Thursday, October 16, 2014

Sakit "gastrik".

     Ramai patient yang cakap dorang sakit  gastrik bilamana dorang pedih kat bahagian uluhati (epigastrium). Refer topic ni kalau tak sure epigastrium tu bahagian mana abdomen ~ Anatomy abdomen. Istilah yang sebenar ialah gastritis, bukannya gastrik. Hehe:) Gastric tu berasal dari perkataan gaster yang bermaksud stomach/perut.

Apa definisi gastritis? 
- Inflamasi yang terjadi pada lapisan perut.
- Selalunya doc akan bgtau patient yang dinding perut dia ada kesan merah2.

Macamana nak confirm korang ada gastritis? 
- Cara nak confirm ialah dengan buat scope je (OGDS). Refer pic OGDS kat sini ~ Unexplained weight loss - Part2.
- So, kalau belum buat scope tu, just suspect je (depending on patient's description). Selalunya pakar bising tau kalau HO diagnosed patient gastritis without being investigated with scope.
Credit to Google.
Gambar -> kedudukan stomach (gaster)
Gastritis - gambar dinding perut semasa OGDS dilakukan.
Selalunya apa penyebab gastritis ni?
Common causes are :
- Alcohol.
- Smoking.
- Coffee.
- NSAIDs :-
(Brufen-painkiller , Aspirin-ubat cair darah)
- Jangkitan bakteria H.Pylori.

Wednesday, October 15, 2014

Gouty arthritis.

     Semalam, seorang pesakit lelaki umo awal 30-an masuk bilik aku dengan pakai 'crutches'. Aku ingatkan ada fracture ke sprain ke. Rupenye..

Pt: Doctor,  saya kene gout lah. Kaki saya bengkak ni. Saya dah pergi klinik luar, dia bagi painkiller & ubat surut bengkak & mintak saya datang sini.
Aku: Biar saya check ye. Ada salah makan ke?
Credit to Google.
Macam ni lah rupa bengkak kat kaki patient tu.
Pt: Saya makan daging korban banyak sangat.
Aku: Ermmm..Memang suspect gout ni. Banyak lah nak kene pantang makan kalau confirm gout ni :)

Prosedur:
Check darah - Serum Uric Acid.
Cer teke berapa result patient ni?
Kalau gout yang teruk, sampai jadi tophi tau
(refer gambar yang dalam circle)
- Nampak tak yang putih-putih tu?
 Nak tau apa kat dalam?
Jawapannye -> Deposition of Uric acid crystals.
Tajam-tajam ni..
* Ermmm...
SUA dia 626.

Take home message :
Sekarang ni banyak sangat penyakit yang dulu-dulu nya dihidapi orang tua tapi sekarang umo muda-muda dah kena. Pada pendapat aku, most probably adalah disebabkan faktor pemakanan kita yang tidak sihat. Kita kat Malaysia ni sangat mewah dengan varieties of food.