Semalam Allah temukan aku dengan seorang makcik yang baik hati. Raut wajahnya tenang & lembut, susun katanya teratur, tuturnya penuh nasihat & berhikmah. Kelihatannya seorang ibu yang pengasih & penyayang. Umur lingkungan 60-an.
Awalnya kedatangan makcik ni hanyalah kerana masalah batuk. Entah macamana kami boleh berbicara hal keluarga - bertanyakan anak cucu berapa orang, perihal nakal atau tidak, dll. Sampailah kepada makcik ni cakap sesuatu yang menusuk ke kalbu aku.
" Doktor, kalau nak dapat anak-anak yang baik-baik & soleh, kena rajin bangun malam & solat. " - Very deep.
" Jangan marah anak-anak bila dia buat salah. Tapi, peluklah dia. Sebab ia boleh rangsang saraf kasih sayang."
Tambahnya lagi, " Amalkan doa-doa amalan untuk dapatkan anak soleh. Makcik lupa ni. Tapi, makcik tulis dalam buku. Makcik selalu dengar dari ceramah Ustaz Kazim."
- Yang last ni aku ada banyak jumpa tapi x compile pulak. Ermmmm...