10/12/2014
Kitorang kuar nak pi round Pasar Ben Than kot lah bukak lagi. Pasar Ben Than ni dekat sangat dari bilik hotel aku.Turun je tangga hotel, then turn left terus boleh nampak. Tapi, as expected dah 90% kedai close time ni.
Misi malam ni bukan membeli. Sekadar survey lokasi kedai yang
best2, stuff yang best2 & ofkos compare harga. * Watch out
ea..korang kalau first time pergi mana-mana negara, memang aku rasa asik kena
tipu je lah macam kitorang. Same thing goes here. Dorang ni licik tau. Barang
sama tapi harga jauh beza:
Contoh:
1. Air mineral.
- Air mineral 1.5L Kedai K = VND 8.000
- Air mineral 500mL penjaja tepi jalan = VND 10.000 (about MYR 1.70).
2. Tudung (jenis & kualiti yang sama)
Samada RM 10/ 20/ 25 dari kedai berlainan.
3. T-shirt Vietnam kanak-kanak (corak, jenis kain - kualiti yang sama)
Samada RM 6/10/16
Lagi satu, sepanjang kitorang berjalan..akan ada ramai 'anak dara
pingitan' suakan mainan (macam kat uptown) tu + demo depan2 anak ko
& semacam paksa ko beli. "Murah..murah..sepulo ringget." Tak
penah aku jumpa situasi camni kat negara kita. Kalau ajak ko masuk kedai
tengok barang tu biasalah kan? Korang buatlah muka seposen pun, dorang tetap follow korang.
Malam ni kitorang jalan-jalan sampai kat Saigon Square, Taka Plaza & Kedai Sukan Adidas. Saigon Square & Taka Plaza ni memang tempat shopping yang best. Baju-baju 'branded' macam Buerberry memang banyak kat sini. Looks original. Taka Plaza,masuk je terus nampak tali pinggang, handbag, wallet/purse, blouse, shirt, tudung dll. Memang awesome sangat. Akan rambang lah mata korang nanti.
Ni kat Le Loi Street. Memang banyak sangat kedai beg & kasut kat sini. Harga murah-murah. Yang penting korang pandai bargain sebab harga starting mahal lah jugak. Tapi, aku memang tak plan nak beli kasut. Mengikut ore jate tengok kasut je & sambil jamu mata tengok kasut budak comel-comel. Rugi sebab baru beli sorang sepasang kat Malaysia.
|
Geram...gerammm..rasa nak borong semua. |
Penat jalan-jalan, terjumpa pulak Vietnamese yang jual kopi. Ada yang naik moto & ada yang naik basikal. Tengok samada kat peti tu ada mention halal ke tidak. Ada pilihan kopi - Aku pilih kopi susu ais. Harga semua penjual sama - RM3. Sampai tiap malam aku beli satu tau sebab kopi dia sedap sangat, x reti aku nak explain. Aku cuba berborak dengan this guy (aku ni kan terlebih peramah) saja tanya umur dia berapa...bla..bla..bla.. Tapi, sepatah haram bahasa inggeris or melayu pun dia x paham. Dia tau senyum je. So, aku pun senyum ja balik.
Makin penat, kitorang pun menyusur balik hotel. Sepanjang jalan memang akan jumpa ramai penjaja. Contoh macam dalam gambar yang jual barang colourful tu - tu wishes card tau. Cth: Birthday card.
Nanti sambung lagi...