Monday, December 29, 2014

Jalan-jalan @ Ho Chi Minh City - 12/12/14 (Day 3) #1.

Jom jalan-jalan !
- Lambang salib dah dicensored.
- Abe 'buat muka' masam.
- Taman-taman kat sini cantik-cantik jugak macam kat Malaysia :)
Cathedral Notre Dame (church) :
     Tambang Vinasun taxi - Dari Song Anh Hotel ke sini = VND 29.000. Keunikan Cathedral ni ialah bahan binaan asal nya diimport dari Paris. Walaubagaimanapun, banyak 'tiles' yang diganti dengan buatan tempatan untuk menggantikan 'tile'yang telah musnah akibat perang.
     Dah sampai sini, kitorang jalan kaki je. Sepanjang berjalan-jalan ni niece aku nak aku pimpin tangan dia. Ngamuk lah anak sulung aku. Tapi, dia tetap beralah. Niece aku, kalau mengamuk lagi teruk mak dia karang mau nye dia mengamuk sepanjang jalan. Anak no.2 aku x kesah sangat - senang makan pujuk. Sebelah tangan aku pegang handphone senang nak snap gambar. So, tak boleh nak pegang 2 orang budak. Kena beware dengan peragut jugak - pesanan orang tempatan.
Kiri atas: Depan Diamonds Department Store.
- Masuk sini sekadar cukup syarat je. Harga semua mahal2 macam kat KLCC je aku rasa standard dia.
Kanan atas: Independence Palace.
- Nak masuk ni kena bayar tiket. Kitorang tak masuk pun.
Kiri bawah: Beer Market
- banyak dijumpai sepanjang berjalan kaki.
What we found sepanjang perjalanan?

Air kelapa sebiji VND 50.000 (anggaran RM8). Actually adik aku terkena. Penjual tu kata, "Please hold for me." Dia peganglah sebab ingatkan mamat Vietnam tu nak mintak tolong. Ermmm... kena paksa beli rupanya. Minum sebijik kelapa reramai. Then, penjual tu mintak kitorang beli lagi. Dia panggil kitorang banyak kali. Tapi kitorang blah je cepat-cepat walaupun kesian je tengok muka mintak simpati dia.

Penjual kopi seperti yang aku cerita sebelum ni. Tengah loading dalam peti/box kat basikal dia. Yang ni tak tertulis HALAL.

Gerai2 makan dibuka kat kaki lima jalan je. Bukan tak ada kat negara kita, tapi suasana kat Vietnam ni lain. Aku nampak gerai2 tu jual makanan rebus je. Takde goreng2. No wonderlah, orang Vietnam kurus2. Then, mereka just duduk atas stool, while food dorang letak kat bangku plastik. Kalau ada meja pun jenis rendah, lepas tu makan ramai-ramai sampai 4-5 orang walaupun saiz meja tu kecik je.

Juga nampak wanita yang sarat mengandung tapi masih kuat bekerja. Tengah menjaja nearby ATM machine.

ATM machine dorang kat kiosk2 kat tepi jalan. Aku rasa kita banyak ATM luar bangunan masa dedolu je. Sekarang aku just jumpa yang dalam bank or petrol station je. Bahaya kan..takut kena rompak.

At last, sampai kat Ho Chi Minh City Museum.
Entrance fee, if not mistaken ...
Dewasa VND 15.000
Kanak-kanak VND 10.000
Oklah, not bad berkunjung ke sini. Kitorang just bergambar luar bangunan. Tak berani ambik gambar kat dalam walaupun takde 'sign' larangan ambik gambar. 
    
Related topics :
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 1.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 2.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 3.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 4.
~ Ben Thanh Night Market -11/12/14 (Day 2).

Ben Thanh Night Market -11/12/14 (Day 2).

Kita shopping! 
     Inilah Ben Thanh Night Market. Syiok tau. Macam2 ada....lebihkurang macam uptown kita lah. Tapi, yang lebihnya aku rasa sebab banyak jual cenderahati Vietnam. Jumpa amoi ni oklah dia faham English. Melayu tak faham. Tengok berapa banyak barang kat kedai dia. Bila dah start membeli cenderahati kat dia, memang kitorang tak pi lain dah. Setakat tengok secara jeling-jeling tu adelah. Vietnamese tu 1 yang aku tak berkenan, dia suka paksa orang beli barang. Kalau korang nak beli 1 barang, dia soh beli 2. Bila korang dah beli 2, dia soh beli 3 pulak. Geram jugak. Ada yang sampai letak je barang dalam plastik beg aku, lepas tu takmo pulangkan balance sebab dia kira barang yang die letakkan tu. Aku keluarkan dia masukkan balik. Erghhh..
Kedai Lyna:
(Gambar kiri atas)
Add: 51, Phan Boi Chau Street,
          Ward Ben Thanh,
          Ben Than Night Market,
          District 1, HCMC.
     Kalau nak beli jeans branded/berjenama, cari kedai Lyna yang famous ni. Ada Levi's, Timberland, dll. Levi's takda saiz kecik. So, aku rembat Timberland 2 helai - RM130. Dalam gambar tu Levi's yang aku nak pi tukar.

(Gambar kanan bawah)
     Kitorang banyak borong' T-shirt kat amoi baju putih ni. Baju & seluar Adidas, T-shirt Superdry, jersey2 bola untuk 3 orang anak aku - RM30 sepasang. Jahitan nya memang kemas & kain berkualiti.
Kedai Tina :
     Adik aku cari Sutera Vietnam - RM30 sepasang. Kalau masuk Ben Thanh Daytime Market (yang dalam bangunan) harga-harga sutera Vietnam ni 'melambung' tinggi. Kena pandai bargain. Kualiti mungkin berbeza tapi adik aku kata ada yang kualiti sama macam Night Market tu pun tapi more expensive. Kanan bawah: deretan Japanese cotton & Italy cotton. Masing-masing RM30 & RM35 sepasang.
Kedai Karim & Kamaryiah :
Add: 194, Le Thanh Ton Street,
          Ward Ben Thanh,
          Ben Than Night Market,
          District 1, HCMC.
FB - karimkamariyah
     Telekung lycra murah sangat babe. Aku beli 4 - untuk kualiti yang sama biasanya kat Malaysia RM80-90. Aku dapat RM30. Baju kurung siap bermanik:
- Kain plain RM50 sepasang (biasa RM90-110).
- Kain corak RM45 sepasang.
Aku datang kedai ni sampai 3x. Pasangan suami isteri ni baik & peramah. Dorang pandai cakap melayu sebab dulu lama dok kat Labu, N.Sembilan.

Pesanan yang aku dapat sebelum ni :
- Jangan nak sentuh-sentuh barang kalau tak decide nak beli sebab pekedai ni akan follow korang.
- Jangan bargain (tawar-menawar harga) kalau takmo beli. Nanti dapat maki.
-Kalau nak tau, sekali ko tanya harga, dia akan dapatkan juga 1 harga untuk kau - siap hulur korang kalkulator untuk tekan berapa harga yang korang wish.

Related topics :
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 1.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 2.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 3.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 4.