Thursday, October 2, 2014

PTB Contact Tracing.

     Kalau korang perasan, dah banyak aku up entries berkaitan PTB.
Kalau tak jelas, korang refer sini ye ~ Pulmonary tuberculosis (PTB).
~ Dilema pesakit TB & ahli keluarga.

Kenapa aku cakap makin meningkat?
Sebab makin ramai PTB contact yang datang untuk diperiksa setiap hari kat all KK yang aku pernah bekerja. And kalau ikut statistik pun memang ada peningkatan.

Macamana aliran untuk contact screening ni?
Okey, macam ni..once ada patient yang didiagnose TB, notifikasi akan dibuat ke PKD (Pejabat Kesihatan Daerah). Then, IK (Inspektorat Kesihatan) akan membuat penyiasatan terhadap contact (ahli keluarga yang tinggal serumah & rakan sekerja berkaitan). Satu notis akan dikeluarkan. Dalam notis tu ada senarai nama contact yang perlu datang ke klinik kesihatan berhampiran.
Notis Menjalani Pemeriksaan
Pengesahan Penyakit Tibi.
- Ni IK akan isi & bagi pada contact.
Semua nama contact tracing yang tertera kat Notis
tu perlu hadir berjumpa doktor di KK berdekatan. 
Kad pemeriksaan kontak.
- Setiap contact ni akan didaftar &
dibuat pemeriksaan berdasarkan format 
kad ni.
Untuk yang takde simptom, kita akan buat Mantoux Test sahaja (cucuk kat lengan, then datang balik lepas tempoh 72jam dari selepas pemberian suntikan untuk doktor baca).
Ini guidelines untuk Contact Tracing in Adults.
Yang aku circle tu sebab aku nak tunjuk
kalau asymptomatic (tiada simptom) kene
proceed with Mantoux Test. 
Ini pulak guidelines untuk Contact Tracing in Children.
Yang ni aku circle sebab nak emphasize ALL CHILDREN
should undergo Mantoux Test regardless
symptomatic atau asymptomatic.

Wednesday, October 1, 2014

Amanah.

     Aku came across post ni masa buka FB around 2 weeks ago. Ustaz Ismail Che Ku ni ustaz aku masa kat SMAP Kajang dulu. Aku ingat lagi dia akan buat Kuliah Subuh setiap hari Ahad, bertempat di tapak perhimpunan sekolah. Ustaz ICK ni bagi kuliah memang lama sangat sampai kol 9am kot aku rasa. Tak ingat dah. Psstt..tapi cam biasa aku dengar tak habis memang selalunya aku akan tidur 'dengan tenang' walaupun dalam keadaan duduk.
     Bila dah kerja ni terimbau balik kenangan sekolah kan? Jom tengok apa ustaz aku kata?

"Apabila dalam minda penjawat awam
41,44,48,52,54....
Minda orang politik
ADUN, EXCO, MB, MP, TIM MENTERI, MENTERI, TIM PERDANA MENTERI, PM

Di mana AMANAH?"