Pages

Wednesday, October 29, 2014

Ter'on-call'.

24/10/14
     Kat klinik aku memang takda orang yang oncall after office hour. Kalau setakat oncall lunch time tu ade lah. Tapi, memandangkan ada segelintir patient yang walaupun dah teruk tetap takmo datang klinik tapi tunggu keadaan yang sangat-sangat teruk baru lah nak datang klinik...and, kalau datang tu pun mesti time dah hujung-hujung..maka aku n Haji (MA aku yang superb best) ter'on-callah' hingga pukul 5.40ptg.
     Actually macam ni, En. F ni umo 45tahun, menghidap darah tinggi. Masa dia datang jumpa aku katenye mata dia dah 4 hari blur, tak berapa nampak. Di hari ke-4 rini, memang dah sangat-sangat blur. Tapi, dia siap boleh memandu dari Nilai ke Seremban untuk lawat anak dia yang dok asrama sini. Bahaya kan?
     So, apa korang tengah fikir? Mesti sama cam aku, kan? Aku terus ambik manual BP set dan pump sampai 200mmHg. Aku release pump tu, tapi aku tak dapat reading. Kenapa ek aku pump sampai 200? Aku try sekali lagi..tapi kali ni sampai 220 pulak. Tetap tak dapat reading. So, aku mintak change tangan. Tetap sama. Tapi, aku dengar sayup-sayup bunyi tu di takat 80 & 50, which makes the reading 80/50mmHg. Repeat 2 times - reading same. Ambil darah FBC - everything ok except platelet 85. Tapi, dia tak demam pun & hematocrit normal. So bukan denggi. Put on IV drip ('gantung air') & call ambulance dari hospital. Hopefully everything ok.

Related topics :
~ Sfigmomanometer.
~ Check BP kat tangan kanan ke tangan kiri?
~ BP check-up.

38 comments:

  1. Itulah hikmahnya ter'on-call'. Kalau tak apalah jadi patient itu kan.. kesiannya...

    ReplyDelete
  2. walaupun bukan cerita hantu, tapi Nurul rasa seram pula baca entry yang ni... ramai orang suka ambil lewa kesihatan ni.. orang tua2 kebanyakannya.. kalau orang lain dia suh bagai nak rak gi spital, sampai bab dia, dia buat bodohhhh je.. iskkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah..harap mereka yang ambil mudah tu boleh ambil iktibar dari cerita ni.

      Delete
  3. As Salam...sesekali singgah blog dr...dah terbau ubat hospital...hehehe

    ReplyDelete
  4. Apa sebenar sakitnya doc?? Low BP ke..? Nasib baik tak pengsan dalam kereta kan..kalau tidak, susah ramai orang..
    Itulah masalah orang kita (termasuk saya), selalu ambik mudah pasal kesihatan diri....

    ReplyDelete
  5. apa korang pikir?
    kalau saya tak tahu nak pikir apa
    tanya doktor balik, apa nak buat ni? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. At first saya agak tekanan darah dia terlalu tinggi sampai 200 atau 220 mmHg.

      Delete
  6. arghh xphm btl ape tu.hehe...best baca cerita kat klinik

    ReplyDelete
  7. Apa masalah dia Dr SHikin?
    tak brapa paham huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suddenly dia low BP (tekanan darah rendah).
      Kene masukkan wad sebab perlu monitor & investigate why suddenly low BP.

      Delete
  8. Ter ON CALL dapat bantu org lain alhamdulillah ..

    ReplyDelete
  9. Hmm..bahaya biar lama-lama macam tu..

    ReplyDelete
  10. saya bkn dr . cuba nak faham apa sakitnya . yg pasti ianya berbahaya pd pesakit sbb tu call ambulance ... bila mata dah blurr thp gitu , mmg bahaya tu ... semoga dipermudahkan pd mr f ...

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. Low pressure - unsure cause, for further assessment dalam wad.

      Delete
  12. p/s asam kulit limau x masam tp manis

    ReplyDelete
  13. macam sama masalah ngan my mum je...my mum sekarang dah blur penglihatan...kesian dia x nampak...nak kupas bawang pun x nampak dah...now my dad yang terpaksa tolong dia kat dapur...my mum mmg ada maslah darah tinggi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhh..tapi ni lain sikit sebab BP dia low walaupun dia pesakit darah tinggi.

      Delete
  14. Haishhh sha pun kadang blur... kadang tu penking sangat tapi bp low.... bila rasa pitam bp high plak... emmm memacam sakit sekarang....

    ReplyDelete
  15. So masalah dia tu apa sebenarnya Nazeck....nape tekanan jadi rendah pulak yek.....nape tak demam pulak, Nak tau jugak tu apa sebabnya,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, sis.
      Masalah dia ni perlu assessment lanjut dalam wad.
      Perlu stabilize dia juga..that's why x boleh keep in clinic.
      Lagipun, kita dah tutup klinik.. Semua dah balik, except saya & Haji, MA saya. Maka tak boleh observe sebagai pesakit luar..memang kes macam ni perlu warded so that dapat rawatan Pakar kat Hosp.

      Delete
  16. Itulah antara tugas doktor.. akak kalau pening kerapnya sebab BP low..selalunya minum air milo pekat, bagi ok skit..

    ReplyDelete
  17. apa jd dgn pakcik tu? mmg berani betul drive dlm keadaan mata blur

    ReplyDelete
  18. pakcik tu terus pi hospital.. kalau sakit jangan tangguh2.. jumpa doc terus

    ReplyDelete
  19. mungkin en.f rasa teruk baru pergi klinik. patutnya dia kena bertindak awal. tapi sempat lagi jenguk anak. betapa besarnya pengorbanan seorang ayah.

    ReplyDelete
  20. pak cik ohh pak cik...tekanan darah rendah lah ni ye

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~