Saturday, June 14, 2014

Kenangan zaman sekolah..

Dah malam-malam ni teringat masa zaman sekolah pulak....
Nak tau apa yang aku ingat?
Banyak amalan yang belajar masa sekolah dulu.
La ni. dah x amalkan.
Alangkah aku tergolong sebagai Orang yang rugi kan?
* Al i'lmu bila a'malin ka syajarah bila samarin - Ilmu tanpa amal, ibarat, pohon tanpa buah *

Masa kat SMAP Kajang:
1. Setiap kali solat mesti berjemaah.
Kalau x dari awal, masbuq lah..
2. Setiap Subuh & Maghrib baca Al-Mathurat.
3. Setiap hari perhimpunan - Asma-Ul-Husna penuh semangat.
4. Setiap kali cikgu masuk kelas nak mengajar - kena baca Doa Penerang Hati.
(kene baca walaupun yang mengajar tu cikgu Non-Muslim)
* Teringat Cikgu Bala. Dia suka ajar Haiku.
   Die baik sangat. Tak pernah marah.
5. Setiap khamis malam Jumaat - Yassin.
6. Setiap malam sebelum tido - Al-Mulk.
Sebelum Isya' - ada selitan tazkirah.
7. Setiap hari Jumaat (if not mistaken) - Ustazah bagi ceramah agama kat musolla hostel.
8. Puasa sunat Isnin&Khamis jarang tinggal (Memang ramai yang berpuasa).
9. Puasa Rejab beramai-ramai - syok buka puasa kat Dewan Makan.
10. Mase buka puasa bulan Ramadhan - ada sorang yang akan jadi wakil bacaan doa (bergema 1 dewan makan masa mengaminkan doa).
11. Setiap Ahad ada Kuliah Subuh kat Surau besar.
12. Sabtu, Ahad - ramai buat Solat Dhuha.
(Sebelum prefect buat dorm inspection).
13. Malam2 dianjurkan Qiyamullail.
14. Kene attend Usroh. (Senior jadi Naqibah Usroh).
15. Masa seat for SPM, kitorang akan buat halaqah besar (dalam gym, tepi Dewan Exam) and bace Yassin setiap kali sebelum start paper. Kalau 2 papers per day, so 2x bace Yassin.
16. Mase nak SPM, ramai buat Solat Isthikharah- alhamdulillah Allah tolong, kluar soalan sebijik2 yang aku baca malam tu.
#Mase tu hati selalu tenang sebab ada keberkatan hidup#
Sekarang apa sudah jadi padaku??
Sendiri pikirlah kan?

[UPDATE]
17. Ada hafazan & tasmi' Al-Quran.
18. Giliran menjadi imam di Surau ASPURI (asrama puteri.)

Draw with Oistein Kristiansen

Pernah tak tengok rancangan Astro ni?
Memang best sangat sebab mat saleh ni amatlah kreatif. Anak aku, si Abe pun suke. Kalau tengok, sampai terlopong. 
Mat saleh ni punye drawing kalau kita ikut x susah mane pun. Tapi, kalau aku sendiri nak hasilkan idea macam die memang x jadi ler jawabnye.

Okeyy...ni rancangan mase petang tadi kalau korang nak ikut..
1. Lukis dengan pensil.

2. Ikut dengan marker pen.
3. Gunting. 

4. Lekat kertas kat belakang kartun.

5. Masuk kat jari.
Boleh jadi puppet.