Tuesday, February 3, 2015

Lovely Readers Jan/2015.

Nak tau siapa yang rajin drop comment kat blog aku? Jom skodeng senarai nama kat bawah ye :) Wink..wink..kenyit mata sikit.

Bawah ni actually senarai Jan 1-31. Bukan hingga Mac. Jumlah ni dari temporary reset tau. 
Actually aku buat 70 senarai Lovely Readers tapi aku x publish sume kat sini sebab ramai kan:) tak muat. Nanti rajin2 korang scroll lah kat blog tau. Alasan orang malas sebenarnya. Saje buat list panjang2 sebab seronok tengok ramai yang singgah komen.

Thanx guys rajin singgah blog aku. Komen membina amat dialu2kan untuk tujuan improve isi blog. Kalau ada masalah perubatan x faham, email aku tau - shikin1401@gmail.com. Sape yang ada no phone aku better wassap (aku prefer what's app). Aku try jawab yang termampu tau. Ada yang aku consult FMS aku ( Family Medicine Specialist). Kalau lambat reply or up entri tu sorry ea.

Silent readers?  Sapa agaknye ye. Yang aku tau 2 orang ni je. Thanx Bro A & Kak S. Hehe..dorang tau ke short form nama dorang ni?

Tanpa u olzzz tak mungkin PV aku menaik seperti diletak 'baking powder' kat kek. Ayat merepek pukul 4.57pg.
Aku start blogging main2:-
2012 - 26 entri.
2013 - 53 entri.

Aktif blogging start Mei/2014. Jumlah entri hingga Dis/2014 - 729. Alhamdulillah setakat malam ni PV aku dah cecah 146 382. Thanx again guys. Terharu..

Selingan :
Dapat sijil Penghargaan dari Cik Mimie yang comel. Tenkiyu..suka2. Nak kena frame ni.

Monday, February 2, 2015

Hernia/ ' Angin pasang ' - penyakit lelaki?

Biasa kan dengar 'Angin pasang' ?
Aku taktau macamana term ni boleh timbul. First dengar masa aku Houseman (HO) clinical year kat HUKM dulu.

Korang tau tak ramai doctor bermasalah menterjemah Medical term kepada bahasa biasa/ bahasa pasar?
Kitorang tak belajar terjemahan tu masa kat U tau :) Sian tau kat kitorang. Whole subjects are taught in English. Manede jumpa perkataan 'Angin pasang ' ke, ' Angin ahmar ' ke, ' Resdung ' ke, ' ketumbit ' ke in English. Kitorang rujuk everything from Medical Oxford Dictionary. Maybe that explained why korang dapat penerangan yang berbeza bila jumpa doktor yang berlainan.

Ada seorang rakan pernah pm FB aku asking apa kemungkinan kalau ada benjolan di bahagian pusat?
Aku kata itu mungkin hernia. Thanx a lot for a good question - that's why this entry come out. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa seseorang doktor tidak boleh membuat diagnosis tanpa melakukan pemeriksaan ke atas pesakit. That is considered unethical.

Apa itu hernia?
Hernia is the protrusian of an organ OR fascia of an organ through the wall of the cavity that normally contains it. Maksudnya, ada organ ATAU lapisan tisu pada organ yang menonjol keluar (terkeluar) dari kaviti yang sepatutnya ia berada.
Semua gambar adalah ihsan Mr. Google.
Pandangan sisi badan.
Cuba perhatikan protrusion bowel tu.
Bowel tu adalah organ.
Ia dah terkeluar dari kaviti yang sepatutnya, iaitu abdominal cavity.
Inilah yang disebut HERNIA.
Bagaimana ni terjadi ?
Kerana ada defect (hole) pada dinding abdomen.
Pandangan hadapan (anterior) badan.
Penerangan sama seperti gambar kat atas.

Tau tak hernia ni ada beberapa jenis?

Inguinal hernia
- Most common type of hernia.
- Lebih kerap terjadi pada lelaki berbanding perempuan.
- Boleh turun ke kantung skrotum -> disebut Inguinoscrotal hernia.

Hiatal hernia
Umbilical hernia
Femoral hernia
Incisional hernia
- Umbilical => pusat.
- Inguinal & Femoral hernia tu nampak cam senang je nak bezakan, betul tak?
Tapi hakikatnya, kalau kat badan bukan senang nak bezakan melalui  pemerhatian je. Unless lepas buat pemeriksaan teliti.
But, as I mentioned above inguinal hernia tu lebih kerap kita jumpa compared to femoral & yang lain-lain.