Monday, December 29, 2014

Petrol bercampur air ~ Ada kaitan banjir? #Part1

4pm
Saturday, 27/12/2014.
Johor.

     Kami semua dah siap nak pi jalan-jalan kat JB. So, pi singgah isi minyak Primax 95 kat Petronas sebanyak RM50. After that teruskan perjalanan. Malangnya dalam 1km drive (asben yang drive) kereta aku (automatic) tiba-tiba macam tak masuk gear. Lampu engine blinking. RPM tak naik. Dalam beberapa minit masih boleh jalan walaupun tekan minyak tapi kereta tak meluncur laju macam biasa. So, husband pun berenti kat bahu jalan & stop engine. Dia try restart engine tapi tak boleh.
    Adik ipar & ayah (kereta lain) cari mechanic. Alhamdulillah selang tak sampai 30min mechanic sampai. Masa tu, kami semua dah dihantar balik rumah, tinggal asben, ayah & adik ipar uruskan hal kereta. Sekejap je mechanic check - dia sahkan ada air dalam tangki minyak. Dia sedut air keluar & bila restart kereta engine hidup semula. So, drive slow-slow pi workshop.
     Kat workshop, mechanic sedut semua minyak dalam tank kereta aku - found out banyak gila air. So, aku memang buat conclusion yang masalah tu arise dari petrol pump tadi. Aku mintak depa jumpa Manager Petronas to see what happened sebab aku nak mintak GANTIRUGI. I don't care! - kete aku rosak camne aku nak balik Seremban & who supposed to pay for the damage?
     At first Manager Petronas tu taknak accept masalah tu berpunca dari petrol dorang! Katenye kenapa kete aku sorang kene? Hoh, habis tu sebelum tu kete aku elok je jalan kan. Apsal tetiba lepas isi kat petrol pump dorang engine kete aku terus jem buat julung-julung kalinya & confirm ada banyak air dalam tank!! Kereta tu aku baru beli pakai setahun. Servis pun ikut jadual. Manager tu datang check guna 'tester' dia - confirm ada air. Dia mintak kitorang buat complain guna report dari mechanic.
Adik ipar aku isi pam lain.
Dah nasib aku tak baik.
Orang lain tak kena kira nasib, betul tak?
Mana boleh dia questions kitorang cenggitu kan?
Asben aku ada ambik gambar all the steps taken during repair by the mechanic. Penting sebagai prove.
Dan lagi yang penting ....
- Resit isi minyak.
- Botol air bercampur minyak (spt dlm gambar).
- Surat report dari mechanic.
- Resit pembayaran pembaikan kereta.
      Kereta tu asben tinggalkan tido semalaman kat workshop sebab masih tak ok.
     *************************************
11am
Sunday, 28/12/2014.

    Masa aku & asben (siap angkut anak-anak) pi workshop tu, memang mechanic masih dok repair kereta aku. Katenye 'semput' lagi. Lama gak kitorang tunggu. Nampak depa test drive then balik sambung repair. Lepas tu dia bawak asben aku pi ikut test drive skali untuk tengok keadaan kete aku tak ok sepenuhnya lagi - still need repair. Bezanya dah boleh start & drive. Kata mechanic - drive antara 60-120km/jam je & kalau tak masuk gear samada stop or jangan tekan minyak sekejap then baru tekan balik (korang fenin ke baca? Kalau nak tau, aku yang nak drive ni lagi fenin. Sobsss..).
Report done by toke workshop.
Ramah betul En. Danny ni.
He is a Chinese man, wife orang Seremban,
Dia & family ada 3 kedai servis kereta kat Seremban
(1 tu aku tau - nearby NAZA, Rahang).
Total first repair - RM398.

* After this aku kena bawak kete pi Honda untuk further problem identification & repair.

UPDATE :
(7pm, 29/12/14)
- Baru je lepas wassap dengan En. S, pengusaha Petronas tu. Dia baik sangat. Aku tanya macamana hasil investigation ada air tak dalam tank? Jawapan dia sangat memeranjatkan aku...

Nguyen An Ninh Street, Ben Thanh - 12/12/14 (Day 3) #2.

Ni jelah gambar terbaik yang kitorang dapat snap.
Lorong-lorong sini memang gelap.
Just depends on cahaya dari kedai-kedai.
Kedai My Sang:
     Aku beli baju kurung Pahang siap - RM28 sepasang. Kain ok je, tak nipis & taklah keras kejung. Compare dengan kain yang berkualiti baik sikit dari ni - RM90 sepasang masa aku beli kat Kenanga Wholesale City (KWC), KL (Kalau borong 10 pasang, baru dapat RM65-70 sepasang).

Jubah cotton - RM33. Aku pilih bunga corak besar. Saiz S tak seswai untuk aku - muat2 je bila aku pakai (berat 40-41kg, tinggi 153cm). Saiz M lebih selesa.

* Sesiapa nak tempah baju kurung, boleh tanya mana-mana kedai kain sebab ramai yang ambik tempahan. RM50/sepasang - pagi hantar, malam siap.
     Kat luar kedai beli souvenirs lagi - fridge magnet (1 set ada 10FM) = RM5. Ada yang jual RM7 (kualiti sama). Most kedai jual FM /keychain yang sama pattern - pattern tudung saji, baju, empat segi (semua made of kayu).

Ok, dah masa nak tido ....
    
Related topics :
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 1.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 2.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 3.
~ HCM, Vietnam 10/12/14 (Day1) - Part 4.
~ Ben Thanh Night Market -11/12/14 (Day 2).
~ Jalan-jalan @ HCMC - 12/12/14 (Day 3) #1