Malaysian ni tak boleh dipisahkan dengan roti canai, nasi lemak & teh tarik. Padahal tau je semua makanan tu mengundang penyakit. Bukan nak kata old people je. My friends yang muda-mudi pun sama.
Another thing kalau lunch time kan selalu makan kedai. Masa tu kita makan kan dah heavy, so kenapa nak order air manis lagi? Pagi-pagi datang kerja dah minum manis, then tengahari manis lagi?
Makanan heavy yang berunsurkan nasi & mee tu everything akan convert jadi gula kompleks dalam badan. Air-air manis pun akan naikkan gula dalam badan. Just imagine berapa cepat organ pancreas u olzzz akan rosak dengan food macam ni. Kalau pancreas dah rosak, macamana ia nak hasilkan hormon insulin yang fungsinya untuk tukarkan gula kepada tenaga?
Then, kalau makan kat luar tu, jangan biasakan asik nak order air manis. Biasakan minum air putih suam jugak ye. Janganlah malu pulak kalau nak order air putih suam kat kedai makan. Kalau tuan kedai banyak cakap. Tanye dia, " Kalau I sakit, u nak tanggung kos penyakit I ke? "
Dulu masa sesama asben kerja kat PD, kengkadang kitorang ada lunch luar. Asben akan jemput aku dari kem IPDA. Masa tu baru aku order air manis. Biasanya pun aku minum half je - tak abis. Tapi, kalau makan kat kantin klinik aku just minum air putih suam. Aku ni jenis tak minum air terus lepas makan - selalunya lepas 30min baru minum. Better for digestion.
Ermmm...another hazard pulak, restoran makanan memang pelbagai & wujud bak cendawan lepas hujan sekarang ni. Tak pergi oversea pun kita dah boleh taste any types of food from all over the world. Toksah kata restoran lah, gerai goreng pisang & whatsoever pun berderet tepi jalan. Just name it.
Memang tak salah nak makan sedap-sedap, tapi pepandai control tau. Jangan lupa selalu check darah & tekanan darah untuk monitor tahap kesihatan dalam badan. Untuk yang dah berumur 35 tahun ke atas, can go to the nearest KK (Klinik Kesihatan) for CVD Screening. Dengan kata mudah - just datang klinik & cakap, " Saya nak check keseluruhan ".
Kenapa aku up kan entri ni? Sebab ni adalah scenario biasa orang kita. Entah bilalah nak berubah. Pesakit yang datang makin ramai dari golongan muda pulak tu. Takut tak dengar ramai umur 40 je dah dapat sudden death? Bila buat post-mortem je found out kene heart attack.
Yang lawaknya, tadi patient aku sorang pakcik ni datang.
Pakcik: Dr, tolonglah check pakcik ni. Lama dah ritu pakcik check kesihatan kat 1 kem kesihatan ni. Tapi, baru ni pakcik datang.
Aku: Owh apa results yang pakcik dapat?
Pakcik: Dia kata gula & kolesterol pakcik tinggi. Pakcik tak datang check pun. Tapi semalam kawan pakcik yang sama2 gi check dgn pakcik tu dah admit ward sebab sakit jantung. Tu yang pakcik cepat-cepat datang hari ni tu. Pakcik takutlah.
Aku: [Hahaha..tak beragak aku gelakkan pakcik tu]. Tu nasib baik ada contoh barulah pakcik datang ye..[Hahaha..aku gelak lagi].
Pakcik tu okay je dia pun gelak2 jugak.
Guys, lifestyle ni kita kena ubah. Jangan sebab nak up-to-date diri sendiri yang kena tanggung akibatnye. Sedarlah sebelum terlambat.