Pages

Saturday, March 5, 2016

Saka turun kat anak - Part 2.

Ini sambungan dari Saka turun kat anak.
      Mesti ada orang yang persoalkan, " Eh.. doktor pun percaya benda-benda tahyul ke? " Ermmm...memang ramai yang tak percaya benda-benda ghaib ni kan? Tapi, aku sebagai Umat Islam percaya bahawa dunia yang kita huni ada makhluk lain yang kita tak nampak dengan mata kasar kita (melainkan mereka yang Allah kurniakan Anugerah je yang nampak ) tinggal sama-sama dengan kita. Semua makhluk di dunia ini termasuk yang ghaib adalah di bawah kekuasaan Allah.
     Dulu masa anak pertama aku, Abe demam panas berpanjangan macam ni pun memang rawatan moden / sains tak dapat pulihkan dia. Masa tu aku menyewa kat Port Dickson. 3 kali aku berubat secara perubatan Islam.
     Kali pertama: Ada 2 roh lelaki ikut dia. Tiap hari pukul 12 tengah malam je die startlah menangis non-stop. Masa tu aku berubat dengan Pak Imam kat rumah mak kat Seremban alhamdulillah ok. 2 malam tido umah mak dia tak nangis. Tapi, malam seterusnya bila balik PD kejadian yang sama berulang.
     Kali ke-2: Aku berubat dengan sorang makcik kat area PD. Die guna air tawar bacaan surah-surah tertentu & dia akan buatkan solat hajat sekali. Air tu buat minum & spray kat kawasan sekeliling dalam rumah. Alhamdulillah terus takde gangguan.
     Kali ke-3: Abe dapat prolong fever lagi. Kali ni mak & ayah aku bawak dia jumpa sorang makcik kat kampung nenek aku kat Jelebu. Katanya ada Pontianak mengganggu Abe. Allahuakbar...banyak betul gangguan makhluk halus. Dan, berkat keyakinan & kebergantungan pada Allah swt alhamdulillah Abe immediately sihat. Dan alhamdulillah sampai sekarang takde apa-apa gangguan kat Abe lagi.

Nanti sambung cerita Ajik ye..
     

3 comments:

  1. kenapa lak tak percaya kan Kak Shikin ? semua tu kan makhluk Allah.. kalau kita tak nampak, bukan bermaksud dia tak dak.. cuma kita tak diberi peluang untuk tengok.. kalau diberi peluang pun, tak mau !!!

    ReplyDelete
  2. seriau plak cete psl ni.nt smbg ye sis

    ReplyDelete
  3. Gangguan ni kat mana2 pon ada... Semua atas amalam kita kita utk dpt hindar atau bertahan..

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~