No. Tel: 06-7623312
Email: mawaddahbwp@yahoo.com

PASTI Al-Ikhwan
- Kat Taman Paroi Jaya, taman yang sangat dekat dengan Klinik Kesihatan Ampangan, tempat kerja aku.
- Masalahnya, memang akan lebih lambatlah Ajik ke sekolah sebab jarak PASTI ni lebih jauh dari rumah aku. 

# Kene solat istikharah mohon Allah bagi petunjuk. Harap vitamin R lebih sikit. Teruk aku ni. Erkkk...* Solat istikharah bukan sebab pilih jodoh je k:)

Normal Stress Test.

Normal stress test - Habis tu nak aku buat ape???

Amboiiii...marah ke ni? Kalau nak kata tak marah tu ...macam nipu lah pulak. Tapi, cubelah fikir, kalau doktor kat hospital tu dah buat macam-macam test & all turn out to be negative - so what?

Tuhan dah bagi kita free from penyakit kan. So, jangan kita nak penyakit tu datang kat kita pulak.

4/3/2015.
Middle-aged man - must be someone educated in his field (but ofkos not in my field - Medical). Dia mengalami sakit dada sebelah kiri secara on & off selama 3 hari. Yang mana setiap kali dia sakit tu hanyalah beberapa saat & minit je. Tiada simptom lain yang dia alami. So, memang not sugesstive of heart disease pun (no associated cardiac symptoms). Tapi, secara kebiasaannya memang akan buat ECG.

Keputusan ECG - normal.

Tapi, dia tak puas hati. Dia mintak Unit Kecemasan HTJS admit dia. So, dorang malas kot nak layan pakcik ni (memang die ni pandai ajar doktor jugak) ... dorang pun admit.

Inpatient (dalam wad), dia kate berulangkali buat ECG - semua normal. Tapi, dia tak puas hati jugak! Dia order doktor buat Stress Test pulak. Agaknye tak tahan atau panas telinga dengan pakcik ni, dorang buat jugak Stress Test tu - negative jugak. So what??

Doktor wad discaj dia & bagi test tu untuk difailkan kat KK (klinik kesihatan) berhampiran.


There & then, berdrama lah pulak kat KK...

Pt: Dr, how about my Stress Test?
Aku: Yours is normal.

Pt: Can you tell me about the Stress Test?
Aku: It was stated here 'Normal Stress Test'. [So, what else u want me to tell la, pakcik? Please lah ... Kalau jumpa seplo patients macam ni 1 hari memang klinik kena extend sampai seplo malam].

Aku: Encik, I want to know what happened to you earlier.
Pt: Dr, I want to know about the Stress Test.
Aku: It is normal, encik as I mentioned just now [Ergghhh sabau je lah pakcik ni. Belum nyanyuk / Alzheimer dah macam ni). I want to know the whole picture...So, please tell me bla..bla..bla..

Tapi, dia masih nak tanye benda yang sama.

Aku: Encik, let's not talk about the Stress Test first because I want to know your simptoms & what made u being hospitalised & why the stress test ordered ? (Grrrr... basically aku nak tau lah kenapa tiba2 doktor sana buat stress test kan? Bukan semua orang akan dibuat Stress Test kecuali betul-betul perlu. ) * Masa aku tanye soklan2 ni, aku belum tau lagi drama kat hospital tu. Tapi, response pakcik ni memang hampeh mengecewakan.

Related topics:
Electrocardiogram (ECG)
Stress test & Echo
Pedih ulu hati
Pronounce death
Bukan mudah nak puaskan hati SEMUA orang