Monday, June 9, 2014

Mengapa wanita bercakap ketika tertekan?

Apabila tertekan, tegang ataupun marah :

1. Fungsi utama otak LELAKI dalam kebolehan spatial & logical menjadi aktif.
2. Fungsi pertuturan WANITA menjadi aktif.

  • Wanita akan bercakap ,selalunya tanpa henti.
  • Dia berterusan bercakap kepada sesiapa yang mahu mendengar.
  • Dia mampu bercakap perihal masalahnya dengan teman-temannya selama berjam-jam dengan memberikan laporan terperinci.
  • Dia bercakap perihal hal semasa, masalah dahulu, masalah akan datang & masalah yang tiada jalan penyelesaian.
  • Dia tidak mengharapkan cadangan penyelesaian kerana dia hanya mahukan ketenangan & kelegaan ketika dia bercakap.
  • Percakapannya tidak berstruktur.

Bagi orang lelaki :
MENDENGAR SAHAJA wanita bercakap perihal masalahnya adalah kerja yang sukar dilakukan. Ini kerana dia SEPATUTNYA MENYELESAIKAN MASALAH  yang sedang diceritakan. Dia TIDAK MAHU SEKADAR MENDENGAR, dia MAHU BERTINDAK! Kata-kata dari mulut lelaki seperti, “Itu hal kecik je,” akan buat wanita berang. Wanita berasa yang dia tidak dipedulikan kerana temannya itu tidak mahu mendengar.

Bagi teman perempuan lain : 
Mereka mula membuat BEDAH SIASAT ke atas masalah yang dihadapi. Tiada penyelesaian yang dicapai.

Pengajaran berguna bagi setiap lelaki :
Apabila bersama wanita yang sedang marah, jangan cadangkan apa-apa penyelesaian. Wanita hanya mahu didengar. Hanya PERLU TUNJUKKAN YANG DIA MENDENGAR APA YANG DIKATAKAN oleh wanita terebut. Gunakan bunyi-bunyi dan pergerakan yang memberikan tanda dia mendengar. (Konsep ini agak janggal bagi lelaki kerana dia hanya bercakap apabila dia ada perkara yang mahu dicadangkan.)   

Sumber: Buku WHY MEN don’t listen AND WOMEN can’t read maps (m.s 169-170)
** Selepas aku olah.

Sunday, June 8, 2014

KLIHF - Kuala Lumpur International Hijab Fair

13 - 15 Jun 2014
PWTC
# KLIK GAMBAR #

# Klik gambar #
Jom pegi ramai-ramai...
Prof Muhaya pun ade u olzzz.. I LIKE!
(Dulu Prof Muhaya mengajar i mase kat HUKM).