Pages

Monday, July 14, 2014

Hidayah Allah.

~ Autopublish entry ~
Hidayah
- adalah milik Allah.
- adalah petunjuk Allah S.W.T kepada sesiapa sahaja
yang dikehendaki-Nya sama ada orang baik ataupun yang sebaliknya.
(Cth yang berlaku kepada Saidina Umar r.a,
tetapi tidak kepada Abu Jahal.)
Kita ni ..jangan fikir kita bagus sesangat dah bilamana kita
solat setiap 5 waktu + solat sunat lagi + puasa sunat + tudung labuh & segala bagai ..
Bila kita tengok orang dedah sana-sini kita berpaling & menjauhkan diri ..
Kenapa pulak?
Kan lebih baik tegur ..& doakan moga suatu hari Allah bagi hidayah kat orang tu.
Pengalaman aku sendiri merawat 2 orang stewardess MAS ni..
.. memang cantik giless tahap model.
Tapi, Astaghfirullah datang jumpa aku pun pakai shorts tahap boxer.
Terus-teranglah aku cakap, mase aku nak check kaki die pun..
aku ada terpikir .."Cantiknya kaki die. Kalaulah aku macam die." Haha, bengong jugak aku ni.
Kalau laki tengok ..Erkkk..
Walaupun die macam tu ..tapi die ni so sweet ...lemah-lembut..
berbudi bahasa ..tak sombong...
What else?
Aku hanya mampu berdoa dalam hati moga Allah bagi hidayah kat die.
And Allah tingkatkan keimanan dalam diri aku.
Ingatlah ..Kalau Allah nak tarik balik Hidayah tu dari kita kejap je.
Haa..tak takut ke?
***************
Allah bagi hidayah kat manusia ni dalam pelbagai bentuk, cth nya:
1.Hidayah Gharizah
-naluri semulajadi manusia sejak ia dilahirkan (spt keinginan makan & minum)
2.Hidayah Hawwas
-kuasa deria yang dapat mengenal & membezakan sesuatu (seperti vision & hearing)
3.Hidayah Aqal
-membolehkan manusia berfikir menentukan sikap serta tindakan mengikut hala tujuan yang dipilih.
4.Hidayah Ad-din
-hidayah yang berbentuk pengetahuan & kesedaran agama.
5.Hidayah At-taufiq
-peringkat paling tinggi dalam martabat hidayah.
-siapa yang dapat ni akan mendapat keredhaan & kejayaan di dunia & akhirat.
-Al-Quran adalah hidayah Allah yang teragung kerana ia mempunyai panduan untuk manusia mencapai kebahagiaan di dunia & akhirat.
" Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu. "


16 comments:

  1. bagus entry ni,
    secantik mana pramugari tu ey
    bagus lah kita doakan moga dia dan kita
    sentiasa diberi hidayah :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah , sambil ekin baca belogg .. dapat jugak timba ilmu sikittt .. keep it up ;)

    ReplyDelete
  4. Tula kan.. Kekadang org yg mcm tu bila dpt hidayah allah , boleh jadi jauh lebih baik dari kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, mama mursyid.
      Sebab mereka mendalami Islam tu terlebih dahulu.

      Delete
  5. betul. macam-macam jenis Hidayah ALLAH akan bagi dekat kita. beruntung siapa yang dapat Hidayah dari DIA. ALLAH memang sayangkan hamba-hamba-Nya yang ingin kembali ke jalan DIA.

    ReplyDelete
  6. Hidayah Allah tu mahal... Dan hidayah Allah juga boleh berbolak valik..

    ReplyDelete
  7. Betul tu shikin. .kita jangan rasa diri kita lebih bagus dari orang lain. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  8. huuu suka sangat sangat entry ni sis ! nanti nak share ya bentuk-bentuk hidayah tu :') saya kredit pada sis

    ReplyDelete
  9. Hidayah Allah datang dalam pelbagai bentuk. :)

    ReplyDelete
  10. Betul tu shikin..Hidayah Allah boleh datang bila-bila masa. Pergi pun bila-bila masa. So kita yang dah diberi hidayah, kena jaga sebaik mungkin kan..

    ReplyDelete
  11. sama-sama perbaiki dir dan jangan menilai orang dari luaran kan.. lebih baik kita dekatkan diri dengan golongan terbabit, dari menjauhi mereka...

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~