Pages

Monday, October 6, 2014

Nak masuk syurga.

     Semalam aku ajar abe hafazan. Banyak betul surah die kene baca together with tafsir. Tapi, bila tunjuk back page aku tengok cikgu tanda most surah kat KF - kurang fasih. Salah aku sebab jarang ajar dia baca Quran. Alhamdulillah semalam diberi kelapangan oleh Allah. Si Ajik siap cakap, "Mama, Ajik taknak baca Ko-an (Quran)."

Mama: Okey, kalau Ajik taknak baca pun..Ajik duk diam2 dengar. Nanti Ajik dapat banyak pahala boleh masuk syurga.
Abe: Kat syurga ada apa, mama?
Mama: Ada macam-macam.
Abe: Ada apa mama?

How do i put into words so that my sayang ni boleh paham ea? The first words yang singgah kat kepala aku - bidadari.

Mama: Kat syurga ada banyak bidadari. Bidadari tu cantik tau. Kita mintak apa je nanti bidadari tu bawakkan.
Abe: Lagi ada apa dalam syurga, Mama?
Dia tanya soklan ni berulangkali sampai mama tak dapat nak jawab lagi. Terharu. Speechless. Betapa Mama tak sangka Allah gerakkan hati anak Mama untuk tanya those questions.

Antara jawapan mama lagi:-
Dalam syurga ada macam-macam, kita mintak je. Semua makanan sedap2,  minuman sedap2, baju cantik2. Ada pohon buah-buahan.. kalau kita nak buah tu, kita petik je. Ada air sungai yang mengalir.. kita boleh minum airnya- takyah masak tau. Kita tak payah kerja, cuma rehat je. Bla..bla..bla..

Abe: Abe nak masuk syurgalah, Mama.
Mama: Okey, Abe kene dengar cakap mama..cakap Tok. Tak boleh gaduh-gaduh dengan adik, tak boleh menjerit (dia ni kalau marah, suka menjerit). Kalau buat baik, Allah sayang. Lepas tu baru boleh masuk syurga. Nanti kita masuk syurga sama-sama ye.

33 comments:

  1. Salam Isnin Doc..

    Kita pun nak masuk syurga..Jom sama-sama kita perbaiki diri ..

    ReplyDelete
  2. hehe suka jerit..ngee mcam saya masa kecik dulu..jerit sekuat hati..pastu kena cubit haha padan muka

    ReplyDelete
  3. sweet lah mama :) salam aidil adha doc :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah , penjelasan yang lengkap utk abe . semoga hasratnya tercapai ... aaamin .

    ReplyDelete
  5. Kecik2 lagi dah pandai kan... Alhamdulillah la Dr. ^_^

    ReplyDelete
  6. Nak masuk syurga jugak.. kekadang terjerit juga bila anak tak dengar cakap setelah banyak kali panggil dan cakap.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kite, kak.
      Tapi ada time dia baik jugak..
      mase tu sejuuukk hati ni.

      Delete
  7. Anak2 sangat suci...huhu. Kena pikir banyak kali ni kalau anak sndiri tanya nanti...

    http://mrsjaysblog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Dari kecik lah nak ajar anak2 ttg syurga kan? Insya Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, SN.
      Pernah terpikir nak cerita tapi kot kot dia tak faham.
      Bila dapat peluang macam.ni rasa syukur sangat.

      Delete
  9. sejuk dgr bila anak2 cakap mcm tu...

    ReplyDelete
  10. comel je.. "Abe nak masuk syurgalah, Mama."

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..ank2 ni bila dia dah tanya kita kena la jwp apa yg betul ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, K.Lya.
      Ada tambahan lagi tak, kak?
      Taktau nak btau camne lagi kat budak2.

      Delete
  12. Wow...pendekatan yg sgt baik...mcm ni jgk masa my dania tanya me bila dia tgok gambar bersanding I dgn ayah dia...knp dia xde...bila I ckp dia kat syurga dia meraung lg tanya....kenapa mama x nak amik dania...knp tinggal kat sana...terus I terkedu....huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa mama tinggal dania kat syurga?
      Apa sis SA jawab lepas tu?

      Delete
  13. Suka baca entri telatah 3 hero Shikin :)

    ReplyDelete
  14. Amin.. masuk Syurga sama-sama...

    ReplyDelete
  15. hahah kalau ana ana sat gi kakak mati baru ibu taw hihii terpengaruh dengan cerita tanah kubur

    ReplyDelete
  16. alhamdulilah. insyaALLAH syurga tuk orang beriman,

    ReplyDelete
  17. pelan pelan kak nanti insyallah anak akak okay ^^ last few months anak buah CT tanya kenapa makan babi and minum arak haram for muslims.. pening jugak nak kasi budak tadika faham. kita faham tapi nak terjemahkan dalam bahasa yang diorang faham lastnyaa kita pening

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe CT boleh jawab macam ni:-
      1. Dalam babi ada banyak kuman penyebab penyakit yang tak boleh mati dengan ubat doktor.
      2. Minum arak akan bagi kita mabuk & terlelap2 masa bawak kereta. Nanti eksiden..langgar orang...mati. Ada banyak benda tak baik yang lain pun boleh jadi lepas orang minum arak.

      Delete
  18. seronok explain kat diorang camni... slowly je... semoga membesar menjadi anak yang baik, cyg.... hihi... sorry kak shikin, sha memang suka cyg2kan budak2....

    ReplyDelete
  19. moga abe menjadi anak yang soleh dan menjadi aset syurga kak shikin :)

    ReplyDelete
  20. kena kaitkan benda yang logik tuk bg depa faham, contoh yg doktor bg tu simple dan budak mudah faham :)

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~