Wednesday, October 8, 2014

Lovely Readers September/14.

Salam semua,
     Semoga menjadi tatapan di hari Rabu nan indah. Aku tak dapat berkata panjang kerana banyak yang difikirkan especially tentang insiden semalam.
** Terima kasih yang tidak terhingga pada semua readers yang tidak jemu-jemu bertandang ke sini. Tanpa kalian, tak mungkin aku akan terus aktif di alam maya ni. Terkadang rasa nak rehat dari blogging tapi rasa rindu pada kalian especially yang slalu bagi komen yang membina, mencuit hati, dll. Thanks for making me smile when I'm in sorrow. Thanks a thousand :)
Related topic:

Tuesday, October 7, 2014

Husband accident - Deep laceration wound Right foot...

      Pagi ni masa baru nak bersiap-siap gi keje, tetiba aku dapat panggilan dari no. tak dikenali. Rupanya tu orang yang tolong husband aku. Kenapa dengan husband aku? Dia accident superbike dengan superbike lain + kete + bus. Dia tak sedarkan diri kejap - terkejut sebab bas betul2 depan muka dia. Kaki kene gilis dengan tayar bas. Rider superbike lagi sorang katenye teruk tak sedarkan diri. Mashaallah. Aku harap dia takde pape. Ada 2 orang pemandu prihatin kol aku. Second adalah driver kete yang involved sama dalam accident. Dia inform yang ambulance dah datang nak bawak husband aku ke Hospital Serdang. 
     Aku, ayah, & 2 orang adik aku (Anchik & Dik Wan, terus ke tempat kejadian - depan sikit dari R&R Serdang. Ayah tunggu kat motor. Sementara aku drive ke hospital (guna GPS - bukan tau jalan) dengan adik-adik aku. Alhamdulillah suami aku stable. Tapi kaki berdarah-darah + bengkak & jari last+second last terkulai. Diagnosis :-

1. Deep L/W right foot.
2. Open # distal phalanx Rt 5th toe with bone loss.
3.?Open #/ subluxation middle phalanx Rt 4th toe.
4. Close # head of 3rd metatarsal bone of Rt foot. 
5. Close # distal end Rt fibula.
6. Cerebral concussion. 
Dalam bahasa mudah..
Kaki kanan -> terkoyak, jari last & tengah patah, tulang jari second last lari. Tulang betis bahagian bawah pun patah.
* Diagnosis ke-4 & 5 tu tak perasan masa kat hospital. Dalam kete, masa ayah aku pulak drive, saje aku tengok lagi skali... Lorr, ade bonus.

Need admission to orthopaedic ward untuk operation (wound debridement & exploration). Lepas tu kena letak besi pulak lah (K-wire). Aku mintak tolong Doc sana arrange for transfer to HTJS. But I need to sign for AOR discharge since he is treated at yellow zone only.