Wednesday, March 4, 2015

Pos Laju National Courier ~ Prepaid envelope & box.

Simple sharing. 

Ni first time aku berjaya sampai Pejabat Pos Laju Senawang sebab selama ni aku guna GPS tapi tak berjaya. Kali ni aku main redah je - lokasi rupenye kat Masjid xsure nama. Depan masjid korang akan nampak deretan kedai yang bangunannya nampak scary sikit. Siap dengan kotor & busuknye lagi. Memang not well maintained.

Saja try datang sini sebab colleagues aku kata tak ramai orang & senang dapat parking compared to kat tengah town Seremban.

Yang kat tengah town Seremban ada 2 post office yang mana both ada Perkhidmatan Pos Laju ni - 1 kat Pasar Besar Seremban & 1 lagi tepi Seremban Prima + depan Stesen Komuter Seremban. Kedua-duanya pun aku pernah pergi & service bagus - staff ramah, Q kat bahagian pos laju pun memang laju je. Cuma bab parking tu lah ko kena tawakkal dari kena saman polis trafik. 

Straight to the point, 
These are what I saw masa pegi buat Pos Laju kat Pejabat Pos Senawang last week.
Prepaid envelope Pos Laju, Prepaid box Pos Laju, Prepaid envelope Pos Ekspres - beserta harga masing-masing.
# Sampul prabayar, Kotak prabayar.
Memang good initiative dari pihak Pos sebab senang customer nak choose which envelope or box yang sesuai untuk parcel / bungkusan dorang.

Related topics:
Pengeposan barang guna Pos Laju.
Pos Malaysia - tetipah tetipu.
Jual Shiseido Mask murah.
Search Keywords

Saturday, February 28, 2015

Parfait yogurt chef cilik.

Sape minat makan yogurt angkat tangan :D Nak cuba resipi simple tapi sedap tak? Ini adalah idea Abe - dia jumpa resipi ni dalam majalah Disney dia. So, disebabkan mama rajin, mama pun singgah Family Store beli bahan-bahan.
Bahan-bahan:
Sebarang yogurt
Buah & bijirin kegemaran.

Yang aku beli :-
Yogurt perisa natural, pisang,
coco crunch,
chocolate rice (tambah ni sebab yogurt tu masam).


Aku biarkan dorang happy2 buat sendiri resipi dorang. Di samping dapat asah fine motor dorang, aktiviti ni juga dapat melatih sikap berdikari, bertanggungjawab & sifat sabar. Lepas tu bolehlah rasa hasil sendiri ye sebab mama kurang selera melihatnya. He3.

Sebelum apa-apa, jangan lupa basuh & sabun tangan ye.
Peralatan (sorang satu, kalau x, nanti gaduh).
- Chopping board/ papan landas untuk memotong pisang.
- Pisau kek (plastik).
- Cawan/bekas plastik transparent
(lebih senang dorang nak tengok hasilnya).
- Sudu.
- Beg plastik untuk masukkan coco crunch & biar dorang pecah2kan sendiri.
Cara-cara:-
1. Isi yogurt dalam bekas plastik (sukatan ikut suka).
2. Potong pisang into slices & masukkan dalam bekas juga.
3. Boleh ulang step 1 & 2 hingga jadi few layers.
4. Masukkan coco crunch tadi + chocolate rice.

Ini parfait Ajik - memang tak nampak rupe dah sebab dia kacau punyelah lama.
Penat sangat dah. Pukul 8.30malam masing-masing dah tido lena atas sofa. Iri main sorang2 dia je - tersengih je bila diambik gambar.

Related topics: