Pages

Friday, December 19, 2014

Ho Chi Minh, Vietnam 10/12/14 (Day 1) - part 4.

     Aduhhh..lama dah aku peram cite HCM aku. Jom baca sambungan lepas ~  Ho Chi Minh, Vietnam 10/12/14 (Day 1) - Part 3

10/12/2014 
7.30mlm:
    Kitorang kuar nak pi round Pasar Ben Than kot lah bukak lagi. Pasar Ben Than ni dekat sangat dari bilik hotel aku.Turun je tangga hotel, then turn left terus boleh nampak. Tapi, as expected dah 90% kedai close time ni.
      Misi malam ni bukan membeli. Sekadar survey lokasi kedai yang best2, stuff yang best2 & ofkos compare harga. * Watch out ea..korang kalau first time pergi mana-mana negara, memang aku rasa asik kena tipu je lah macam kitorang. Same thing goes here. Dorang ni licik tau. Barang sama tapi harga jauh beza: 
Contoh:
1. Air mineral.
- Air mineral 1.5L Kedai K = VND 8.000
- Air mineral 500mL penjaja tepi jalan = VND 10.000 (about MYR 1.70).

2. Tudung (jenis & kualiti yang sama)
Samada RM 10/ 20/ 25 dari kedai berlainan.

3. T-shirt Vietnam kanak-kanak (corak, jenis kain - kualiti yang sama)
Samada RM 6/10/16

      Lagi satu, sepanjang kitorang berjalan..akan ada ramai 'anak dara pingitan' suakan mainan (macam kat uptown) tu + demo depan2 anak ko & semacam paksa ko beli. "Murah..murah..sepulo ringget." Tak penah aku jumpa situasi camni kat negara kita. Kalau ajak ko masuk kedai tengok barang tu biasalah kan? Korang buatlah muka seposen pun, dorang tetap follow korang.
    Malam ni kitorang jalan-jalan sampai kat Saigon Square, Taka Plaza & Kedai Sukan Adidas. Saigon Square & Taka Plaza ni memang tempat shopping yang best. Baju-baju 'branded' macam Buerberry memang banyak kat sini. Looks original. Taka Plaza,masuk je terus nampak tali pinggang, handbag, wallet/purse, blouse, shirt, tudung dll. Memang awesome sangat. Akan rambang lah mata korang nanti.

    Ni kat Le Loi Street. Memang banyak sangat kedai beg & kasut kat sini. Harga murah-murah. Yang penting korang pandai bargain sebab harga starting mahal lah jugak. Tapi, aku memang tak plan nak beli kasut. Mengikut ore jate tengok kasut je & sambil jamu mata tengok kasut budak comel-comel. Rugi sebab baru beli sorang sepasang kat Malaysia. 
Geram...gerammm..rasa nak borong semua.
     Penat jalan-jalan, terjumpa pulak Vietnamese yang jual kopi. Ada yang naik moto & ada yang naik basikal. Tengok samada kat peti tu ada mention halal ke tidak. Ada pilihan kopi - Aku pilih kopi susu ais. Harga semua penjual sama - RM3. Sampai tiap malam aku beli satu tau sebab kopi dia sedap sangat, x reti aku nak explain. Aku cuba berborak dengan this guy (aku ni kan terlebih peramah) saja tanya umur dia berapa...bla..bla..bla.. Tapi, sepatah haram bahasa inggeris or melayu pun dia x paham. Dia tau senyum je. So, aku pun senyum ja balik.
     Makin penat, kitorang pun menyusur balik hotel. Sepanjang jalan memang akan jumpa ramai penjaja. Contoh macam dalam gambar yang jual barang colourful tu - tu wishes card tau. Cth: Birthday card.

     Nanti sambung lagi...

39 comments:

  1. mujurlah yang dtg jual tu, harga barangnya mampu dibeli...
    bestnya bila tgk kedai beg + baju yg murah2.. dapat2 plak baju budak2...

    ReplyDelete
  2. dari tadi duk reload, tetiba entri hilang. ni muncul semula. hehe nnti nak stalk la baca pengalaman dr. kena simbah air becak

    ReplyDelete
  3. geram mmg geram...sedia fulus jeee

    ReplyDelete
  4. Wah menarik.. yelah, kita sebagai pelancong kalau tak compare harga barang dengan tempat mesti kena tipu..kena rajin2 survey dan tanya pada yang biasa ke sana.. baru senang nak shopping..

    ReplyDelete
  5. takut la sy nk g tmpt org kalo mcm ni.hehe

    ReplyDelete
  6. belum smpai lagi HCM.. sis stay hotel mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel Song Anh.
      Dekat sangat dengan Pasar Ben Than tu.

      Delete
    2. http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/12/ho-chi-minh-vietnam-101214-day-1-part-2.html
      * Akak baru upload biz card hotel.

      Delete
  7. wawa belum pernah g oversea, macm nak try je..")

    ReplyDelete
  8. wahhh besnya kak shikin cuci mata jln2 shopping hehe. alaa kene tipu tu dah mcm wajib kena kan bila travel negara org nih adehh =P

    ReplyDelete
  9. seronoknyaa akak. mesti banyak borong ni. heheh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan lah membelinya.
      Tu pun sebab festime tak berapa tau sangat lagi. Kalau seken time nantiiii...ermmmmm pepaham.

      Delete
  10. sedap ek kopi dia..sampai tiap-tiap malam beli.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sangat..secukup rasa.
      Dia guna susu kotak untuk bancuh.
      Lupa pulsk nama susu kotak tu tapi mmg xpenah nmpk kt negara kita xD

      Delete
    2. feveret Ros, kopi :) bestnya...

      Delete
  11. mmg syurga membeli belah lah ni ...

    ReplyDelete
  12. Kat HCM ini lah SS belajar 3 perkara...
    -Tanya bermakna nak beli
    -Sentuh bermakna confirm beli
    -Tak jadi beli bermakna caci maki

    Tapi bila Nazeck kata murah murah... Tetiba SS rindu kat Apek Lori Jual Tilam yang selalu lalu rumah SS... Murah.. Murah... Tilam Lama Tukar Baru... Gurau je... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS, baru nak concentrate baca.
      Tiba2 keluar apek lori jual tilam.
      Hahaha...memang gelak sorang2 terus lah..

      Delete
    2. Lately.. Apek tu tah mana tah menghilang... Dah Arwah agaknye... Hi Hi Hi...

      Delete
    3. ehh apek kat rumah saya ada lagi dok jual tilam murah tu.. tah2 dia beralih angin mai kedah kot SS.. heheh

      Delete
    4. Dia singgah Negeri Sembilan dulu laa kot... Check jantung... He He He...

      Delete
  13. kopi susu dia mmg sedap sgt...
    tertengok masa dia tengah nak buat di restoren , dia campur dgn susu sejat sebab tu berlemak agaknya.

    ReplyDelete
  14. eish!
    mmg rmbang mata kat sana kan =.=

    ReplyDelete
  15. dah joint Ga safirul amar .
    dan follow di sini juga

    ReplyDelete
  16. tapi standart kalau p travel tempat org mest ada kes menipu jugak kan..

    ReplyDelete
  17. mesti gambar di ambil byk kan...tengok kat sini pon dh byk.. tengok best ja..

    ReplyDelete
  18. Followed your blog..macam best je sbb suka travel..sama la kita

    Mari la ke blog saya #projek2ribu

    ReplyDelete
  19. Baru balik Ho Chi Minh bulan lepas .. suka minum kopi yg di jual atas basikal tu.. sedap dan murah jer :D

    ReplyDelete
  20. nampak best ye dekat sana
    entah bila dapat peluang

    ReplyDelete
  21. biasa juga saya dengar pelancong Malaysia kena tipu kat luar negara.

    ReplyDelete
  22. bhaya tu.. kena pegang anak elok elok. cara nak tarik perhatian anak-anak letuw nanti kot anak merengek kenalah belikan mainan.. macam macam sungguh strategi diorang. sebab benda cemni la mak tak kasi travel sorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpa CT, nnt kita travel skali..mest mak bg pnya hehehe

      Delete
  23. kopi dia sedap...??? umph.. kalau ada rezeki sampai sana, kena try lah...

    hehe.. nasib baik masa dok cakap, dia tak balas balik.. kalau tak, jadi ayan and itik lah jawabnya... haha

    ReplyDelete
  24. Macam best pula air kopi kat sana tu ya..kena try ni bila ada rezeki jalan2 ke sana :)

    ReplyDelete
  25. kopi ais vietnam mmg terbaik..sis JM hari2 minum sampai sakit kepala hahaha

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~