Pages

Thursday, June 26, 2014

Strategi berjaya (versi Shikin:)

Ada banyak jalan nak capai kejayaan.
Bagi mereka yang dah berjaya di bidang masing-masing tentulah lebih arif. So, apakata kita kongsi pengalaman kat sini..
Pengalaman aku tak luas mane..
Tapi, aku still nak berkongsi apa yang patut.

Okey, mari buka minda..
Bukan semua orang dilahirkan genius.
Kebanyakkannya kena berusaha baru berjaya. Ade orang hanya usaha sedikit tapi boleh berjaya. Yang lain pulak kene usaha bermati-matian baru berjaya. Tak kurang juga yang dah usaha, tapi give-up cepat sangat bila tak berjaya dengan apa yang dicita. Kene rajinlah.. And jangan cepat mengalah. Mungkin juga rezeki kita bukan kat situ. Perancangan Allah x siapa yang tahu. Cth: Cita-cita nak jadi YB tapi tak termakbul. Ce pk, maybe kalau jadi YB..ko makan duit rakyat. Haaa...nampak x? Allah dah pelihara kowrang dari dosa.

Aku yang macamane?
Aku ni memang x genius langsung arr.
Tapi, aku seorang yang rajin study jugak lah..Sejak dari sekolah rendah aku asik mengadap buku je. Tapi, bila dah masuk boarding school aku jadi makin malas. Sebab ape? Kat boarding school,  pembelajarannya sangat cepat (memang jauh beza dgn skolah biasa). So, aku tak dapat catch-up. Then, jadi x minat nak blaja sebab dah ketinggalan. Time monthly test memang aku slalu corot. Tapi, aku jenis tak putus asa. Aku suka compete. Aku akan observe setiap kawan aku -mencari kelebihan dorang & kelemahan aku. Memang benda ni will take times. 1 more thing, aku train diri aku untuk sentiasa mengambil iktibar dari setiap kegagalan yang aku hadapi. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Kalau korang pernah baca entri2 aku sebelum ni..mesti korang perasan,  hidup aku penuh dengan slogan.

So, what's next? 
Lepas fasa meng'observe'.. Aku dapatlah Strategi yang aku nak. Strategy tu yang aku guna sampai aku kerja sekarang.
-> Carilah yang pakar!!
Setiap orang ada kepakaran masing-masing kan? Nak blaja ni tak boleh segan-segan. Tebalkan muka tu. Macam aku, mase sekolah menengah.. Siapa bijak Maths& Add Maths, aku cari dia. Macam tu jugak dengan subjects lain macam Fizik, Chem dll. Aku jumpe orang lain2. Alhamdulillah dorang ni tak kedekut ilmu. Sampailah aku kat Matriks.. Kat university.. memang aku guna strategi yang sama. Alhamdulillah aku berjaya - PMR 9As..SPM 8A3B...Matriks 4.00. Kawan2 lain pun x semua dapat straight A's. Medic je aku bengong sikit sebab asik nak enjoy je.. Haha..Tapi, alhamdulillah Long case & Short case aku pass. Dapat A lagi tu. Maybe sebab soft skill aku kott. Memang Prof aku tekankan yang soft skills tu penting bila kita berhadapan dengan patients.
# Sekadar berkongsi #

31 comments:

  1. tak semestinya bila usaha akan terus berjaya.. yang penting adalah kecekalan.. kebanyakkan orang yang berjaya adalah setelah berkali-kali gagal.. terlalu ramai yang gagal tak mahu mencuba lagi.. tak semestinya kejayaan adalah dalam bentuk akademik sahaja.. perjuangan dalam hidup takan pernah berakhir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetapi ada juga yang tak berusaha.. tapi berjaya.. hurmmm.. mungkin faktor nasib juga memainkan peranan

      Delete
  2. Sekolah rendah, main-main belajar. Sekolah menengah, rajin sikit belajar. Pra-U, tambah lagi rajin. Degree, makin rajin. Sedar juga akhirnya nak rajin belajar. :) Success selalu Dr. Shikin. :)

    ReplyDelete
  3. pedoman yg baik utk sesiapa yg masih mencari2 siapa dirinya..

    ReplyDelete
  4. paling penting nak berjaya kena tabah dan cekalkan hati..good tips shikin!

    ReplyDelete
  5. betul lah kan..tgk keupayaan sendiri..kita hanya mampu setakat mn ja..

    ReplyDelete
  6. alau ana la..berusaha,tawakal n berdoa..mesti akan ada kejayaan..yg penting kena ada sokongan dari ibu n ayah..

    ReplyDelete
  7. Jgn main-main cinta masa belajar. Tak boleh fokus. Cinta masa belajar tu cinta monyet dan nothing. Buang masa. Nak menyesal pon xleh. So elakkan bercinta masa belajar. Tips gak tu. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..kita masa belajar dah pandai men cinta2 nie..nsb bek lepas jugak exam..

      Delete
  8. bukan mudah untuk berjaya. dugaan, cabaran, pengalaman itulah yang banyak mengajar kita

    ReplyDelete
  9. wah.. hebatlah result exam Dr. :D suka baca pasal tebalkan muka tu.. hehe.. kalau sy ni mmang jenis yg malu bertanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu pun pemalu bab nak tanye cikgu. Kalau dengan kawan2 ok je. Try your best, k:)

      Delete
    2. teringat masa belajar dulu..bila part presentation kat depan..mcm2 alasan bagi xnak pegi depan...malu sgt..

      Delete
  10. Setiap kejayaan ada cabaran..kena kuat dan yang penting never ever-ever give up..

    ReplyDelete
  11. amboii result dia,, terkejutt kite,, :) hihi memberi inspirasi thanks sharing

    ReplyDelete
  12. Yg penting kalau nak berjaya istilah 'putus asa' tu kena buang jauh2 :)

    ReplyDelete
  13. Orang yg nak berjaya ni perlu berusaha lebih. Dan yg penting hati tu kene sabar sikit. Ana balas kunjungan Dr.Shikin. ^^

    ReplyDelete
  14. bagus strategi doc ni.. dan terbukti berjaya..

    ReplyDelete
  15. hebatnya, result flying colours. nak berjaya memang kena rajin berusaha.

    ReplyDelete
  16. Rajinnya.. kite ni malas :3 Hahaha.. kena ubah sikap ni xD

    ReplyDelete
  17. Wah.. Terernya... Malu saya... Sy biasa2 je.. Sbb tu jadi cikgu je... Hehe

    ReplyDelete
  18. betul tu sis...i've been there too. jadi adik adik yg lain..please realize..how important sacrificing your time today, for your own bright future. :D

    ReplyDelete
  19. strategi memang penting.. nak berjaya memang kena ada stategi..

    ReplyDelete
  20. gempaknya result akak :) memang setimpal lah dgn kejayaan akak sekarang ni hihi :)

    ReplyDelete
  21. bagi saya , b'usaha & belajar b'sungguh2 itu kerja kita . berjaya atau tidak itu kerja Allah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju.. berjaya atau tidak.. pokok pangkal usaha telah dibuat

      Delete
  22. kalau setakat kata nak berjaya tapi usaha xda , xguna juga kan ? hehe . apape pun , thankyouu sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha tangga kejayaan.. hahaha.. kalau nak senang naik lif.. tapi tak semestinya naik lif lagi cepat.. hahahaha.. (apalah yang aku merepek nih?)

      Delete
  23. terima kasih untuk tips ni.. memang betul.. kena rajin bertanya..

    ReplyDelete
  24. betul, kena cari dan cungkil apa kelemahan diri... dah tahu cecepat cari kkuatan untuk diri kita... iaitu dgn mencari yg pakar... kalau perasaan malu tu masih menebal... tak kemanalah kita... peringatan untuk diri sendiri jugak :)

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~