Pages

Monday, September 22, 2014

Bahagia ku rasa.

     Sabtu seawal 8pg aku dah kena attend kursus (dekat je pun). Pukul 2ptg habis. Aku sebenarnye tak sabar nak tggu encik asben balik. Macam dah lama sangat tak jumpa. Padahal selasa ritu baru gi jalan2 ~ Jalan-jalan cari makan. Ingatnye nak bawak anak-anak jalan2 makan angin luar negeri (bukan luar negara ye:). Rupenye asben nak kene balik awal ke kem (Ahad pagi). Nak kene bertolak semula ke Trolak, Perak. Die kene uruskan latihan pegawai yang akan naik Leftenan-Kapten (jangan tanye lelebih, aku x brape faham kerja army ni eventhough dah banyak kali aku mintak asben explain). 
    Disebabkan masa yang terlalu singkat, kitorang lepak jelah umah mak cam biasa. Nak balik rumah pun entah knape aku tak larat sangat. Lama jugak aku tido lepas balik kursus tu - dalam 2jam kot (aku mana biasa tido siang.. Sebulan sekali ade lah kott).
     Dok rumah takde buat aktiviti pape. Tapi, aku rasa seronok sangat. Jarang asben aku layan anak-anak sebab selalu dia lebih tido - penat busy kat kem ada je keje katanye. Petang tu dia mandikan 3 budak tecik ni. Mama tolong pakaikan baju je. Terasa ringan sikit kerja mama. Bagi yang takde pengalaman mesti fikir apelah sangat nak mandikan budak, kan? HUhu...kalau nak rasa mencabar, meh try mandikan 3 hero yang sangat lasak ni. Dengan air 'banjir' sampai ke luar, 'air pancut' ke ceiling,  buih sabun sebesen & penuh kat lantai, air paip/sink/shower sume bukak sehabis boleh, aktiviti membasuh jamban tanpa diminta, dsb...hahaha..memang best.
     Usai Maghrib, Abe mintak papa ajar baca buku skolah alif,ba,ta dia. Mama dok tepi tengokkan si adik-adik yang selalu jadi tukang kacau. Abe dok atas riba papa. Sejuk hati mama tengok. Selalu dia dok atas mama je.
     Pagi Ahad, aku dengar riuh-rendah suara anak aku kat luar. Rupenye perati papa basuhkan kete mama. Kete mama tu memang sebulan skali baru basuh. Sebab x sempat nak bawak pi 'laundry'. Balik keje dah penat. Weekend pulak masa untuk buat semua kerja rumah yang di'qada'. Ermmm...
     Malamnya, papa tido dalam hutan bertemankan unggas-unggas. Kat rumah, entah kenapa Iri asik sebut pa-pa x renti (baru seminggu pandai sebut few words). Rindu agaknya. Semoga Allah beri kekuatan kepada kami anak-beranak.
Kapt Enche Mohd Salmi.
Posted via Blogaway

23 comments:

  1. Bahagia x semestinya bergantung pd selama mana kita luangkan masa bersama yg tersayang,...tapi precious moments yg kita treasure bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kak Farrah.
      Yang penting cara kita spend tu..biar berkualiti.
      Quality is more important than quantity.

      Delete
  2. ahahaha. saya bangga dengan akak sebab mampu jaga 3 hero sekali... perghhh... mak cik saya ada 3 hero gak. nampak jugalah dia penat kadang2 melayan semua anak2nya tu...

    seronoklah si Abe. rindu sangatlah tu. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya yang mengalami memahami kan,Amy.
      Whatever it is, memang seronok bila tengok telatah anak-anak.

      Delete
  3. Replies
    1. Betul cakap Zarul.
      Iri ni, sebab dah pandai sebut papa..papa dah balik kerja pun asik sebut sambil cari papa dia 1 rumah.

      Delete
  4. oo baru tau asben awak army... aduhai... rindunya klu selalu outstation.. huhu..

    ReplyDelete
  5. Memang tak mudah nak besarkan anak2. Sy tolong jaga anak buah pon dah rasa. Moga akak terus diberi kekuatan utk membesarkan anak2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanx awak kerana understanding & also doakan akak.
      Hope they will grow up becoming anak-anak soleh mama.

      Delete
  6. alah bisa tegal biasa . yg ptg trust . anak2 akan biasa nanti . klu mrk rindu , beri saja baju papa yg masih blm dicuci ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good idea,Vee :)
      Tapi, kalau saya.. tak sanggup nak cium kot. Haha..

      Delete
  7. Mmg la kan bila berjauhan mmg kita akan rinduu..pengikat kasih syg sebenarnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan, K.Lya.
      Orang lain lagi lama tak jumpa kan..
      Sabar tu yang penting, kan kak?

      Delete
  8. Dah biasa berjauhan dengan asben.. sejak dari kimie baby.. memang mencabar jaga 2 orang hero sendirian.. paham dengan luahan shikin.. apapun banyakkan bersabar..

    ReplyDelete
  9. suka kan anak2 bila dapat jumpa papa..ye lah asyik kena tinggal je

    ReplyDelete
  10. seronok baca sis :) doakan kebahagian sis sekeluarga

    ReplyDelete
  11. semoga bahagia ya akak.. kena tahan rindu tu

    ReplyDelete
  12. begitulah kan bila dah berumhtangga, dapat2 plak suami yg beruniform ...gitulah gayanya, tak pa kak...kena kuat :)

    ReplyDelete
  13. aamiin.. seronok betul kalau dapat tengok anak2 dapat sama2 papa gan mama dia.

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~