Pages

Thursday, June 19, 2014

Osteoporosis di awal 20-an.

Tablet Prednisolone
Sape yang pernah ambik ubat Prednisolone ni?
U olzzz aware tak whether u olzzz had ever take this Medication?
If YES, do you know the side-effect if you overdose it
OR you taking it for long-term without doctor's prescription?
Kalau kat KK, patient akan describe ubat ni as..
ubat kecik2 warna putih. Sebiji adalah 5mg.
Well, kitorang slalu prescribe ni for those yang asma teruk tapi short term je :
Dewasa - 30mg OD for 5 days.
Tapi, kalau asma tak teruk pun dorang nak jugak ubat ni.
Tak paham betul.
Ade 1 kisah benar aku nak cite.
Lepas korang bace ni..confirm korang x mintak dah ubat ni..
Ade seorang gegirl ni.
Mase di Form1 till Form5 ...die stay kat boarding school kat Johor.
Family kat N.Sembilan.
Sejak masuk F1, die slalu dapat penyakit kulit. Gatal2 teruk. Garu2 sampai penuh scarring kat kulit.
Yang pelik tu, rashes (ruam) tu hanya di bahagian siku ke bawah & lutut ke bawah.
Bawak jumpa Pakar Kulit dah tapi masih tak dapat diagnose.
Setahun kemudian..
Mula benjol2 kat muka..macam lepas terhantuk kuat kat dinding.
Suspect sakit buah pinggang pulak.
Jumpa Pakar lagi..tapi, ayah die kate result darah ok.
Benjol tu akan hilang sendiri bila2 masa.
Sian ayah die sebab nak ulang-alik ambik die kat Johor.
Ye..mmg bagi yang pakai Honda, Mercedes, Volkswagen tak jadi masalah.
Just imagine, ayah die cuma ade kereta buruk yang dibeli dengan harga RM1000.
Banyak kali kene berenti sementara nak sampai ke Johor. 
Mase di F5,
Die mula dapat bengkak kaki - besar sangat.
Badan dah tak berapa larat.
Tiba2 perut pulak besar...
Kalau orang yang tak percaya doctor tu mesti kata 'busung'.
Then, mata & badan kuning pekat ...
Die dimasukkan ke HTJS.
Si ibu jaga die sepanjang malam..
Terpaksa tinggalkan 2 orang adik yang masih kecik dengan si ayah.
Dan malam tu....
Tibe-tiba die rebah semasa menggagahkan diri ke toilet.
Dan terus tak sedarkan diri.
Lantas, dia dikejarkan ke Hospital Selayang,
Dimasukkan terus ke ICU.
Dia disahkan menghidap AUTOIMMUNE HEPATITIS.
Sekarang dia perlu rehat dengan ubat-ubatan & wire yang berselirat seluruh badan..
dan dengan bantuan pernafasan (She was intubated).
Kata Dr. Tan, Pakar Hepatobiliary..
Harapan hidup sangat tipis..kerana kuning dah sampai otak (kernicterus)..
& she was in the state of Hepatic Encephalopathy.
Si Ibu & Ayah menangis tak henti..
Tiap hari jenguk dia di ICU.
Tido di hospital sampai sakit seluruh badan.
Rumah ditinggalkan tak tau apa jadi..
Adik-adik tak sekolah sebab si ayah terpaksa berulang-alik ke Selayang lepas abes kerja.
Selepas 8 hari tak sedarkan diri,
Miracle happened...
Dr. Tan kata dia Nampak stabil dan tak perlu bantuan pernafasan lagi.
She was extubated then.
Dan hari ini Alhamdulillah die masih berada di sisi keluarga..
BERBEKALKAN PREDNISOLONE SEPANJANG HAYAT.
Die sentiasa dipantau oleh Dr. Tan.
Tapi kini,
Badan & tulang2nya sudah makin sakit dan tak berapa larat.
Persis orang berumur..
Rupanya Bone Scan menunjukkan usia tulang belakangnya sudahpun seperti usia 40 tahun,
dan tulang lain seperti 50 tahun..
alahai ADIKKU,
Mengapa kau perlu hadapi semua ini?
K.NGAH DOAKAN ALLAH BERI KESIHATAN PADA ANIS...
HARAP ANIS PULIH TAK MENANGGUNG SAKIT MACAM NI.
KERANA,
WALAUPUN K.NGAH TAK RASA..
TAPI, K.NGAH TAU PERASAANNYA SEBAB K.NGAH DOKTOR :(

28 comments:

  1. Dugaan berat menimpa,.... Sabarlah, ... Tu sebab nak ambik buat kena pastikan betul-betul disarankan doktor..

    ReplyDelete
  2. Didoakan semoga Adik Anis sihat seperti biasa...
    saya baca pun dah nak menitis air mata, mcmana lak Shikin menghadapi semua nie..

    ReplyDelete
  3. adik sis ke?? Kesiannya beliau...berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.semoga anis tabah hadapi situasi2 ni

    ReplyDelete
  4. semoga diberi ketabahan buat adik anis dan keluarga dalam mengharungi dugaan dan ujian...
    terima kasih berkongsi...sekurangnya kami semua tau kepentingan mengambil sesuatu ubat ikut dos dan tempoh masa yang telah ditentukan...

    ReplyDelete
  5. Goodness she is your own sister. Kesiannya... moga Allah berikan dia kekuatan dan kesabaran yg tinggi. Beruntung juga ada seorng kakak yg tahu hal-hal perubatan.

    Itulah bahayanya bila consume ubat utk prevent satu penyakit tapi lain pula jadinya..sedih:(

    ReplyDelete
  6. kesiannya anis...semoga cepat sembuh dan diberi kekuatan. :(

    ReplyDelete
  7. kesiann dia. semoga die cepat sembuh. bagus la ade kakak yang tau hal perubatan.

    ReplyDelete
  8. kalau kita mengambil prednisolone ketika serangan,berapa lama kita boleh ambil selepas rawatan pertama?

    Saya pengidap athsma juga.Pernah doktor bagi prednisolone,dan saya tak kena athsma agak lama juga selepas itu.

    harap Dr.Shikin sudi memberi pencerahan sekadar untuk pengetahuan.

    lagi satu,apakah gigi serpih berpunca dari pengambilan ubat athsma?

    tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak, u ask a very good question. The answer is chronic use of steroid boleh ganggu absorption calcium. Jadi, tulang & gigi akan cepat rapuh.

      Delete
    2. Sekadar rujukan biasa..
      http://en.wikipedia.org/wiki/Steroid-induced_osteoporosis

      Delete
    3. minta maaf,boleh saya tanya lagi?

      Apakah inhaler ventolin dan becotide yang akak gunakan setiap hari juga memberi kesan yang sama dengan pil prednisolone ?

      takut juga,akak ambil tiap hari,pagi petang selama berbelas tahun.Tapi athsma tidak juga sembuh.

      Delete
    4. Takpe kak. Saya x kesah pun:)
      Ok..Ventolin xde masalah sebab it is not steroid. Becotide inhaler pulak, walaupun it is steroid.. kesan buruknya tak same macam oral steroid (ubat makan) even on high dosage. Saya rase akak perlu jumpe doctor at nearby clinic utk review semula inhaler technique. Bukan ape, most patients salah cara guna inhaler. That's why asthma not under control ;)

      Delete
  9. Kesiannya...moga anis cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  10. Hmm.. mesti susah kan.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul :( cakap pasal athsma.. Ada sorang rakan kite ni dia kalau terlalu penat dia akan macam sesak nafas.. kena dok dalam bilik air-cond/bernafas guna plastik baru ok balik.. tapi doktor kata tu bukan asma.. dia kekurangan karbon dioksida.. kenapa ye perkara ni terjadi? Curious pulak :)

    ReplyDelete
  11. Moga Anis kembali pulih... Sedih sangat zumal baca kisah ini

    ReplyDelete
  12. Mgkin bnar gak la kan... Sbb pnh amik ubat ni... Hmm apa2 pun ubat ni tiada apa2 kuasa... Tanpa izin Allah... Tawakal je lah... Moga Anis dalam pemeliharaan Allah... Allah tahu yg terbaik buat dirinya knpa dia diuji begitu... Apa-apa pun terbaik share ilmu perubatan ni... :-)

    ReplyDelete
  13. semoga adik anis pulih seperti sedia kala kuasa allah sapa yg taw..insyllah..:)

    ReplyDelete
  14. ya Allah..dugaan buat Anis dan keluarga..moga mereka tabah..doakan yang terbaik untuk mereka..:')

    ReplyDelete
  15. semoga cepat sembuh, Insha'Allah... amin

    ReplyDelete
  16. Allah...sedih ira baca...dugaan di usia muda..semoga akak n famly tabah..

    ReplyDelete
  17. Kesiannya... sy pon ada simptom macm tue slpas keguguran... dktor bg mkn prednisolone 6biji.. now sya kna trus mkn ubt nie sbb alahan yh truk... mslahnya.. sy skrgdisahkan hamil 5minggu... mcm mana ye?

    ReplyDelete
  18. sedih saya baca..semoga cepat sembuh..amin

    ReplyDelete
  19. YA Allah... sebak baca kisah ni.. Semoga adik itu diberi kekuatan utnuk menempuhnya..

    ReplyDelete
  20. semua ubat memang ada kesan sampingan..

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~