Pages

Saturday, September 20, 2014

Sajian sayur & buah yang diperlukan sehari.

     Kita makan sayur & buah setiap hari. Tapi, kita taktau samada kuantiti sayur & buah tu cukup atau tak, kan? Ok, meh tengok guidelines ni.
Berapakah sajian yang diperlukan?
5-10 Sajian sehari.
Apakah pulak yang dikatakan 1 sajian sayur atau buah tu?
Apakah 1 sajian sayur?
1 sajian sayur bersamaan :-
- 3 sudu makan
ATAU
- 1 senduk.
Apakah 1 sajian buah?
1 sajian buah bersamaan :-
- 1 biji buah sebesar penumbuk
ATAU
- potongan buah ikut ukuran sudu besar
(panjang & lebar buah sama dengan panjang & lebar sudu).
Macamana nak capai 5 - 10 sajian sehari?
Okey, rujuk gambar Pinggan Sihat kat bawah ni sebagai contoh...
Dalam 1 pinggan :-
1 sajian buah & 2 sajian sayur-sayuran.
Jadi, kalau ambil bilangan sajian yang sama untuk :-
lunch & dinner,
maka dah dapat 6 sajian sayur & buah untuk 1 hari.
Muka kepenatan lepas balik dari kursus bersama dietitian.
Pehhh ...penat konon.

9 comments:

  1. Thanks shikin dengan perkongsian nih.. sebelum nih memang tak paham maksud sajian bagi sayuran dan buah-buahan nih..

    ReplyDelete
  2. Info ni sgt useful. Senang nak agak sukatan 1 hidangan tu banyak mana. Thanks, Shikin :)

    ReplyDelete
  3. tak best rasanya kalau sehari makan nasik xde sayur. hehe. pasni dah tau kuantiti yg diperlukan :)

    ReplyDelete
  4. Huhuhuhu penatnyerr ...kena rehat byk2 ni

    ReplyDelete
  5. muka penat still cute maa..akak suka mkn sayur dan buah

    ReplyDelete
  6. oohh macam tu, muka penat tapi still maintain lagi...sekali imbas garang pon ye jugak..hihii

    ReplyDelete
  7. Akak datang cari balik info ni sebab lupa portion satu hingan buah hihihi
    Nak ajar Cekebon :)

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~