Pages

Thursday, February 5, 2015

Duhai anak remaja.

Kisah benar yang meruntun hatiku. Dan mungkin juga para ibu yang membaca cerita ni. Entahlah mungkin aku yang terlalu sensitif. Tapi, bagiku memang tak sepatutnya seorang anak berfikir begitu terhadap ibunya yang bersusah-payah membesarkannya sebab aku bukan seperti itu sewaktu aku sebaya dengan anak ini.

Anak ini, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun lengkap berpakaian sekolah menengah dibawa oleh ibunya dalam lingkungan awal 40-an. Pakaian sangat kemas.  Dia anak bongsu dari 3 orang adik-beradik. Semuanya lelaki. Ibunya seorang yang free hair, berbaju sopan & nampak bergaya - menguruskan SPA di sebuah pasaraya kecil di Seremban.

Si anak tak berapa bersuara. Mak pula tukang cakap. Budak-budak zaman sekarang dah bisu agaknya. Yang ni memang aku tak berkenan - memang aku 'laser'kan aje.

Mak budak: Dr, anak saya sakit perut ...bla..bla..bla.. Lagi satu dia memang takda selera makan.
Aku: [Pelik] Takde selera makan? Bla..bla..bla.. (Budak lagi kot ...bukan orang tua..)

Mak budak: Ermmm..mungkin salah saya jugak. Sebab selalu sibuk [Pause] Ada kemungkinan faktor tu jugak sebagai penyebab kan Dr?
Aku: [Smell something wrong here - maybe relationship mom & son dah makin renggang sebab anak tu nampaknya macam muka masam & takmo tengok sangat kat mak dia].

Ermmm...mulalah aku nak bersyarah.

Aku: Adik, awak tak boleh salahkan mak awak 100%. Awak tau tak mak awak perlu kerja untuk bagi awak makan, bagi awak shopping baju? Kalau mak awak tak kerja, macamana awak nak dapat semua tu? Awak faham ke apa yang saya cakap ni? [Aku geram dengan anak2 yang tak reti pikirkan kesusahan mak pak ni. Ape, korang ingat duit tu jatuh dari langit tanpa kena usaha? Makanan yang korang makan tu toke pasaraya bagi free? Baju yang korang pakai tu pun boleh dapat free? Rumah Tuan Tanah bagi free jugak ke?]

Aku peduli apa, mak dia tak suruh cakap pun aku memang akan cakap jugak. Ko nak memberontak? Aku kasi pelempang sulung karang baru tau? [Heheh..garang kan aku?]

Mak budak: Ermm.. doktor. Mungkin saya penat sampai takde masa untuk dia.
Aku: Ye adik. Dengar tu. Awak kena faham, mak awak pun penat jugak. Mana nak jaga awak, abang-abang awak & diri dia sendiri lagi. Mak awak nak kena bangun awal jugak untuk uruskan semua benda.

Lama aku 'lecture' budak tu. Muka pun dah kelat. Ingatkan dah 'absorb'. Tibe-tibe..

Aku: Adik, nama awak ni Muhd ke Mohd? Kecik sangat tulisan awak ni.
[Bukan nak jawab soklan aku. Boleh pulak 'blame' mak die. Aku lempang jugak budak ni karang.]
Mak budak: Err..alamak. Mama lupelah ..U ke O. Apa ejaan nama awak, Adik?
Budak: Mak ni ...nama anak sendiri pun tak ingat !! [Dia seolah2 membentak tak puas hati dengan mak dia].

Aku: Alahh..normallah tu. Saya pun lupa ejaan nama anak saya [Dah memang aku lupe - yang no.3 Ziqri ke Zikri. Responsibility mak ni lebih besar dari bapak tau tak? Banyak perkara mak yang kena fikirkan. Ayah awak tentu tau semuanya setel je [Well, the last 1 is from my own experience. Thanx Allah sebab bagi aku kesusahan kerana dari situ aku mengerti kesusahan orang lain juga. Setiap yang Allah beri pasti ada hikmahnya. Cuma kita kena fikir & ambik iktibar]. [Kalaulah mak kau sakit, sapelah nak bagi kau makan adik oiii. ] [Sekali lagi aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan kerana aku begitu menghargai setiap kali mendapat walau sedikit kesenangan].

Mesti sakit lagi hati budak tu dengar jawapan aku. Huh adik-adik, Allah bagi akal fikiran kenapa korang tak gunakan sebaiknya? Kenapa aku .... dari Darjah 1 dah tau fikir betapa susahnya ayah aku sampai kena buat 2-3 kerja (pagi hari ni sampai pagi esoknye ) demi menyara keluarga kitorang? Dan betapa gigihnya mak menjaga & menyediakan makan pakai kitorang semasa ayah keluar bekerja?

Korang ni just tau nak happy, nak lepak ngan kawan, nak gadget, nak baju cantik... Tapi, dalam masa yang sama, korang nak salahkan mak bapak yang besarkan korang? Layak ke korang dapat title anak Soleh atau Solehah tu? Layak ke korang cium bau Syurga? Lu pikirlah sendiri !

Mungkin aku ni kasar dalam berkata-kata. Aku suka cakap direct. Dah korang lembsss sangat. So hambek ko sedas dua biar faham sikit.

Adik-adik,
Akhir sekali aku nak korang ingat.
Ingat ni sampai bila-bila okey ...
[Aku dah start nangis sekarang ....]

Besar manapun korang ...
Sejauh manapun korang tinggalkan Si Tua yang korang bencikan tu...
Di mata Si Tua tu KAU MASIH SI KECIL ...KAU MASIH BAYI ...
DAN DIA TAKKAN PERNAH LUPAKAN SAAT DIA MENGANDUNGKAN, MELAHIRKAN & MENATANG KAU BAGAI MINYAK YANG PENUH - KERANA ITU YANG AKU LAKUKAN SEKARANG. DAN PASTINYA DI MATA IBU-IBU LAIN JUGA.

Jangan lah kau sakiti Si Tua yang dulu gagah menggendongmu kerana sekarang kudratnya makin lemah dimamah usia. Sedang dia tak mengharapkan apa-apa cuma secebis kasihmu, Sayang.

- TAMAT -

Related topics:-
Developmental Milestone
Anak kerap terjaga malam?
Mama need to be strong & brave
I may not be the best mom in the world
I love it most when ..
Wordless Wednesday
Perjalanan balik kampung
Perjalanan pulang dari kampung
Kenangan Hari Raya 2014
Mini Giveaway 27#
Enche Adam ajar cikgu dia
Right time for toilet-training
Bukan kupinta
Sume anakku men'demam'
Malang tidak berbau
Adam Hadif naik komuter
Adam Hadif sits for exam. Owh really?
Jangan menangis, sayang
*****************************************************
Selingan:
Kawan2 bloggers sayam,
banyak sungguh hutang BW yang belum dilunaskan. Doakan yang terbaik waktu rehat ri Jumaat esok.
Petang pulak ada meeting - rasanya boleh 'sambil menyelam minum air kot'. Hehe..

50 comments:

  1. Sambil menyelam minum air tak pe... Jangan sambil kencing minum Yakult... He He He... Dengar tu adik2 pesan doktor... Doktor suruh lu pikir sendiri! Adesss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS ni...teringat budak cina tu..
      Guna pelastik..yarkkksss..

      Delete
    2. Cerita budak cina tu teriambau kembali.. eeewwww

      Delete
    3. xgamak aihh dok kencing nk minum..

      Delete
  2. hormat mak ayah selagi mana diorang ada ^^

    ReplyDelete
  3. Betul tu doc zaman kita dulu ( eh apa kita-kita nih hehe ), tak merasa nak buat mak
    bapak cam tu. Rasanya anak2 dulu sangat menghargai mak bapak. Dia orang sibuk kerja
    tak de pulak kita protes menyalahkan dia orang yang tak ada masa utk kita. Itu petanda
    anak2 dulu lebih 'understanding' dari anak-anak skrg. Kalau saya bercakap mcm tunggul.....3 kali saya tanya tak menjawab, kali ke 4 makan pelempang ler. Sabarnya mak dia. Memang zodiak penyabar kut.

    ReplyDelete
  4. Sedihnya. Kenapa tak hargai mak. Ingat nanti kalau mak dah takda, ada mak ganti atau mak 2nd hand ke apa. Ish emo jugak ni.

    :(

    ReplyDelete
  5. Sedih!
    alahai anak.. Jaga tutur bicaramu, pelihara tingkahmu ...

    ReplyDelete
  6. Sobs...sedih...nak kata belum matang...hmm...ntahlah...hargailah ibu bapa selagi mereka masih ada...

    ReplyDelete
  7. hermm..susah ni..kids nowadays kan..tapi saya rasa kita pun tak boleh menghukum anak tu 100%..sebab umurnya pun baru 15. kanak2 lagi in term of pemikiran memang taktau besarnya tanggungjawab mak bapak and so on.. especially kalau tak di didik sebegitu. lebih2 lagi kalau anak yg hidupnya sentiasa senang, mintak apa semua dapat. and some parents r bound to give them all, out of love atauapun sebab nak cover balik rasa bersalah for all those moment yg kita terpaksa pergi bekerja. thing is, the more we give, the more they demand, the more we have to work to fork out money, more time and attention towards work, the more we feel guilty..n the cycle goes on and on and on..

    kan dah kena ceramah dengan puan Dr. hehe..hope someday he will realize..and the parents actually NEED to do something about the kid's attitude. follow lah Ebit Lew..

    (maaf komen panjang)

    ReplyDelete
  8. Sentap pulak dader kite... Tetiba teringat Si Tua di rumah yang gigih mengendong sekujur tubuh anak ini ketika di rahimnya juga "mengendong" seorang lagi anak... Ya Allah... besar pengorbananmu Mama !

    ReplyDelete
  9. sedihnya baca cerita doktor ni. Budak budak zaman sekarang ni memang jarang nak hormat mak bapak. Kalau mak saya, saya cakap macam tu, dah lama makan penampar! mak budak tu punyalah baik nauzubillah. Saya respek dengan doktor yang berani tegur budak tu walaupun depan mak dia. Saya tak sangka doktor orang susah dulu dan akhirnya dapat juga jadi doktor.

    ReplyDelete
  10. alaa doc, kenapa buat entry mcm ni..bergenang da airmata ni huhu....kesian kan dgn si mak tu...dpt anak mcm tu..mtk dijauhkan lah anak2 kite mcm tu

    ReplyDelete
  11. pengalaman bakal mengajar.. ujian kehidupan untuk masing-masing sangat berbeza.. kita yang melihat tak mampu menghukum.. barangkali si ibu betul.. barangkali juga si anak betul.. huhuhuhu.. masa akan menentukan..

    ReplyDelete
  12. tu dia la kalo jenis x reti bersyukur dgn segala apa yg mak ayah dah bagi hurmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi ada jugak mak bapak yang kite tak patut bersyukur dan tak patut kita hormat... Mak bapak ayam... He He He...

      Delete
    2. hahahah... tu ayam betul ka ayam xbetul

      Delete
  13. jasa ibubapa takkan mampu dibalas..jadi selagi hayat dorang ada berbaktilah pada orang tua..wana pun berusaha jadi anak yang baik walaupun kekadang tu x sengaja menguris perasaan mereka..rasa berdosa sangat..

    ReplyDelete
  14. airmata ku pun bergenang.. Adik ai pun klu buat lebih kurang bukan mak ngan abah yg buka mulut, ni haaa kakak dia ni yang tocer dulu.. silap pelempang sampai dulu.. geram.. ikut hati dia ja nak memberontak itu ini.. (nak nangis pn xjadi, tiba2 marah yg dtg,,ssyuhhh syaitan)..huhu..

    ReplyDelete
  15. nak hukum budak tu 100% pun kita tak tahu..mak bapak busy camna pun tak leh lah abaikan anak2.. mayb anak2 tu betul rindu mak dia.. ntah la..

    ReplyDelete
  16. Sedih bila tengok budak2 zaman sekarang ni kan..kekadang apa mak bapak dorg ckp dorang boleh pulak menjawab, jerit2 suara..adess! Cik Mimie pantang betul dgr budak2 menjawab ckp org tua ni..lg2 mak bapak dorang..rasa nk bg pelempang sebijik dua..

    ReplyDelete
  17. segarang mana mak saya, sekuat mana dia bebel saya, sekerap mana dia kongkong saya! saya tetap syg dia sbb dia MAK saya! paling pantang dgr anak kurang ajar dgn mak ayah nie !!!! sakit ok sakit

    ReplyDelete
  18. hargai mereka yg masih ada. Tq atas peringatan dr. ^^

    ReplyDelete
  19. Bukan nak puji diri sendiri, tapi saya ingat semua ejaan nama keenam-enam nama anak saya, ingat tarikh lahir mereka, cuma no IC kadang2 tersasul, tapi ia lebih baik dari isteri saya yg tak ingat tarikh lahir anak2, tak ingat nombor IC saya, sedangkan saya bukan saja ingat no IC isteri, tarikh lahirnya, malah ingat nombor pin ATMnya, hehehehe... (Ayah lebih sibuk dari ibu, sebab itu ia lebih mengingati banyak perkara dari ibu??)...

    ReplyDelete
  20. bagus kak... peringatan jugak...
    huhu sedih teringat...

    ReplyDelete
  21. Moga si anak berubah ke arah yang lebih baik hendakNYA.
    Bila kita sebagai anak tunjuk rasa tidak puas hati kepada ibubapa dengan cara buat perkara yang tidak sepatutnya (cth: kurang ajar), hubungan tu akan jadi lebih keruh dan merugikan kedua-dua belah pihak sebenarnya selagi tiada jalan penyelesaian dibuat.

    ReplyDelete
  22. budak sekarang tak sama macam zaman kita dulu.. harap anak2 kita menjadi seorang yang hormat pada ibu dan bapa..

    ReplyDelete
  23. hi salam kenal. blogwalking here :)

    life as a doctor ni memang sangat depressing kadang tu kan. sebab kita selalu sangat deal dengan a lot of things. lepas tu kadang kita pun ter-emotionally affected. kite doakan yang baik2 untuk semua patient kite.aminn insya ALLAH :)

    ReplyDelete
  24. Sedihnya...
    Hargailah ibubapa selagi diaorang masih ada..
    Sob, sob...

    ReplyDelete
  25. hidup berkeluarga ni bukan semudah yg disangka..
    huuuuuu... bebudak sekarang dr mmg suka memberontak n kurang kasih sayang..
    nak jadi mak bapak jgn selalu sogokkan anak2 dgn gajet etc,nanti anak berontak sbb perlukan perhatian

    ReplyDelete
  26. Dr.mungkin jugak anak tu tak dapat kasih sayang yang banyak dari mak nya masa die kecik2 / baby dulu sebab mak die sibuk.. itu juga penyebab kenapa hubungan mak and anak rengang

    ReplyDelete
  27. Sedih tengok perangai budak2 macam ni. Tahu fikir tekak dia nak memberontak je...

    ReplyDelete
  28. maybe masih kecil, tak tahu lagi mana yg betul dan tak. masih mencari2 lagi kasih syg yg diberikan oleh ayah mak. maybe dia rasa terabai. maybe bila dh besar, dia akan faham sikit-sikit. saya pun dulu leka sangat, bila dah besar sikit, barulah paham. lain mak bapak, lain anaknya. begitu lah. ini pada pendapat saya. hehe

    ReplyDelete
  29. Remaja suka memberontak.. kecian mak ayh...Allahuakbar dri kecil jge kita kan.. mcm2 kerenah anak..

    ReplyDelete
  30. huhu sshnya hidup klau asyik nk memberontak.tp itulah yg berlaku hari ini..kdg2 mak ayah bgus ank pulak tk bgus..anak2 ni semakin kita tak hiraukan merekz semakin teruk la peel perangai mereka.sbb tu la kena pantau snkw dari kecik bkn bila besar br cbuk nk membentukk..

    ReplyDelete
  31. Bagus bagus... Budak budak sekarang jarang yang menghargai orang tua... Kadang kadang akakpun geram dengan mereka... Umur baru 18 tahun sibuk nak beli produk brsarkan breas... Nak lrmpang je rasa... Umur 12 tahun nak putih gebu..akak dulu sampai umur 22 tahun baru la nak mekup sikit...huhu ada buah hati..hikhik

    ReplyDelete
  32. kesian nya, budak2 sekarang..semoga adik tu berubahlah ..

    ReplyDelete
  33. itu ksean dr ibu yg kurang luangkan byk mas dgn anak2 . itu repon yg normal . sibuk camna pun , ibu perlu juga cari masa untuk bersantai dan bersembang dgn anak2 ... cuma ada kalanya anak mmg dilahirkan dgn sikap degil sikit .

    ReplyDelete
  34. sis JM mmg sakit hati jika ada remaja yg bersikap begini...dh kira x kenang budi..berapa ribu duit parent habiskan utk besarkan mereka sehingga sampai ke usia remaja..tetapi apa yg parent dapat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu terasa gak... saya sambung stdy byk duit keluar.. xsabar nk kerja..cari duit utk depa..

      Delete
  35. ngade lebih budak zaman skarang hahaha.. eleh nak salahkan mak bapak sibuk.. mak ayah kite pun sibok gak dulu. mak ayah keje.. okay aje jadi orang. basically semua tu depends on diri sendiri.. pilihan diri sendiri yang buat.. dah cukup baik lahir2 dulu mak x letak kat tong sampah.. syukur skeet..

    ReplyDelete
  36. Assalam nazeck,
    kan3
    hati seorang ibu
    sob3

    ReplyDelete
  37. bla baca...tetiba terasa...andailah ank itu boleh melihat / merasa tatkala si ibu melahirkannya....

    ReplyDelete
  38. hmm, xtahulah apa masalahnya antara diorang tu. tapi janganlah sampai buat mak macam tu sekali... lepas tu gaya macam berlagak macam sendiri xde wat salah pape lak..

    ReplyDelete
  39. Geramnya dgn budak2 zaman skrg ni.. xreti nk bersyukur

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~