Pages

Monday, June 9, 2014

Mengapa wanita bercakap ketika tertekan?

Apabila tertekan, tegang ataupun marah :

1. Fungsi utama otak LELAKI dalam kebolehan spatial & logical menjadi aktif.
2. Fungsi pertuturan WANITA menjadi aktif.

  • Wanita akan bercakap ,selalunya tanpa henti.
  • Dia berterusan bercakap kepada sesiapa yang mahu mendengar.
  • Dia mampu bercakap perihal masalahnya dengan teman-temannya selama berjam-jam dengan memberikan laporan terperinci.
  • Dia bercakap perihal hal semasa, masalah dahulu, masalah akan datang & masalah yang tiada jalan penyelesaian.
  • Dia tidak mengharapkan cadangan penyelesaian kerana dia hanya mahukan ketenangan & kelegaan ketika dia bercakap.
  • Percakapannya tidak berstruktur.

Bagi orang lelaki :
MENDENGAR SAHAJA wanita bercakap perihal masalahnya adalah kerja yang sukar dilakukan. Ini kerana dia SEPATUTNYA MENYELESAIKAN MASALAH  yang sedang diceritakan. Dia TIDAK MAHU SEKADAR MENDENGAR, dia MAHU BERTINDAK! Kata-kata dari mulut lelaki seperti, “Itu hal kecik je,” akan buat wanita berang. Wanita berasa yang dia tidak dipedulikan kerana temannya itu tidak mahu mendengar.

Bagi teman perempuan lain : 
Mereka mula membuat BEDAH SIASAT ke atas masalah yang dihadapi. Tiada penyelesaian yang dicapai.

Pengajaran berguna bagi setiap lelaki :
Apabila bersama wanita yang sedang marah, jangan cadangkan apa-apa penyelesaian. Wanita hanya mahu didengar. Hanya PERLU TUNJUKKAN YANG DIA MENDENGAR APA YANG DIKATAKAN oleh wanita terebut. Gunakan bunyi-bunyi dan pergerakan yang memberikan tanda dia mendengar. (Konsep ini agak janggal bagi lelaki kerana dia hanya bercakap apabila dia ada perkara yang mahu dicadangkan.)   

Sumber: Buku WHY MEN don’t listen AND WOMEN can’t read maps (m.s 169-170)
** Selepas aku olah.

12 comments:

  1. nice sharing.. tapi sy byk diam aje kalau tertekan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun sama maria..prefer to have time on my own...lebih cepat hilang tekanan tu..

      Delete
    2. Bagus juga macam tu,Maria& RDZ Z..
      Mesti u berdua jenis yang penyabar.

      Delete
  2. saya suka luahkan...huhuuu jnji tak buku di hati boleh mkn hati ooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Adna, memang saye pun same jenis xreti simpan ..confirm jadi 'abscess' (nanah)..

      Delete
  3. biasanya hanya wanita yang mengenal wanita

    ReplyDelete
  4. macam saya,saya bnyk diam..tapi kalau dah satu tahap tu mmg luah habis-habisan..

    ReplyDelete
  5. sesungguhnya masalah diluahkan akan buat hati jadi lebih tenang.. simpan-simpan nanti jadi busuk

    ReplyDelete
  6. masalah tidak akan selesai bila simpan dalam hati

    ReplyDelete
  7. ikut jugak waktu. ada masa diam, ada masa suka je bebel time tertekan. hihi

    ReplyDelete
  8. betul, bila dah luah semua rasa lega sangat...

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~