Tuesday, September 16, 2014

Liebster Award #5 - Tagged by CT Humairah.

Ditag oleh : CT Humairah.
 
Soalan-soalan :
 
1. Jujur punya opinion tentang blog aku ini ?
Akak suka blog awak sebab layout nya kemas, tulisan jelas (warna gelap, tak striking, font senang dibaca), background yang simple (polka dot) yet interesting - warna tak terlalu terang & tak juga gelap. 
 
2. Korang suka tak blog aku ?
- Suka (dah jawab kat No.1 pulak).
 
3. Kenape ? 
- Awak suka share pasal travelling & food.
 
4. Benda yang perlu ada dalam bag korang sebelum nak keluar rumah ?
Handphone
Power bank (tapi dah rosak - Iri hempuk kat lantai)
Purse
Barang make-up simple
Pencuci muka
Wet tissue
Krim muka oxygen cell
Sebatang pen
Kad touch & go
Extra brooch & pin tudung (biar tajam senang nak cucuk orang jahat).
 
5. Negara idaman korang untuk travel ?
Australia (tak suka yang terlalu jauh - takut).
 
6. Pengalaman travel paling best dalam hidup ?
Macam takde je. Rasenye masa pergi Cameron Highland kot - dengan parents & keluarga adik-beradik.
 
7. Habit tidur korang ? 
Boleh tidur lena kat mana2 je - even sambil duduk.
- Juara tidur dalam kelas (masa sekolah menengah - siap air liur berta*ung atas meja. Yarkkkssss..)
- Tido dalam komuter (dengan mulut ternganga) - masa tu komuter dah pulak crowded. [mengong je aku ni]. 
 
8. Fast food favourite korang ?
Pizza - Pizza Hut & Domino's (yang penting EXTRA CHEESE).
 
9. Favourite KPOP idol ? 
Dah tuo makcik ni - memang tak kenal KPOP2 ni.
 
10. Handphone korang sekarang ?
Sony Experia Z1 - Labyu so much sebab veli2 easy nak BW.
 
11. Cita cita / Impian / Keinginan ?
Nak tunggu anak bongsu besar sikit lagi - then, nak JJCM & melancong dalam Negara dengan 3 boys ni.. without any interruption.
 
 

September Giveaway Party hosted by Iola Caviar.

Tamat 30/9/14
Klik banner untuk join. 

Jemput semua join GA Iola.
Syarat-syarat semuanya mudah je.
Saya salah sorang dari sponsor.
~ So, let's become friends :)

Liebster Award #4 - Tagged by Acikwatie.

Ditag oleh : Acikwatie.
 
Soalan-soalan :
 
1. Anak ke berapa ?
- Pertama -> Tapi panggilan kat rumah ialah ANGAH (sebab no.1 'simpan').

2. Kenapa berblog ?
- Initially sebab nak cari Follower so that senang nak menjual barang (kengkononnyelah....Aku ni suka business). Makin lama makin syok sharing pasal anak-anak & kerjaya pulak. Langsung business entah ke mana. Ahakss.
 
3. Sejak bila berblog ?
- If not mistaken, since 2012. Tapi, tak sampai 10 entri setawun.
- Aktif berblogging ni since MAY, 2014.
 
4. Bekerja atau student ?
- Working.
 
5. Dah berapa orang follower setakat ini ?
- Sikit je > 426.
 
6. Minat warna apa ?
- Combination of 3 colours > light blue + green + yellow.
 
7. Berapa orang adik-beradik ?
- 6 orang.
 
8. Dah kahwin ke belum ?
- Married.
 
9. Berapa kali sehari update blog ?
- Depends pada idea & masa.
 
10. Sebab apa layak dapat award ni ?
- Taktau. Award ni layak untuk sape sebenarnya. Hehe ..tanye balik sebab taktau.
 
11. Peramah ke tak ?
- Depends > hanya peramah dengan orang yang peramah dan/atau tak sombong.
Kalau menyombong (contoh: Buat dono je lepas aku sapa, jangan ingat aku nak tegur lagi lain kali unless dia tegur aku dulu masa next time jumpa tu).
- Selalunya aku akan start sapa orang dulu (tapi, kengkadang tak jugak. Kadang dalam mulut aku macam ada emas. tapi, kalau orang tegur aku layankan je.)
 
 


Liebster Award #3 - Tagged by Budak.

Ditag oleh: Budak.
 
Soalan-soalan :

1. Pasukan bola sepak pilihan anda.
- TIADA (tak minat sports.)

2. Lagu patriotik kesukaan anda.
- Inilah barisan kita...yang ikhlas berjuang ...[sila teruskan nyanyian anda sampai habis].

3. Berikan nama negeri yang anda sedang duduki dan berapa buah daerah yang terdapat di dalam negeri tersebut.
- NS -> Seremban, Port Dickson, Jempol, Kuala Pilah, Gemas, Rembau (tu je kott..)

4. Asam pedas berasal dari negeri mana? 
- Melaka (ni memang aku confident betul!)

5. Dalam banyak-banyak pantun, pantun apa yang paling anda sukai?
Pen merah, Pen biru.
U marah, I labyu.

6. Kalau celup stoking putih dalam air yang berwarna merah, stoking jadi apa?
Jadi bercapuk & tak cantik dah.

7. Apa yang anda faham tentang "buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan".
Buah cempedak tu orang lain punya sebab bukan dalam pagar kita.

8. Dalam banyak-banyak negara, negara mana yang mempunyai banyak artis KPOP?
Korea (betul kan? Aku x minat pun sebab aku ni dah tua).

9. Siapakah yang mencipta blogger.com?
Ade aku kesah (hehe..melawak je. TAK TAHU..)

10. Pertahankan blog anda dengan mengatakan bahawa blog anda sangat best dan sebab kenapa ia dianggap best.
Erkkk..blog aku bebiasa je. Nak kene buat kubu pertahanan tak ni? Nak mintak tolong cik asben jap sebab dia kan army.

11. Apa perasaan anda semasa menjawab soalan-soalan diatas?
Perasaan bercampur-baur macam masa menikmati ABC (gedikss tengah malam aku sebut ABC nape? Sekarang aku sendiri yang terliur.)

SOALAN TAMBAHAN :
12. Berikan sebarang komen tentang budak yang memberikan soalan diatas. 
Soklan best - Jawapan je fenin lalat sebab dijawab tepat pukul 12.30tgh malam.
 
13. Adakah anda menggunakan google.com untuk menjawab soalan diatas?
Semestinya TIDAK.

Liebster Award #2 - Tagged by Amy J.

Sebenarnya aku dah join Liebster Award ni kat sini - Liebster Award #1 Tagged by Farrah MF. Tapi, ni saje rajin men'tag'kan diri sendiri. So, for details korang refer link entri tu ye.
Ditag oleh:


Soalan-soalan:
Mana satu yang korang suka?

1. Coklat (aiskrim pun suka jugak, tapi lebih suka choc).
2. Both x suka sebab bulunya menggelikan.
3. Buku.
4. Duduk rumah.
5. Skirt.
6. Morning person (tak suka berjaga malam, so tak suka orang yang macam tu jugak).
7. Pernah ada bf masa skolah (dorang yang declare. aku ni jenis kawan semua orang & boring kalau nak ikut bontot orang /orang ikut bon*** aku. Haha..)
8. Manja.
9. Bad boyz. Erkkk..
10. FB (malas nak ada banyak social web - tak sempat nak hapdet).
11. Both aku tak suka - aku suka movie kelakar (I LIKE Kumpulan SEPAH).

Monday, September 15, 2014

Liebster Award #1 - Tagged by Farrah MF.

     First time join Liebster Award ni. Seram sejuk pulak nak join. Hehe. Harap tak lari tajuk (apekebende aku merepek ni?) Sebenarnye aku kompius ape aku nak kene buat ni. Taram je lah ea.

Ditag oleh : Kak Farrah.

Peraturan Liebster Award : 
  • Mention blogger yang calonkan anda & letakkan link blog beliau ke dalam post anda.
  • Jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau.
  • Calonkan 11 bloggers lain yang anda tengok followers kurang dari 1000.
  • Buat 11 soalan untuk ditanya kepada 11 bloggers tersebut.
  • Maklumkan kepada those bloggers.
Soalan-soalan dari K.Farrah :

1. Adakah anda pernah alami/ berdepan dengan sebarang phobia? Mengapa?
- Kalau saya jawab nanti mesti semua tak percaya. Saya ada specific phobia to massive blood together with pain. (If blood saja without painful sensation saya ok jerr.) That's why saya tak suka masuk OT (Operation Theathre).
- It just happened. Tak sure nape.
- Haa..1 more saya fobia tengok muka mayat masa buat 'dissection' time modul Anatomy & post-mortem. Ada skali tu nak pitam.
Setakat tengok body je takde masalah.

2. Apakah 3 benda yang anda tidak akan keluar dari rumah tanpanya.
- Handphone (1st in list)
- Purse
- Barang mekap (eyeshadow + eyeliner + lipstick)

3. 3 perkataan yang menggambarkan diri anda.
- Lemah-lembut (ni orang selalu kata padahal tak pun. aku jenis lembut luaran tapi sebenarnya keras hati).
-Awet muda (ni pun orang slalu kata)
> orang slalu teka umo aku 5-6 tahun lebih muda.
> orang slalu ingat aku anak dara. kalau aku bawak baby, dorang ingat anak aku sorang tu je.
> patient ingat aku baru lepas grad / doctor pelatih (ni aku paling x suka)
> Please don't vomit ok, aku just jawab soklan je. Hehe.

4. Seseorang yang sentiasa memberi inspirasi kepada anda.
- Mak & ayah (2 orang)
> Ayah kerja siang & malam (part time kat Shell) sebab nak bagi kami makan & pelajaran.

5. 3 sifat baik yang membuatkan anda suka berdamping dengan seserang.
- Paling penting tak sombong.
- Tak berlagak cam bagus sangat.
- Sharing (ilmu, experience, opinion, etc) -> aku suka ni eventhough x semestinya aku follow.

6. Anda akan tersenyum seorang diri apabila ...
....dengar celoteh krew pagi Hot F.M buat lawak -> sangat suka dengan Fafau, AG, FBI (dedolu).

7. Apa yang buat emosi anda tersentuh?
> Yang ni tak boleh cerita banyak --- mostly berkaitan en. asben.
> Tengok TV kisah orang miskin, orang cacat, mangsa perang (Cth GAZA).

8. Satu lagu yang anda tidak akan muak dengar sampai bila-bila. Mengapa?
- Tak sure sebab jarang stick pada 1 lagu.
- Selalunya nyanyi ikut sedap mulut je (selalu layan lagu masa driving je pun).

9. Tiga makanan yang anda tidak akn tolak.
> Anything related to cheese.
- Pizza (cheesy-crusted)
- Macaroni daging bakar.
- Burger bakar yang ada cheese meleleh (nyum..nyum..)

10. Filem yang betul-betul meninggalkan impak pada diri anda.
> Ape ea? Tak hengat dah. Dulu masa study selalulah layan movie.

11. Apakah yang anda ingin capai 5 tahun dari sekarang.
- Keluarga yang ideal.
- Ibu yang serba boleh/ independent.
- Meneruskan mengasuh anak-anak menjadi insan yang soleh & lebih berjaya dari mama.
- Senior MO yang very knowledgable (Tak bercita-cita nak sambung study pun)
- Businesswoman yang berjaya.

Saya tag:
Acikwatie.
CT Humairah.
Amy J

Siapa yang sudi mehlah meriahkan award ni :)


Soalan apa nak tanya ni?
Aku try je lah ea?

Soalan-soalan aku:

1. Anak keberapa daripada berapa?
2. Warna kegemaran?
3. Makanan & minuman kegemaran?
4. Pernah ada best friend tak? Siapa & dia kat mana sekarang?
5. Cita-cita masa kecil?
6. Adakah cita-cita tu dah tercapai sekarang?
7. Sifat positif yang ada dalam diri?
8. Sifat negative yang ada dalam diri?
9. Berapa ramai boyfriend/ girlfriend pernah ada (dulu -> sekarang, erkkk..)
10. Tiga ciri utama yang korang bagi pada pasangan sebelum bergelar suami/isteri?
11. Apa agaknya reaksi korang kalau pasangan korang tak menepati ciri-ciri kat atas bila dah sah jadi suami/ isteri?

Giveaway Saya Nak Vitamin Shaklee RM500.

Klik banner untuk join 
Ditag oleh:

Kenapa Saya Nak Vitamin Shaklee? 
Ermmm...nak tau ye? Mestilah sebab saya sukakan Vitamin Shaklee. Supplementation kan penting untuk kesihatan. Hanya dengan makan sayur atau buah-buahan dengan kuantiti minima tak mungkin dapat membekalkan micronutrient yang secukupnya untuk kesihatan yang unggul. Lagipun, manalah dapat nak 'quantify' jumlah vitamin atau mineral dari sumber sayuran & buah tu. Berbeza dengan vitamin Shaklee yang telahpun ditentukan dos nya.

Saya nak tag:
*Sorry xde instagram.

Giveaway by NazaTupperware.JOM JOIN!!


Yang di tag:


Wadihana Foody's Food Galore ~ Bangi Gateway.

Ahad, 14/9/14.
6.30pm
At last papa dapat balik rumah. Kami setia menunggu dengan perut yang berkeroncong lagu 'irama Malaysia'.
Iri dah 6 hari x makan...
setakat bagi sesuap makanan, semuanya tetap
akan termuntah balik.
Budak tecik 2 orang yang x reti dok diam.
Kat belakang - kaunter.
Staff - berT-shirt hitam. 
Actually nak tunjuk hiasan kedai..
Bukan pakcik army yang seyes ni.
Kat luar - terdapat deretan meja jugak.
(Segan nak snap).
Address kedai:
No. B-12-G, Bangi Gateway Shopping Complex,
Persiaran Pekeliling, Seksyen 15,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Kiri - Watermelon juice RM5.90
Kanan - Chocolate milkshake RM7.90

Atas - Turkey Sandwich RM17.90
Bawah - Double expresso RM5.90
- saiz cawan sangatlah 'comelzz'.
Yang takde dalam gambar:-
- Spaghetti (Arrabbiata kot nama die) RM19.90
- Grilled chicken chop RM18.90
     Kalau tanya aku, memang aku puas hati lah dengan food + service dia ~> sedap & cepat. Kalau dia nampak plate ko dah 'selesai', dia akan cepat datang amek. Senang hati aku sebab meja cepat clear. Perasaan mak-mak ni kan..takut je pinggan tu terpelanting or berkecai dek anak-anak yang 'ligat semacam' ni. Korang dah ada anak nanti korang tau lah. Fenin makcik.

* Oklah, ni last entri untuk malam ni (Dah pagi ponn..). Banyak qada sebab 24jam wifi aku tak function. Grr..geram sebab x dapat blogwalking. 
* Ermmm..aku x tido ni pun sebab jaga sayang Iri aku ni - asik terjaga je sebab badan sekejap dah panas balik plus hidung dia tersumbat.

Variasi kek.

     Sapa yang rajin celebrate birthday anak sila angkat sebelah tangan tinggi-tinggi. Sapa yang rajin tempah kek angkat dua2 belah tangan tinggi-tinggi.. xD Dah-dah turun balik.
     Siang tadi masa Abe belek-belek buku Mickey Mouse dia jumpa kek macam bawah ni:
"Mama, Abe suka lah kek Car ni.
Tapi, birthday Abe dah lepas (14 Nov)"
"Kek ni memang cantik. Harga pun mahal ni.
Mama rasa, mesti dalam Rm200."
* Tu birthday tawun lepas. Seb baik tak perasan xD.
Kalau nak cari idea untuk tempah kek atau nak jamu mata tengok kek cantik-cantik boleh refer sini (dapat info ni dari buku Abe.)
Macam-macam lagi ada kat website ni. 
Ni snap gambar dalam mag.