Tuesday, December 30, 2014

Beg & kain cotton Vietnam murah - 13/12/14 (Day 4) #2.

Shopping lagi....
Terapi minda :)
Ben Than Daytime Market :
     Market ni dalam bangunan. Setau aku, ada 4 pintu masuk - North, South, East, West. Banyak sangat lorong dalam ni. Boleh hilang anak kalau tak jaga betul-betul. Kedai rapat-rapat menyebabkan keadaan panas. Ventilation not so good.
     Pelbagai barangan dijual dalam ni - pakaian, tudung, kasut, kain ela, cenderahati, dll. Misi aku - cari KAIN COTTON! So, aku tak kesah sangat yang lelain tu. Aku cari kedai 209 seperti yang k.JM suggest kat blog dia masa dia pi Vietnam, tapi tak jumpa. Adik aku btau ada 1 lagi kedai kain cotton murah. At last jumpa kedai kat atas ni. Kain cotton dia sampai nak cecah ceiling. Corak-corak semua mavles. Aku beli banyak - sepasang Japanese cotton RM23. Murah gille. Kalau kat N.Sembilan tak kurang RM50 atau 60 (kain aku dah basuh, tak kecut pun).

Address:
Kedai 480-526-528-530-532
Thuy Duo Fashion
Western Door, Gate 4 Section II,
Ben Thanh Market.
WhatsApp Pe. Lin: 0909 712 634
Email: Pelin1110@gmail.com

- Kiri atas: Yang baju oren, seluar track 3/4 adik bongsu aku, Z.
- Hijau tu Deuter aku - muat 7kg untuk masukkan dalam cabin.
- Kanan atas: Kat kedai beg.
- Kanan bawah: Kat Coop Mart - mencari pampers. 
     Kat sini pulak beli backpack Deuter - VND 220.000. Dan sebab abe nak skolah, mama belikan beg North Face - VND 120.000. Tahun lepas papa belikan Deuter made in Thailand :)
     Misi seterusnya ialah mencari pampers. Aku salah bajet kuantiti pampers so x cukup. Tanya few Vietnamese semua taktau apa tu 'pampers' or 'diapers'. Aku macam tak percaya je. Kedai runcit pun susah nak jumpa. Yang ada, rupe bentuk macam 7eleven tapi tak jual pampers. Nasib baik terfikir nak tanya recep kat hotel kitorang tggl. Tapi dia pun tak faham soklan. Kebetulan anak buah aku pakai pampers - terpaksa selak panties dia untuk tunjuk rupa bentuk pampers tu. Kes naya betoi. Tau tak dorang panggil pampers ' tayai-yembek' (ejaan depa memang definitely lain, tapi, sebutan lebihkurang macam ni lah). Dia bagi address supermarket so that bolehlah kitorang tunjuk kat taxi driver - so sampailah kitorang kat Coop Mart ni. Banyak je pampers kat sini. Cuma brand tu limited - Setakat yang aku jumpa: Mommy Poko & Huggies Dry.
    
Related topics :
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 1.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 2.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 3.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 4.
~ Ben Thanh Night Market -11/12/14 (Day 2).
~ Jalan-jalan @ HCMC - 12/12/14 (Day 3) #1
~ Nguyen An Ninh St. - 12/12/14 (Day 3) #2
~ Jalan-jalan @ HCMC - 13/12/14 (Day 4) #1.

Jalan-jalan @ Ho Chi Minh City - 13/12/14 (Day 4) #1.

Ni aku nak belanja gambar jalan-jalan je.
Tak reti nak cerita apa.
Biar gambar yang bercerita ..hehe..
Saigon Opera House.
- Kanan SOH ni ada Central Working Tour (siap ada distance & interval from place to place).

Louis Vuitton (LV).
- Sekadar jadikan background bergambar. Takde maknenye aku nak bazir duit shopping sana. Maunya habis paling kurang RM10 ribu.  
Hard Rock Cafe.
    
Related topics :
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 1.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 2.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 3.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 4.
~ Ben Thanh Night Market -11/12/14 (Day 2).
~ Jalan-jalan @ HCMC - 12/12/14 (Day 3) #1.
~ Nguyen An Ninh St. - 12/12/14 (Day 3) #2.