Pages

Wednesday, June 25, 2014

Jodohmu pasti ada.

Bagi yang belum bertemu jodoh, jangan kau bersedih kerana janji Allah itu pasti bagi orang2-orang yang beriman.
Kerana..
Belum tentu orang yang banyak pilihannya mendapat yang terbaik bilamana dia mengabaikan perintah Allah.

Allah kata..carilah pasangan yang membawa kamu ke jalan-Nya.

U olzzz faham kan?
- Tak guna pun rupa paras yang hensem..ohsem..
Sampai nak berebut sorang lelaki dengan perempuan lain.
Sampai perlu dendam-mendendam bilamana seorang yang berjaya menjadi permaisuri di hatinya.

- Tak guna pun badan yang sasa..
Kalau mengangkat sehelai tikar sembahyang pun berat baginya..
Kalau tak larat menggendong seorang anak kecil yang kesedihan
Kalau tak larat menampung luka.. menahan kesedihan seorang perempuan bernama isteri

- Tak guna pangkat yang tinggi..penuh paku di bahu
Kerana makin tinggi pangkat, makin melambung egonya..
Makin melangit sombongnya..
Apalah sangat teguran atau nasihat seorang bernama perempuan.. memang tidakkan terkesan olehnya.

Dalam melayari bahtera perkahwinan perlu saling memahami, saling bantu-membantu, saling berusaha ke arah kebaikan..bukannya sering mementingkan diri sendiri & karier sendiri sehingga segala beban diletakkan di pihak yang satu lagi.

Bukankah 2 akal fikiran lebih baik dari 1?
Dan 2 kudrat lebih baik dari 1...

Buatlah pilihan yang betul, wahai insan bernama perempuan..
Selidik sehabisnya..
Dan jangan mudah tergoda..
Takut merana di kemudian harinya..

19 comments:

  1. bercinta selepas kawin..kalau pernah putus tunang jgn mudah putus semangat ingat allah jodoh pasti ada..:)

    ReplyDelete
  2. betul tu. tak guna jugak kalu kaya tapi tak dapat menbantu orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn Cik Asma. Ada yang kaya tapi tak dapat bantu orang, malah menyusahkan lagi ada.

      Delete
  3. Betul tuh... cr yg sederhana tp penuh dgn ilmu agama... In Shaa Allah

    ReplyDelete
  4. semalam ialah sejarah.. hari ini adalah pasti.. esok adalah harapan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. soal jodoh jangan terlalu difikirkan.. yang penting jangan putus berharap.. lambat atau cepat itu ketentuan Allah..

      Delete
  5. x apa.. x dpt bertemu d dunia... in syaa Allah bertemu di 'sana'.

    ReplyDelete
  6. Sungguh bagai dikata doc. Perjalanan melengkapkan kehidupan bukan saja bila sudah punya pasangan. Kena fikir seberapa banyak kali yg boleh agar kebahagiaan bukan di dunia aje bahkan di akhirat juga..

    ReplyDelete
  7. InsyAllah, perempuan yang baik akan bertemu pasangan yang baik dan lelaki yang baik juga akan bertemu pasangan yang baik :)

    ReplyDelete
  8. Jodoh kita rahsia Allah..Doakan yang terbaik..

    ReplyDelete
  9. yup,, betul3,, letakkan semuanya pada Allah :)

    ReplyDelete
  10. setuju sangat nazeck..ada orang kata saya ni lambat kahwin sebab memilih.saya jawab yang kita kenalah memilih. bukan nak pakai sehari dua, tapi nak sampai ke 'sana'.

    ReplyDelete
  11. Jodph itu rhsia Allah...tpi kna usaha mncarinya...

    ReplyDelete
  12. Insyaallah pasti ada jodoh. Allah Maha Adil dan DIA tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.

    ReplyDelete
  13. Insyaallah..sabar menunggu jodoh..pasti ada..

    ReplyDelete
  14. betul tu . Insyallah pasti ada jodoh . :) dah Allah tulis kat Luh Mahfuz masing2 :)

    ReplyDelete
  15. ye, pilih betul-betul sebelum buat keputusan..

    ReplyDelete
  16. cari yg boleh terima kkurangan kita seadanya, boleh terima keaddan keluarga kita... then , niatkan dalam hati nak jadi yg terbaik.... jodoh tu sudah tertulis... :)

    ReplyDelete

Enjoy your reading.
And please come again next time.
~ Dr. Shikin @ Nazeck ~