Saturday, May 3, 2014

YUNA : Leeelaki tak guna...tak guna...tak gunaaaa...


Nak baca boleh…taknak bace pun takpe.

Sekarang aku akan mula membebel perihal lelaki yang tak pernah nak menghargai perempuan/isteri mereka. KEBANYAKKAN LELAKI memang rasa mereka ni hebat sangat. Macamlah bagus dorang ni..

Suami especially..mereka buat isteri ni macam ORANG GAJI. Bagi yang sama2 bekerja, laki ni balik kerja je goyang kaki , tengok tv, ada yang order itu ini..padahal bini pun baru je balik keje jugak. Bini mane nak memasak (aku tak masak…penat! Lagipun mak aku dah masakkan). Terus tengok anak2. Yelah…1 hari kerja memang tak jumpe dorang kan. So, mase tu lah dorang nak bermanja. Laki? Bolayanlah ..macam die nak tengok anak sangat.. (Buat anak dia tau lah..)

Hari cuti.. buat yang belum berkawen tu..mase nilah dapat rehat secukupnya. Kalau da kawen..jangan harap! Anak punye mainan toksah cakaplah bersepah satu rumah.. Makanan berterabur sane sini.. Baju punyelah kotor…perap pun tak hilang2… Sorang menjerit mintak susu…sume mengikut. Belum lagi menangis terlolong nak berdukung sambil berdiri, duduk takmo.. Pampers dah penuh sampai terkeluar ‘isi’..

Laki kat mane? Berlingkar dalam selimut ..masih sedap diulit mimpi walaupun matahari dah tegak atas kepala. Alarm entah dah berapa ratus kali menjerit sakit telinga bini die boleh berdengkur lagi.

Anak2 menangis kelaparan xde ape nak makan ade die heran? Nak masak 1 haram takde bende dalam rumah. Takkan nak tinggalkan anak2 gi pasar pulak. Last2 masak jelah bubur nasi…beras je pun yang wujud dalam umah.
Sekadar hiasan - Bila bini mogok.
 
Bile bini merungut…sebab penat nak buat itu ini. Baru lah nak tolong dengan lagak yang tak ikhlas langsung. Tu pun kalau nak tolong. Kalau tak, ko cakap dengan dinding pun rasenye dinding tu boleh menjawap lagi. Bila bini tanye..knape awak ni asik tido je ? Katenye penat . Eh, bini ko tak penat ke? Ko sorang je yang keje makan gaji? Bile mintak bayar gaji sebagai ORANG GAJI..tau x mampu pulak. Kalau bini ko tu kurus, memang tinggal tulang la jawabnye. Bini dari celik mata, sampai nak tido balik x abes2 buat keje. Laki dah pulak bangun lambat..tido punyelah cepat. Mak oiiii, sabau jelah kan.. Bini kat tempat keje sume panggil BOS. Kat umah..macam tukang cuci JAMBAN. Sape yang terasa tu baguslah. Memang aku NIAT nak bagi korang terase pun! Ni dah geram tahap cipan..tenuk..whatsoever.

Bagi yang belum kawin tu..belajar2lah masuk dapur, tukar lampin anak buah, suap makan budak kecik dari sekarang. Jangan nak kolot. Zaman dah canggih tapi RAMAI LELAKI yang pemikirannya di takuk lama. Bila bini personal ko tak boleh tolong jage anak ke or tolong buat kerja rumah ke? OR ko tolong jage anak sementara bini kemas rumah? KO KATE SUME TU KEJE BINI. Cewahhhh..gaji bini tau ko sapu. KEJE CARI REZEKI BUKAN KEJE LAKI KE WEHHH??? Beruntunglah laki yang kehidupan sehariannya bini yang support. Yelah, gaji ko RM4000.. bini ko RM8000..memang ko amek kesempatan habis2anlah kan? Bab tu ko tak pikir kan? Memang laki ni pentingkan diri sendiri! Bile personal lagi…ko kate LAKI ORANG LAIN pun same… Memanglah kebanyakkannye same. Tapi, ade je laki yang okey macam laki cuzin aku. Boleh je same2 jaga anak2. Laki adik aku pun reti je jage anak time bini die 2..3x admit ward. Weyy..anak tu anak ko jugak kan? Apsal ko nak berkira sangat hah?

Dah pulak ade laki yang jarang balik rumah. Katenye banyak keje yang nak disiapkan. Anak kat rumah tanye…mane bapak? Mane bapak? Sampai tak larat bini nak menjawab. Kalau ade rumah pun bukan tau nak BERGAUL dengan anak2. Ko just tau ko kene cukup tido & cukup rehat. Apelah nak jadi dengan laki macam ni? Pada pendapat aku, patut campak dalam lombong je! Patutnye plan lah nak buat indoor /outdoor activity dengan anak2. Barulah harmoni rumahtangga. Ni tak, asik perkara yang sama je rotate every week..takde beza ko ade ke xde kat rumah. Kalau ko jenis tak sian bini, sian ko anok la wey.. Nayo ko budak.

Ade bini sampai bertawun dah fed-up …sampai 1 tahap cari laki lain kat luar. Yelah..yang kat rumah tak pernah nak menghargai segala penat-lelah bini kan? Bile ko tau, kompom bini ko yang akan dipersalahkan. Betul tak? Punca segala benda tu ko tak pikiaq ka beb? Ko tau nak tuding jari je…

Memang ramai yang cerita kat aku pengalaman dorang. Cuma dorang jenis sabar & pikir anak. Kalau tak..dah lame CERAI!!

In conclusion, jadilah lelaki yang BERGUNa Kepada agama, bangsa & Negara.

 

 

Friday, May 2, 2014

Rekod Kesihatan Murid (RKM).


Salam 1 Malaysia.

Harini, aku terpikir untuk berkongsi mengenai pemeriksaan kesihatan murid sekolah.
Aku rase bertanggungjawab btau pasal bende ni memandangkan aku adalah seorang ibu & juga Doktor yang bertugas bagi Unit Kesihatan Sekolah (UKS).

Below here are pictures of cover & content of Buku RKM 1 (Pindaan 2011) yang digunakan untuk catitan perihal kesihatan murid sekolah.
 

Guru akan melengkapkan bahagian ini - Nama sekolah, Tahun & Tahun/Tingkatan
WAJIB diisi kerana ada pelajar yang berpindah-pindah sekolah.
Ini utk trace jika maklumat dalam buku tak lengkap.
Maklumat peribadi pun slalu tak berisi. Ini tanggunggjawab parents tau.

Yang paling penting bahagian Tel No.
Sebab kalau ada kemusykilan, I akan straight away call.
Jangan lupe fill in perihal Alergi & Penyakit juga sebab I check, okey?
 
 
 
Consent
m/s 3 - Murid hanya akan disuntik setelah parents SETUJU.
If parents TAK SETUJU, kami akan clarify semula reasons die xstuju.
Kalau 'tak setuju' sebab x munasabah pun MO akan call back untuk clarify.

Berikut juga adalah imunisasi yang berkaitan untuk Tahun 1& amp; Ting 3.
* Kita tak suntik Tahun 6 melainkan jika takde parut BCG.
Tapi kita tetap melakukan pemeriksaan rutin.
m/s 6 : Untuk isi ni, parents please refer kad/ buku rekod pemeriksaan mase baby dulu.
Dalam tu ada tarikh2 imunisasi yang anak korang dah dapat.
Kalau susah/ confuse.. Photostat je & mintak tolong cikgu isikan.
(Ada parents yang low education level so dorang ni sukar nak isi.)
 
m/s 7 ni jangan usik – bahagian ni UKS yang akan isi ( tarikh/sign/cop).
m/s 8 : Ujian Penglihatan ni mesti dilakukan oleh GURU & disahkan oleh JURURAWAT.
Ada guru yang question benda ni.
Jawapannya – ini adalah arahan KPM (kerana buku ini prepared by KPM).

m/s 12 - BMI-untuk umur.

m/s 14: Tinggi-untuk umur (LELAKI)
m/s 10: BMI-untuk umur (LELAKI)

m/s 18 & 19 - RME : Akan diisi oleh Nurses & MO.
That's all for now. Daaaaaaaaaaa.....