Pages

Friday, September 12, 2014

Mama boleh! Jom pi gunting rambut.

     Selalu kalau aku bawa anak gunting rambut memang kat 1 kedai ni - kedai pakcik Melayu (perwatakan pakcik ni macam tabligh) kat Centre Point, Seremban. Potong no 3. Bayaran kanak-kanak RM6. Budak-budak kalau bawak gunting rambut, especially masa umo 2-3 tahun diorang slalu nangis. Kalau bawak pi 1 kedai India gemuk tu lagi dia nangis.
     Ni rambut dah panjang balik. Dah dekat 3 minggu nak bawa gunting tapi ada je hal. Nak bawak kedai gunting rambut kat Centre Point tu pulak mak kata dah kene tutup sebab syarikat baru nak ambik alih pasaraya tu. Alang-alang malam tadi aku dah ingat, aku terus tanya adik mana lagi kedai gunting rambut melayu?  " Kat College Height, Ngah." "Okey." Selesai tanya direction kat adik, terus masuk kete. Dah pukul 9mlm masa tu. Tapi, aku beranikan diri jugak. Walaupun aku dapat banyak info driver lelaki suka belasah driver perempuan sekarang. Aku buat berani juga.
     Alhamdulillah jumpa juga kedai tu. And luckily deretan kedai tu ada kedai makan. Aku nampak ada pompuan jugak. And ada keluarga yang makan situ. Lega.. Eventhough initially aku cuak jugak sebab kawasan situ tak berapa terang. Tepi kedai pulak bengkel repair moto - banyak budak motor. Harap everything ok. Abe pun tak banyak kerenah. Baik je. Ikut je cakap mama (berbeza perangai kat rumah).
     Korang jangan terperanjat kalau nampak aku masa tengah driving (bagi yang kenal) sebab muka aku memang tak manis langsung. Muka macam nak makan penampau! Bila keluar kereta pulak jalan macam gangster. Aku memang purposely buat macam tu sebab taknak bagi muka kat road bullies. * Pengalaman mengajar kita (maybe boleh cerita lain kali :)

* Perempuan sekarang kena belajar buat semua tugas suami,isteri,papa,mama sendiri okey. Jangan harapkan sesiapa. Dulu aku banyak berkira-kira jugak semua benda aku nak buat... Penat maaa. Tapi sekarang malas dah nak kira semua tu. Kalau berkira lagi penat kot. Ikhlaskan hatiku, Ya Allah.

17 comments:

  1. Nazeck boleh di kategori superwoman :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju ngan JM. Superwoman! Moga Allah pelihara & permudahkan semua urusan Shikin.

      Delete
    2. Thanks k.JM & k.Farrah.
      Rasenye gelaran tu belum layak lagi untuk saya.
      Insyaallah suatu hari nanti.

      Delete
  2. btl2, skrg perempuan lbh advance, semua benda kne buat sndiri,hehe..

    ReplyDelete
  3. Oh....tinggal kat Seremban..dh ranai blogger duk seremban rupanya...SA je yg x tau....SA every weekend balik seremban....rumah kat bandar warisan puteri....

    ReplyDelete
  4. kalu mcm tu sy x nk tegur la bla akk kuar dr kereta ;-)

    ReplyDelete
  5. betul tu shikin..kalau tunjuk takut-takut tu yang kita jadi target penjenayah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong Sal, walaupun kita perempuan & kecik pulak tu x semestinye kita takut.
      Tapi, jangan pulak terlebih berani.
      Ambil no plat..Snap gambar orang yang mencurigakan & plat kete dia skali dari dalam kereta. Lepas tu report kat balai.
      Ada proof senang sikit nak buat laporan.

      Delete
  6. betol tu. muka mst kne serius sbb taknak kasi can dorang buli.

    ReplyDelete
  7. Ye sekarang ni kita perempuan kena berdikari. Jangan jadi manja nak harap semuanya pada pasangan,. Bukan ape kalau kita tak belajar buat nanti susah kalau pasangan kita kena outstation atau sesuatu terjadi..

    ReplyDelete
  8. betul tu..ikhlaskan hati :) hati pun senang..

    ReplyDelete
  9. Bagus kak, kena berhati2 selalu. Orang sekarang macam2 perangai.

    ReplyDelete
  10. Mmg kena berdikari juga... Paling krg tahu memandu dan guna gps... Hehe

    ReplyDelete
  11. Betul tu Shikin Kak Lya sokong sangat2 ... Sekali tgk Shikin ni dah SUPERWOMEN dahh jadinya ..semua kerja buat sendiri hehhee

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~