Pages

Friday, January 9, 2015

Winged scapula @ Winging scapula.

     Petang tadi, sorang adik ni umo 24 tahun, lelaki; jumpa aku sebab masalah dia tak selesa rusuk belah kanan & tiba-tiba dia ada perasan yang shoulder blade dia cam 'menonjol' (Dalam BM = tulang belikat. Rujuk gambar kat bawah).
Credit to Google.
Macam nilah rupa tulang yang menonjol kat adik tu.
Memang nampak prominent kan?
Ni model tulang rusuk dari pandangan belakang.
Perhatikan rupa bentuk scapula yang telah dibulatkan tu.
     Dia ni kuat 'main gym' - untuk bagi ketul kat biceps muscle. Tapi, last pegi gym tu pun dah dekat 2 bulan lepas. Padahal problem dia hadap ni baru 1 week. So, ape cer?

     Okey, problem ni actually arise mase dia sedang nak tanggalkan jacket dia - masa tu nak keluarkan bahagian tangan kanan. Imagine macamane pergerakan tangan & bahu korang masa tu. Tangan adik ni tiba-tiba 'sangkut' - tak dapat move forward. And masa tu dia perasan tulang scapula @ shoulder blade dia 'menonjol ke luar'.

Apa sebabnya ea? Jom baca ...
Most common cause -> Lumpuh pada otot Serratus Anterior.
Less common cause -> Lumpuh otot trapezius & otot rhomboid. 
Inilah gambar lapisan2 otot.
Bisa buat kamu pening, dong.
Actually nak tunjuk kedudukan otot SA je.
So, bolehlah imagine sikit2 kan dari takde gambar lgsg :D.
Macamana otot Serratus Anterior ni boleh jadi lemah/lumpuh?
- Biasanya disebabkan damage/rosak pada urat yang 'menyarafi' @ innervate otot ni.
(Nama urat -> Long thoracic nerve).

Apa fungsi otot ni?
- Otot ni melekat pada bahagian hadapan (anterior) scapula @ scapula blade ni.
- Fungsinya adalah untuk menarik scapula ke hadapan (forward movement).
- Kalau nak test ada winging scapular ke tak,  boleh push againts resistance (buat aksi tolak dinding or pumping) ATAU angkat tangan lebih paras kepala.

Macamana pulak nerve ni boleh get damage?
- Ada macam-macam sebab.
- Macam kes adik ni -> Berlaku unusual twisting of the shoulder & pernah ada repetitive movements masa weight-lifting kat gym. Kemungkinan besar ini yang sebabkan pressure/tekanan pada urat seperti yang aku sebut kat atas. 

Kira serius ke kalau jadi camni & sakit tak?
- TAK SAKIT.
- Serius tu bergantung jenis kes. Tapi, sememangnya akan limitkan aktiviti harian korang lah - especially tak boleh nak angkat barang berat dah.

Take Home Message:
- Jangan pulak bagi nama anak ikut nama bone/ muscle/ nerve ek eventhough bunyinya sedap belaka.
- Korang akan boring baca entri ni jika tidak berkaitan :D

Related Topics:
~ Anatomy (Medical first year).
~ Fakulti Perubatan (Tahun 1&2).
~ Buku 'cetak rompak'.
~ Dear Young Doctors.

33 comments:

  1. npe, ad ke nama org mcm nama sains? tulang dll?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu pernah jumpa, tapi x ingat pulak apa namanya:)

      Delete
    2. Klu indon bnyk yg suka letak nama unsur alam ni.. petir la.. Bulan bintang.. huhu

      Delete
    3. ada ek kak shikin org bg nama gitu?

      Delete
  2. Haha....tp okje dah tak boleh beranak so mmg tak de peluang nak bagi nama anak dgn nama tulang haha....

    Tak kisahlah boring sikit Nazeck .....ilmu tu....best ...best...

    ReplyDelete
  3. thanks shikin untuk info nih.. tak sangka bahagian tuh pun boleh lemah/lumpuh..

    ReplyDelete
  4. Doktor Shikin informasi kesuihatan kita kena tahu baca dan amalkan cara hidup sihat...

    ReplyDelete
  5. hahaha.. nama unik.. mesti ada yang berminat nak letak punya

    ReplyDelete
  6. Sgt complicated bidang prubatan ni hihi..tahu sikit2 masa bljr sains dedulu hhe

    ReplyDelete
  7. ha, takutnya...macam dalam citer omputih, kepak nak tumbuh!

    ReplyDelete
  8. Nape agaknya adik tu?? Time dia ke Gim takde advise intructor ke? Huhhuuu ngeri

    ReplyDelete
  9. budak main bar mesti ada yang kena ni

    ReplyDelete
  10. Dia nak jadi abang sado... Sador2 jadi hodoh... Gurau je... He he he...

    ReplyDelete
  11. wah, menarik juga info pasal ni.. saya masa belajar bio, tulang je yang saya mnat. hahahaha...

    kiranya boleh betulkan balik la kan? rasanya saya pernah nampak dalam cerita Criminal Minds. okay, scary -.-

    ReplyDelete
  12. sejak jatuh n dapat slip disc abadi seumur hidup pun CT slalu rasa sakit kat bahagian belikat. tapi tak pernah pegi xray sbb bukan slalu sakit. kalo duduk lama sangat dalam seat kete haaa baru rasa.

    ReplyDelete
  13. Adeh.. lumpuh..?? takutnya... kena berhati2 lepas ni if nak buat sesuatu guna tangan... haihhh

    ReplyDelete
  14. lelaki sekarang memang suka main gym. Tak ikut prosedur yang betul memang makan diri. Takut pula saya baca tulang terkeluar tu. haha. tapi boleh tambah pengetahuan am. Nak baca jurnal perubatan memang tak sanggup. Baca entri doktor ni boleh dapat ilmu kesihatan juga.

    ReplyDelete
  15. banyak info baru berkaitan kesihatan/sakit yang wana dapat dari sini.thanx share info.. :)

    ReplyDelete
  16. Alamak kalau silap step boleh jadi masalah jugak tu ..Moga adik tu cepat sembuh la hendaknya...Nice sharing ..Kurang2 dapat jugak Winged scapula @ Winging scapula ..Dari tak tahu apa2 dah dapat jugak sikit ilmu perubatan ..Untung jugak kak Lya ada kawan doktor hehhee ..

    ReplyDelete
  17. tak bahaya , ok lagi lah tu ... org melayu klu letak nama tu ... ermmm .

    ReplyDelete
  18. Takyah main gym lah. Main joging je pasni :)

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~