Friday, December 26, 2014

DIY fridge magnet.

     Excited betul nak share post ni tau. Dari tajuk dah tau ape aku nak cite, kan? Okey, bloggers yang selalu berkunjung kat sini memang tau aku pernah tempah FM gambar aku kan? Aku edit sendiri gambar untuk FM itu ikut kepandaian sangatlah aku (aku manede basic benda2 cenggini).
 
     So, ade yang aku dah bagi sebagai hadiah top commentator - thanx tau u olzzz sebab sudi singgah blog aku yang tak seberapa ni. Pssttt... actually FM tu banyak lagi. Memang ada yang aku nak prezen lagi. Malangnya masa tu membataskan (Tak sempat nak pi post office).

     Then, aku plan nak tempah FM lagi kan macam yang aku cerita sebelum ni. Aku dah design, tapi tak sempat tempah pun. Nak tempah-menempah ni memanglah senang - but, costly. Kalau nak murah kene tempah banyak2 (with same design) - dalam 100pcs gitu. Erkkk..nak buat apa bebanyak kan?

     So, dah lama aku cadang nak buat FM sendiri. Aku ada skodeng 2 blog ni & dorang bagi tutorial. * Tak ingat dah blog mana. Memang clear lah tutorial dorang tu. Cuma, aku tak tau tang mana dalam kedai buku nak cari benda-benda macam kat bawah ni. So, ni adalah kali ketiga aku berkunjung ke 3 bookshop baru dapat cari barang keperluan yang sesuai. Siap mesej2 dengan K.Farrah untuk SOS.
Silap pembaris pulak yang di snap:)
Warna hijau - side untuk perlekatan foto.
Hasil - 2 FM
Warna hitam - side yang akan melekat pada permukaan bermagnet lain (Cth: fridge).
Barang-barang yang diperlukan:
Wajib - Magnetic rubber sheet (RM13), Double-sided tape, foto, Cutter/ Gunting.
Optional - Cutting Mat (Decamax A4 size RM9), Pembaris besi.
* Aku beli kat Kedai Buku Popular & Seremban Book Centre (SBC).

Cara-cara:
- Buat design ikut kesukaan.
(Macam biasa aku just reti guna Picsart & FotoRus).
- Print out gambar (aku print kat kedai saiz 4R = RM1 sekeping).
- Potong gambar yang dah dicuci/ dah diprinted.
- Potong magnetic rubber sheet.
- Letak double-sided tape kat magnetic sheet.
- Lastly, lekatkan foto.
Siapppp....

Related topics:
- FM-to-be .
- FotoRus .
- Usaha menempah fridge magnet .
- Usaha menempah fridge magnet #2 .
- Maaf andai aku tak sempurna .
- Ole-ole Pulau Tioman .

Hujan lebat di Seremban.

Jumaat, 12.44 tengahari.
Dari jendela klinik.
Hujan non-stop sejak aku datang kerja pagi tadi - 8.00pagi sampai sekarang.

Hopefully Seremban tak banjir.
#Praying for mangsa banjir Pantai Timur :(