Wednesday, October 1, 2014

Unexplained weight loss - Part2.

     Sekarang aku sedang merawat sorang makcik yang bermasalah turun berat badan dari 47-36kg since early this year.  And it never goes up back. 11kg tu..banyak, kan? Dulu aku pernah ada masalah ni - turun 2kg in 2-3weeks. Refer SINI ~ Apa nak jadi dengan aku? That's why aku up entry ni pulak afterwards ~ Unexplained weight loss in adults.

     Makcik ni memang takde apa-apa simptom lain. Ni senarai test yang kitorang dah buat untuk dia. Tapi, bukan semua at a time (bergantung pada relevant atau tak.)

1. Fbc (Hb 11.3 means tak rendah sangat)
Related topic ~Anaemia.
** Kalau rendah lagi, aku risau ada penyakit kronik is going on dalam badan dia.
2. Blood sugar (reflo, FBS)

3. Thyroid function test (T4, TSH)
Related topic ~Hyperthyroidism - jangan lupa rawatan.

4. HIV, hepatitis b, hepatitis c
Related topics
~Kajian Pengetahuan HIV/ AIDS.
~Hepatitis B.

5. Chest X-Ray (CXR)
6. UFEME
7. FOBT
8. Pap smear

Tapi, sume negative untuk makcik ni. At last aku plan mammogram (MMG). Pakar minta aku refer SOPD untuk scope (ogds & colonoscope).
Scope ni fibreoptic.
* OGDS -  scope atas (masuk ikut mulut)
* Colonoscope - scope bawah (masuk ikut dubur).
# She is actually highly suspected of having carcinoma (cancer) :(

Trigger finger.

     Kalau nak diikutkan, memang ramai patient yang mengadu tak boleh nak bend/bengkokkan jari. Bila try2..at last boleh bend, tapi masalah masa nak luruskan jari semula - ada rasa 'locking' or 'catching'. Jari tu macam 'snap', tak boleh nak function normally. Ada rasa sakit jugak.

Problem ni slalu involve jari mana?
Boleh jadi kat mana2 jari - ibu jari, jari telunjuk, jari hantu ,jari manis (bukan kak JM ye. Hehe..) atau jari kelingking. And mungkin jadi pada lebih daripada satu jari at a time?

Macamane boleh jadi macam ni?
Sebab penggunaan yang kerap bagi jari tertentu (repetitive forceful use/ repetitive gripping actions). Ini menyebabkan kejadian inflamasi di bahagian dalam lapisan (sheath) yang menyelaputi tendon. So, bahagian ini akan bengkak & kemudian menyempit (cikgu BM jangan marah, bahasa aku teruk kan?). Bila dah sempit tu, maka akan mengganggu pergerakan jari.
Actually gambar ni semuanya sama
- saje letak banyak2 so that korang boleh imagine.
Macamana nak rawat?
Selalunya dengan steroid injection atau minor operation untuk release tandon.

Notes :
2 gambar ni pun menyampaikan mesej yang sama.
- Steroid injection pada lapisan tendon.
Biasanya patient xnak rawatan di atas. Kalau aku pun x nak. Dulu aku kene jugak ni..tapi baru early stage gitu..(banyak menulis kan)... So, aku urut2 jari aku sendiri je. Entah bila masa aku pun x perasan dah ok. Well, aku wassap FMS whether worth it kalau aku hantar fisioterapi dulu. Dia kate boleh..tapi, plus Occupational Therapy jugak. So, aku refer patient kat Unit fisio & OT klinik lain sebab perkhidmatan tu takde kat klinik kitorang.