Pages

Friday, November 7, 2014

Anak kerap terjaga malam?

     Buat ibu-ibu yang bekerja pasti jadi masalah kalau anak asik jaga je tengah2 malam. Nak-nak bila orang kat sebelah sedap je dengkurnya. Masalah ni aku perasan selalunya jadi linkungan umur 2 years & below. So, apakata kita share experiences kat sini? Mana tau serba-sikit dapat membantu young mothers out there.
     Okey, macam ni pun aku tengah menjaga si Iri debab ni. Asik jaga je pulak. Let's see what are the reasons yang buat depa tak boleh nak tido ni.

1. Kembung perut.
- Kalau asik merengek, tido serba tak kena tu selalunya due to kembung perut. Bila jadi macam ni, selalunya depa takmo menyusu. Memang anak aku campak je botol susu jauh2. Silap haribulan kena kepala aku (adela sekali jadi cenggitu.) So, korang urutlah perut, belakang badan, keting & tapak kaki sampai dia kentut pottttt..(sometimes keluar kat atas.) Aku guna minyak yuyi cap limau je.
- Kalau jadi kat baby dalam pantang lagi kesian ni. Better korang demah dengan sapu tangan suam seluruh badan (Panaskan sapu tangan tu guna iron je. Then, rasa kat pipi korang panas takat mana). Kalau baby umo 5 bulan ke bawah, keadaan sejuk pun senang bagi depa kembung.

2. Lapar.
-Mungkin dia nak susu. Anak last aku (umo setahun lebih) bangun tak kurang 3 kali setiap malam untuk bottlefeeding. Sekali buat 7oz ok:). Tu sebab badan dia debab & montok. Dah macam rugby player pulak aku tengok.
- Sometimes susu je x cukup. Maybe dia nak makan. Mungkin siang dia makan sikit, then malam perut dia dah start berkeriott. Mungkin juga siang dia makan banyak, tapi dia ada termuntah balik.

3. NBO.
- Kalau dah few days tak boleh berak, 1 hari mesti perut dia akan mula memulas. Maybe dia sembelit. Tak seswai susu kot. Banyak faktor nak kena fikir. Tak boleh biarkan. Sian dia. So, ko sumbat je enema kat bontot die bagi berak..confirm najis dia keras. Sambil tu ko massage perut dia. Teori aku ~ massage untuk galakkan peristalsis usus.
* Kerja aku ni - sumbat ubat bontot kat 2 orang anak buah aku & anak aku. Tapi, jangan biasakan.
Related topics
~ PU & BO.
~ Intestinal obstruction (IO).

4. Badan penat.
- Kalau seharian dok bergurau..berlari sana-sini kompom malam tu penat & lenguh-lenguh badan. Ko urut-urut je lah dia.

5. Demam.
- Anak aku, sebelum badan dia ada temperature.. means belum detect ada demam, memang dia dah mula merengek je sepanjang malam. Pagi tu check rupanya demam. Suhu demam - 37.5 degree Celcius ke atas ye. Better korang ada termometer kat rumah untuk check suhu badan depa.
- Kalau badan anak panas, pepandailah ko bangun sponging. Jangan nak membuta pulak. Haha. Nanti ko tengah tido rupanya anak sawan/'tarik'. Aku sediakan spray baju tu untuk spray anak aku - dia suka ni compare to sponging.
Related topic ~ Sume anakku men'demam'.

6. Pampers penuh.
- Kalau dah kuat menyusu macam Iri ni, pampers Mammy Poko pun x tahan sepanjang malam. Debab ni memang...
* Anak-anak aku kalau malam kuat kencing memang aku bagi pakai Mammy Poko. Siang pakai pampers biasa je - Diapex/ Drypers. Pet Pet mahal kalau nak buat pakai siang.

7. Nyamuk.
- Ni si Iri jaga rupanya tangan penuh kene gigit nyamuk yang halus tu. Sana-sini kena 'nyet'. So, kalau nak tau, bukaklah lampu. Ni, aku dah sapu Vicks baru dia tido. Kalau ada mosquito repellant pakailah.
Related topic ~ Selamatkan diri dari Aedes.

8. Gangguan makhluk halus.
- Ni pun kena ambil kira jugak. Memang jadi kat anak aku. Dah tuuu...tiap-tiap tengah malam (waktu sama) mesti menangis tak renti-renti. Bila angkat senyap jap. Bila menangis lain macam pulak aku dengar. Means dia 'nampaklah' tu. And, dia takut. Rupa apalah agaknya yang datang? Then, jadi masa dok rumah kitorang je. Bila balik rumah Tok & Tok Wan dia ok pulak. So, ada sorang ni datang rumah.. Kitorang buat berubat, rupanya banyak makhluk dalam rumah aku. Ye lah..rumah jarang bertunggu. Makhluk halus ni tiap malam himpit anak aku. Memang betul korang,  bila pakcik tu suruh bukak tingkap & pintu belakang rumah kitorang sebab dia nak halau benda tu, mulalah anjing belaan jiran-jiran Chinese aku menyalak non-stop. Lama gila. Lepas berubat, alhamdulillah dah tak nangis waktu yang sama tiap malam.

Erghhh... Harap membantu.
Sharelah jugak experience korang.

40 comments:

  1. thanx sharing..mmg berguna sgt..tp ank sy alhamdulillah setakat ni ok je mlm2.. bg susu smbg tdo blk..dan kalo dia demam pn, dia still blh lena..tp mama xblh la nk lena sgt sb nk pantau pns dia.hehe

    ReplyDelete
  2. Singgah di malam hari. Yang last tu lain sikit. Alhamdulillah dah ok anak doc. Mak sy penah citer, adik saya kuat menangis mlm. Tak tahu sebab apa. Abah saya ckp sng je, kau nk tidur baik tidur. Lebih kurg gitu la. Syp terus budak tu tidur. Heheh. Tatau la sampai citer ni kat saya version terus berubah. Hihi.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian Dr Shikin.
    Alhamdulillah. satu nikmat Cik Puteri jarang bangun tengah malam nak susu atau menangis. Melainkan banyak main akan ngigau

    tapi tak berapa setuju "yang sebelah sedap berdengkur" huhu
    sebab asal Cik Akak terjaga saya pun terjaga sekali.

    Perubahan ini berlaku sejak kehadiran Cik Puteri

    ReplyDelete
  4. Yang nombor 8 tu paling scary. Masa saya tinggal kat Ampang Selangor dulu, masa tu baru beli rumah kat situ, pernah juga anak no 2 selalu terjaga malam sambil mata tengok-tengok siling. Puas juga berikhtiar ikut pandai-pandai sendiri dan ikut nasihat kawan tapi tak menjadi. Hingga akhirnya panggil pak dukun lepas tu baru anak saya dapat tidur aman. Memang susah hadapi benda tak nampak, kalau kuman dan virus teropong pakai mikroskop dah boleh nampak, ini kena pakai mikroskop pak dukun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelakar lah,JR ni.
      Sendiri jadi tok moh.
      Tak salah try. Hehe..

      Delete
  5. problem SA...si kembar tu hanya akan tido pukul 3-4 pagi....mcm mana nak buat erk..risau jugak kalau berlarutan macam mana dia nak sekolah nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba SA layan dia main2...gurau2..
      Nanti dia akan cepat letih n tertelap.

      Delete
  6. berguna gak info ni...kadang2 kn klau kite urut2 baby dia asyik mengeliat aje...geli kot..ke salah teknik

    ReplyDelete
  7. bagus info dr.shikin ni..
    jemput join ga wana ya..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian kak...
    Sy bby dlm perut pon asyik berjaga malam je... heehehe xtau la nnt dah juar cmne lak

    ReplyDelete
  9. Assalam,

    yang no 8 tu...biasa jugak jadi kat anak bungsu bunda masa bayi dulu...berubat jugak...dah okay lepas tu...

    ReplyDelete
  10. Yang kelapan tu, kita memang tak nampak tapi dorang nampak. Rumah zumal pun camtu...

    ReplyDelete
  11. Hehe debab dah iri :)
    Saya tumpang baca tips jela kak shikin sebab anak pun tiada.

    ReplyDelete
  12. heee...anak Nad nangis 3 bulan first setiap mlm dari kul 8.30 pm until 12.00 am...baru tidur....

    Tak tahu sebab apa...nangis sampai biru slop tak keluar suara...cuak jugalah kan...

    Bagi susu...urut perut dan satu badan pun sama...heee..

    Lepas 3 bulan terus hilang peel tu... :)

    ReplyDelete
  13. yes sama setuju dengan semua di atas. tapi ank sy pakai pampers sama je lah siang ke malam drypers jugak hehe..

    lagi satu point-> blocked nose.
    budak2 selsema tetengah malam hidung tersumbat susah nak bernafas so dia akan terjaga-jaga gak. ni kena lah jaga2..especially kalu kids with asthmatic ker bronchiolitis history ker. takut sesak nafas karang.

    so clearkan hidung dia gunalah pam sedut tu ker, cuci hidung guna nostril spray ker, kalau mak tak geli bolehler nak sedut hingus tu hihi. boleh tak doc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..terlupa satu ni.
      Anak.saya selalu juga Selsema sampai blocked nose.

      Delete
  14. bagus info ni. walaupun takde anak lagi tapi manalah tahu kan.. one day.. hehe.. ^_^

    ReplyDelete
  15. Selamat malam kak Shikin. lama Ros tak ke sini. tak aktif la katakan bulan lepas. heee...
    banyak sebab kenapa anak terjaga waktu malam ni kan,.. Ros ni pengalaman anak sendiri belum merasa lagi, tapi pernah jaga anak sedara dulu.. Kebanyakannya kalau yang terjaga waktu malam tu sebab tak sihat dan nak susu je.. yang lain tu tak pasti,..

    ReplyDelete
  16. my kakak mesti on bacaan rukyah bila nak tido ... baby pun senang jer tidonya ...

    ReplyDelete
  17. Kesemua tu pernah hdpi... Biasalah kan... Ragam smntara nk besar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Perlu kongsi dengan ibu muda yang belum ada pengalaman. Selalunya mereka tak tahu nak buat apa & hilang punca. Saya pun macam ni dulu.

      Delete
  18. Menarik info ni ..Anak2Kak Lya kalau dah tdo jarang terjaga kecuali musim panas ..Memang semua akan terjaga sebab dahaga nak minum air...

    ReplyDelete
  19. Masa diaorg kecik2 dulu mmg selalu la terjaga ..Kalau benda jatuh ke bisibg ke mmg mudah sangat terjaga..

    ReplyDelete
  20. menarik sangat info yang akak bagi ni... yang bab kesihatan tu lagi kena jaga betul2 kan... dengan last sekali tu. erk, ngeri lak nak menyebutnya ..

    ReplyDelete
  21. nice sharing..sis JM x de pengalaman nak di kongsi so sekadar ambil ilmi yg di kongsi je lah :-)

    ReplyDelete
  22. patutlah semalam tak boleh masuk
    bertukar wajah rupanya blog ni, nice

    anyway thanks for sharing

    ReplyDelete
  23. sukalah baca entry ni.. hihi sebab CT tak ada pengalaman jaga anak sendiri lagi. dok jaga anak anak buah pun sekejap2. memalam dengan mak memasing. tabahla kan emak ni jaga anak-anak.

    ReplyDelete
  24. pernh laluinya.. memang kena byk bertanya.. lagi2 kalau anak meragam tiap malam...pampersnya ka, perut kembung ka...atau kena gangguan.. amlkanlah baca doadi ubun2 anak ...

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~