Apabila tertekan, tegang ataupun marah :
1. Fungsi utama otak LELAKI dalam kebolehan spatial & logical menjadi aktif.
2. Fungsi pertuturan WANITA menjadi aktif.
1. Fungsi utama otak LELAKI dalam kebolehan spatial & logical menjadi aktif.
2. Fungsi pertuturan WANITA menjadi aktif.
- Wanita akan bercakap ,selalunya tanpa henti.
- Dia berterusan bercakap kepada sesiapa yang mahu mendengar.
- Dia mampu bercakap perihal masalahnya dengan teman-temannya selama berjam-jam dengan memberikan laporan terperinci.
- Dia bercakap perihal hal semasa, masalah dahulu, masalah akan datang & masalah yang tiada jalan penyelesaian.
- Dia tidak mengharapkan cadangan penyelesaian kerana dia hanya mahukan ketenangan & kelegaan ketika dia bercakap.
- Percakapannya tidak berstruktur.
Bagi orang lelaki :
MENDENGAR SAHAJA wanita bercakap perihal
masalahnya adalah kerja yang sukar dilakukan. Ini kerana dia SEPATUTNYA
MENYELESAIKAN MASALAH yang sedang
diceritakan. Dia TIDAK MAHU SEKADAR MENDENGAR, dia MAHU BERTINDAK! Kata-kata
dari mulut lelaki seperti, “Itu hal kecik je,” akan buat wanita berang. Wanita
berasa yang dia tidak dipedulikan kerana temannya itu tidak mahu mendengar.
Bagi teman perempuan lain :
Mereka mula membuat BEDAH SIASAT
ke atas masalah yang dihadapi. Tiada penyelesaian yang dicapai.
Pengajaran berguna bagi setiap lelaki :
Apabila bersama wanita yang sedang marah, jangan cadangkan
apa-apa penyelesaian. Wanita hanya mahu didengar. Hanya PERLU TUNJUKKAN YANG
DIA MENDENGAR APA YANG DIKATAKAN oleh wanita terebut. Gunakan bunyi-bunyi dan
pergerakan yang memberikan tanda dia mendengar. (Konsep ini agak janggal bagi
lelaki kerana dia hanya bercakap apabila dia ada perkara yang mahu
dicadangkan.)
Sumber: Buku WHY MEN don’t listen AND WOMEN can’t read maps (m.s
169-170)
** Selepas aku olah.